Stadium Utama Gelora Bong Karno
-Kumpulan A-
Pemain Harimau Muda, Malaysia ( Jersi kuning ) Abdul Shukor Jusoh diasak oleh pemain Singapura, Safirul Sulaiman (kanan) pada perlawanan peringkat Kumpulan A, Sukan SEA Indonesia 2011 di Stadium Gelora Bung Karno.
Baddrol Bakhtiar (jersi No. 10) dan Ahmad Fakhrul Saarani (kanan) mengasak penjaga gol Singapura, Mohd Izwan Mahmud
Malaysia 0 - 0 Singapura
Perlawanan seterusnya malaysia akan bertemu Thailand pada 9/11/2011
**p/s 1: perlu diingat, semasa Malaysia (umur bawah 23 tahun) memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA 2009 di Laos sebelum ini, pasukan Malaysia tidak diberi harapan, malah ada yang meramalkan mereka tidak dapat melepasi peringkat kumpulan apatah lagi memasuki peringkat akhir, namun sebaliknya yang berlaku. Ada beberapa tonggak pemain skuad "emas" lalu tidak beraksi dalam pasukan kali ini.
**p/s 2: Sama-samalah kita berdoa agar pasukan kita dapat mempertahankan pingat emas yang dimenangi dalam edisi Sukan SEA yang lalu. Kalah atau menang kita perlu terima dengan akal yang waras, fikiran yang lapang dan terus menyokong serta menyumbang kepada pembangunan bola sepak Harimau Muda dan juga Harimau Malaya...