Salam sejahtera...
Atlit yang bertanding juga perlu menjaga aurat dan mengamalkan "sistem berpakaian dalam Islam". Jangan kerana nak kejar pingat di dunia, dapat anugerah jahanam di akhirat kelak. Terlangsungnya ini mengingatkan saya pada kes perempuan Islam di salah sebuah negeri di dalam Malaysia yang baru-baru ini berdegil menyertai pertandingan ratu cantik walaupun sudah diberi tazkirah dan nasihat oleh pihak berwajib di negeri berkenaan. Kata salah seorang dari mereka, rugi jika tidak masuk kerana sudah buat persediaan awal.
Perempuan-perempuan itu berasa rugi tidak masuk pertandingan yang mendedahkan aurat mereka sebaliknya bangga menambah koleksi "pingat dosa" yang mana pertandingan itu merendahkan mertabat perempuan. Lebih cintakan dunia dari akhirat. Mereka ini walau diberi nasihat yang berbakul-bakul sekalipun, mereka tidak mengendahkannya kerana tiada kesedaran dan tiada "nur Islam" dalam fikiran mereka. Mereka rasa rugi tak buat dosa, dan rasa tak perlu nak buat pahala.
Pertandingan "ratu cantik atau ratu dosa" ini sebenarnya dirancangan dan diadakan oleh pihak Kristian sejak dari zaman perang salib lagi bagi menjadi salah satu senjata merosakan akhlak umat Islam secara halus. Mereka menyerang minda umat Islam pada perkara atau jalan yang disukai umat Islam. Umat Islam yang leka akan terperdaya dan masuk perangkap puak Kristian ini.
Apakah ini hasil kemerdekaan Malaysia yang lebih 50 tahun? Inilah malapetaka untuk umat Melayu di negara Islam Malaysia. Kes buang bayi dan lain-lain jenayah makin menjadi-jadi. Pendapatan halal haram bercampur-campur. Pihak berkuasa masih degil untuk tidak melaksanakan sistem perundangan Islam atas alasan belum bersedia dan tidak sesuai di Malaysia sebaliknya mengekalkan sistem yang diwarisi dari penjajah Kristian.
Bila ada pihak bersuarakan untuk melaksanakan hukum "hudud", mereka berkata ia cakap-cakap politik. Sedangkan dalam ajaran Islam yang dibawa oleh Rasullullah S.A.W, agama tidak boleh dipisahkan dengan politik kerana tanpa panduan dari agama, politik manusia boleh berada dalam kesesatan. Siapa yang tolak hukum Islam, maka dikuatiri imannya tergelincir dari hidupnya.