Sepi, lengang, sunyi di Bandar Melaka

 


Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang sejak beberapa minggu lalu memberi kesan ketara terhadap kehadiran pelancong di negeri ini.

Ini kerana pelancong dari Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah antara pelancong paling ramai mengunjungi Melaka dan hasil tinjauan di beberapa lokasi pelancongan popular di bandar dan di pantai peranginan Pantai Puteri serta Pantai Pengkalan Balak mendapati lokasi berkenaan lengang dan tidak seperti biasa sebelum PKPB dilaksanakan di Lembah Klang.

Tinjauan di beberapa jalan utama di Bandar Hilir yang sebelum ini dipenuhi pelancong didapati lengang berikutan kekurangan pelancong.

Di Pantai Puteri, kesesakan lalu lintas di Kampung Pengkalan Perigi, Pantai Jaring, Pantai Rombang dan Pantai Kundor yang sebelum ini sesak dengan pelbagai jenis kenderaan kini sunyi. Situasi sama turut disaksikan di Pantai Pengkalan Balak dan Pantai Padang Kemunting.

Keadaan itu menyukar peniaga di kawasan berkenaan akibat pendapatan yang terjejas, dalam masa masa membimbangkan kebanyakan peniaga di kawasan terbabit.

Salah seorang pengusaha bot pisang, Amri Zul, 30, berkata, perniagaannya mencatatkan penurunan perolehan sejak PKPB dilaksanakan di Lembah Klang beberapa minggu lalu.

“Pada setiap hujung minggu sebelum ini, pantai ini menerima kehadiran pengunjung yang ramai, terutama dari Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya tetapi sejak PKPB dikuatkuasakan, jumlah pengunjung boleh dikira dengan jari,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis ketika mengulas mengenainya berkata, PKPB di Lembah Klang menjejaskan pemulihan industri pelancongan di negeri ini.

“Lalu lintas di Banda Hilir dan kawasan pelancongan yang lain sekarang menjadi lengang, tidak seperti sebelum PKPB dilaksanakan di Lembah Klang.

“Pemain industri pelancongan mengeluh dan terbeban akibat penyusutan perolehan dan mereka mencuba merendahkan harga, memperkenalkan pelbagai pakej menarik serta meningkatkan kualiti perkhidmatan untuk menarik kehadiran pelancong,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap PKPB tidak disambung selepas 9 November ini bagi memberi peluang kepada industri pelancongan kembali rancak, sekali gus menceriakan pengusaha industri pelancongan serta kerajaan negeri.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan memutuskan pelaksanaan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang sepatutnya tamat pada kelmarin, dilanjutkan selama 14 hari lagi hingga 9 November ini.


Kredit :

- Nona (laman web : gambar)

- Melaka Hari Ini ( laman web : teks )

- Wikipedia ( laman web : gambar )

- Berita Harian ( laman web : gambar )


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan