CALON Demokrat, Joe Biden menang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 dengan memperolehi 284 undi elektoral manakala pencabarnya, Donald Trump dari parti Republikan hanya meraih 214 undi elektoral.
Memetik laporan AP, kerusi terakhir yang dimenang Biden adalah Pennsylvania yang memberinya 20 undi elektoral.
Keputusan menyaksikan Biden menjadi calon Demokrat pertama dalam tempoh 24 tahun untuk memenangi undi elektoral di Arizona selepas menang besar di California, New York, Minnesota dan New Hampshire yang pernah dimenangi Hillary Clinton pada 2016.
Kejayaan pada usia 77 tahun dengan kempen bertemakan ‘A Battle for the Soul of the Nation' juga membolehkan Biden menafikan hasrat Trump untuk menjadi presiden untuk penggal kedua.
Keputusan terkini :
Siapa Joe Biden? Ini lima fakta ringkas presiden baharu Amerika Syarikat
HAMPIR 30 tahun menanti, Joseph Robinette Biden Jr. atau Joe Biden, 77, kini menggalas tugas berat sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46.
Tidak seperti dua percubaan sebelum ini, ramai melihat Biden 'masuk gelanggang' tahun ini dengan banyak kelebihan. Justeru, kemenangannnya tidak begitu mengejutkan.
1) Biden pernah mengalami masalah gagap semasa remaja. Ia tidak menghalangnya melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang dan di sana, dia bertemu seorang rakan yang membantunya mengatasi masalah itu.
2) Beliau dipilih sebagai senator ketika berusia 29 tahun.
3) Biden pernah mencalonkan diri sebagai presiden pada tahun 1988 dan 2008. Beliau merupakan Naib Presiden semasa pentadbiran Barack Obama.
4) Biden tidak pernah minum minuman keras kerana sejarah masalah ketagihan alkohol pernah berlaku dalam keluarganya.
5) Pada 18 Disember 1972, isteri dan anak perempuannya yang berusia setahun terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Dua anak lelakinya, Beau dan Hunter, cedera parah, tetapi berjaya pulih sepenuhnya. Tragedi itu membuatkan Biden hampir bersara dari politik.
Kredit :
Astro Awani
- Isabelle Leong
- Madiha Abdullah