Keputusan perlawanan bola sepak Malaysia - Bahrain : Kelayakan Sukan Olimpik

Tarikh: 27 November 2011
Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil
Masa: 8.45 malam

Keputusan Penuh

MALAYSIA               2   |   3                  Bahrain
Nazmi Faiz Mansor
Mahali Jasuli


AMARAN
" jika anda tidak mampu untuk menyokong ketika kalah, 
jangan bersorak ketika menang..."

Sekali lagi Malaysia menghadapi tugas getir bagi memastikan kelangsungan perjuangan dalam pusingan kelayakan bola sepak Sukan Olimpik bagi kumpulan C.

Corak permainan Malaysia tampak menyakinkan dengan menamatkan separuh masa pertama dengan kelebihan satu gol hasil dari gerakan lincah dan bijak oleh Nazmi Faiz Mansor dan diikuti dengan gol kedua dari Mahali Jasuli dalam separuh masa kedua.

Kemenangan seolah-olah seperti sudah berada dalam genggaman apabila seorang pemain Bahrain mendapat kad merah dan dikeluarkan dari permainan kerana melakukan terjahan kasar terhadap pemain Malaysia.  Namun dilihat pemain Bahrain mula bermain dengan corak kasar dan keras, menyaksikan beberapa pemain penting dalam skuad Harimau Muda terpaksa dikeluarkan.

Maka detik inilah bermula saat kejatuhan skuad Harimau Muda yang sudah sangat keletihan dan mengalami pelbagai kepincangan.   Pemain gantian juga ada yang tidak cergas sepenuhnya dan masih belum mampu memberi sumbangan yang secukupnya bagi mempertahankan kelebihan gol untuk Malaysia.

Dalam komen dari jurulatih skuad Harimau Muda iaitu Ong Kim Swee selepas tamat perlawanan menyatakan pasukan ini perlu rehat yang mencukupi bagi memulihkan semangat dan tenaga "anak muda" ini.  Beliau telah kehilangan semua "key player" dan ramai pemain yang telah mengalami kecederaan.

Diharap Ong Kim Swee serta seluruh skuad Harimau Muda tabah dengan dugaan ini dan kembali bangkit dengan lebih ampuh selepas ini.  Saya sememangnya rasa sangat kecewa dengan kekalahan ini namun tidak membenci atau menyalahkan pemain-pemain negara kita.  Ada hikmahnya atas dugaan ini yang bermula sejak Sukan SEA 2011 lalu.

Usah kuatir dan kecewa Harimau Muda dengan kekalahan ini.  Saya dan beberapa lagi rakyat Malaysia masih berbangga dengan pingat Emas Sukan SEA 2011 yang lalu.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan