Lihatlah video yang menyayat hati ini dengan bermuasabah diri dan sama-samalah kita
mengaudit qalbu masing-masing, di manakah tahap kita ketika ini...
Assalamualaikum....
Semoga pada hari Jumaat yang mulia dan penuh kerahmatan ini, kita beroleh petunjuk, hidayah dan kasih sayang dari Allah SWT agar kita mampu menghabiskan sisa-sisa umur hidup ini di atas muka bumi yang fana dengan jalan yang baik dan diredhai olehNya...
Gambar di atas ini mengisahkan perbezaan perbuatan makhluk di akhir zaman antara anjing dan manusia. Kelihatan gambar di sebelah kiri adalah seekor anjing berusaha menarik bangkai "kawannya" ke tepi yang mati dilanggar lori di sebuah lebuhraya yang sibuk. Anjing yang hidup itu bersusah payah menyelamatkan bangkai kawannya itu dari dilanggar lagi oleh kenderaan. Anjing itu memandang ke kiri ke kanan seperti ingin meminta bantuan dari sesiapa yang sudi.
Gambar di sebelah kanan menunjukkan perbuatan yang dipercayai dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat semasa mereka menceroboh Iraq suatu ketika dahulu. Tentera-tentera tersebut memijak, memukul dan mengasari seorang tua yang sudah tidak berdaya menahan kebiadapan" tentera-tentera anjing dari "Negara Uncle Sam" itu.
Bergenang air mata saya apabila menonton video yang menyentuh perasaan ini. Di kala dunia semakin tiba di "penghujung zaman", manusia semakin kejam dan berprilaku seperti haiwan. Semakin banyak manusia yang munafik dan tidak mengikut lunas-lunas kemanusiaan dan ajaran keagamaan yang baik. Kekejaman seperti ini bukan sahaja dilakukan oleh orang kafir, malah orang Islam juga ada melakukannya. Jangan kata ianya hanya berlaku di luar negara, kejadian seperti ada berlaku di Malaysia tetapi ianya disembunyikan dari siaran media massa arus perdana.
Berhimpun secara aman tetapi disebabkan orang awam itu berlainan "pandangan politik", orang awam rakyat Malaysia itu dikasari laksana rakyat Palestin dibelasah askar Yahudi Zionis.