Petanda dan situasi ketika pilihanraya dah mula berbau


  1. Berkali-kali dan beria-ia keluar berita mengenai kononnya anggota parti pihak lawan berduyun-duyun ambil tindakan keluar parti (sedangkan ianya hanya lakonan ahli parti sendiri).
  2. Salah seorang ahli parti lawan kerap diberi peluang untuk muncul di siaran televisyen bagi menyatakan pandangan yang dilihat "menyerang partinya sendiri (kebiasaannya orang seperti ini mempunyai masalah peribadi dan terdesak untuk memenuhi hajat peribadi semata-mata).
  3. Semakin banyak berita yang tidak baik, yang buruk-buruk dicanang di media massa berkenaan dengan negeri yang ditadbir oleh parti lawan (sedangkan sewaktu "parti sendiri" memerintah dah berpuluh-puluh tahun masalah yang sama tak  selesai).
  4. Semakin banyak projek segera diheboh dan pelbagai janji didendangkan (malah ada yang langsung tak dibuat, hanya kosmetik semata-mata).
  5. Ramai individu dan banyak pertubuhan atas nama NGO yang sebelum ini tidak dikenali, muncul untuk mengeluarkan "statement" pengampu (sengaja diwujudkan kononnya ramai lah yang beri sokongan sedangkan ia "sokong menanti rebah).
  6. Keluar "statement" harga minyak, harga caj tol dan harga barangan keperluan harian tidak dinaikkan (lebih tepat lagi ditangguhkan...kebiasaannya lepas pilihanraya selalu naik).
  7. Semakin galak berita keburukan serta fitnah terhadap individu atau parti lawan diceritakan (sedangkan cerita "rumahtangga" sendiri lebih busuk dan jijik).
  8. Isu bangsa dan agama dimanipulasikan kononnya untuk mempertahankan hak tertentu sedangkan ianya hanya semata-mata untuk meraih undi, (sejak merdeka hingga kini dah berapa banyak tanah orang Melayu diambil atas alasan pembangunan, akhirnya Melayu yang merempat).
  9. Beri 10, mereka senyap-senyap ambil 100.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan