Resipi Kuih Kuba Guling

Resipi kuih tradisional di negeri Kelantan yang dikatakan berasal dari negara Thailand. 

Bahan-bahan :

* 250gm tepung beras

* 200gm gula

* 150gm tepung jagung

* 1/2 sudu makan kapur

* 3 sudu makan tepung beras pulut

* 1/2 cawan santan pekat

* Tempurung bakar (ambil air hitam sahaja dan tapis) - pastikan guna tempurung yang bersih

* 1 liter ( lebih ) air ( tengok atas kepekatan )

* Secubit garam


Cara memasak :

° Masukkan semua bahan diatas ke dalam kuali. Kacau biar sebati dahulu baru buka api.

° Bila dah sebati, buka api sederhana dan masak hingga likat. Pastikan ia sentiasa dikacau.

° Sediakan loyang saiz 8. Sapukan minyak dan tuangkan tepung yang dah siap dimasak tadi.

° Bila adunan dah sejuk, potong dan gulingkan dalam kelapa parut (muda) yang dah digaul dengan sedikit garam.

° Siap dan sedia untuk dinikmati.


Tips penyediaan :

1) Tempurung kelapa yang dibakar haruslah ditumbuk dan dicampur dengan air. Kemudian tapis menggunakan kain bagi mendapatkan airnya.

2) Sebagai ganti, boleh juga menggunakan serbuk arang yang boleh dibeli di kedai bakeri.


Kredit resipi : Tengku Zahara




Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan