Salam sejahtera....
Syukur kepada Allah SWT kerana pasukan bola sepak Harimau Muda telah berjaya menundukkan pasukan Indonesia dengan jaringan satu gol pada minit ke 17, hasil dari gerakkan dan percubaan Syahrul Azwari Ibrahim.
Seperti "skrip" perlawanan sebelum ini, saya perhatikan Malaysia bermain dalam "nada" yang meyakinkan pada separuh masa pertama tetapi sedikit menurun pada separuh masa kedua, namun kali ini pasukan kita berjaya menyerap tekanan dan pertahanan Malaysia yang mendapat kerjasama yang baik dengan pemain bahagian tengah berjaya mengekalkan rentak bertahan yang baik "bangat" sih.... :-)
Dalam perlawanan kali ini, pemain muda dari Sekolah Sukan Bukit Jalil iaitu Nazmi Faiz Mansor dilihat dapat mengekalkan mutu permainan yang memberangsangkan dan dapat menjalankan tugas selaku "life wire" dengan baik untuk bahagian tengah pasukan bola sepak Malaysia.
Sedikit menggusarkan apabila ketua jurulatih Malaysia iaitu Ong Kim Swee diarahkan oleh pengadil perlawanan untuk tidak berada di tepi padang kerana banyak kali membuat banyak bantahan atas keputusan pengadil. Namun beliau yang berada di tempat duduk penonton masih lagi berhubungan dengan penolong jurulatihnya menggunakan "walkie talkie" untuk memberi arahan dan panduan buat pemain Malaysia.