Saya tidak pernah memangkah kertas undi untuk mana-mana calon Parti Islam Se-Malaysia ( PAS ), namun Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang selaku menteri besar negeri Kelantan adalah antara insan yang saya kagum dan hormat atas tingkahlakunya yang penuh kesabaran dan keperibadiannya yang amat baik berbanding dengan sesetengah ahli politik yang lain.
Berikut saya kongsikan cetusan fikiran Tuan Guru mengenai perihal perkahwinan zaman beberapa puluh tahun dahulu dan zaman kini :
" Orang zaman dulu sampai nak beli selimut pun tak ada duit. Ada suami isteri yang tidur berlaga belakang sebab nak tumpang panas tapi alhamdulillah sampai ke tua mereka tak pernah berbalah sampai cerai berai.