Kali ini saya nak berkongsi cerita mengenai asam celagi atau nama yang lebih popular ialah asam jawa. Pelbagai kegunaan serta manfaat yang kita boleh dapatkan dari tumbuhan ini terutamanya pada buahnya (asam), lebih-lebih lagi saya sedang dalam pemulihan dari selsema dan batuk.
Asam Celagi atau asam jawa adalah sejenis pokok malar hijau yang terdapat di hutan Malaysia. Nama botaninya Tamarindus indica.
Asam jawa mempunyai kelongsong yang mengandungi beberapa biji asam
jawa didalamnya. Kelonsongnya yang keras akan dipecahkan dan isinya akan
diasingkan dari biji benih yang terdapat didalamnya.
Asam jawa merupakan sejenis ramuan masakan yang terkenal dikalangan
masyarakat Melayu. Biasanya asam jawa akan dilarutkan ke dalam air dan hanya airnya digunakan dalam masakan. Hampasnya pada kebiasaannya dibuang.
Selain digunakan dalam masakan, asam jawa juga boleh dimakan begitu
sahaja ataupun dengan ditambah dengan gula. Selain itu asam jawa juga
digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak.
Antara transformasi asam jawa ke produk untuk pengguna akhir :
** tidak dapat dipastikan sejarahnya kenapa pokok asam ini dinamakan "asam jawa" walaupun ia berada di Tanah Melayu...
**saya suka air asam jawa suam...