Keputusan perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja 2011 : Melaka - Pahang

 

Assalamualaikum...

Berakhir sudah episod "drama" Piala Emas Raja-Raja 2011 antara Melaka dan Pahang.  Berbagai-bagai perkara kontroversi yang timbul sebelum perlawanan ini bermula iaitu seperti perubahan lokasi stadium perlawanan, keadaan padang di Stadium Temerloh yang tidak memuaskan serta beberapa isu sensitif yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Dalam perlawanan ini, Pahang menewaskan pasukan Melaka dengan jaringan 3 berbalas 1, dengan menyaksikan gol awal dijaringkan oleh pasukan Melaka di separuh masa pertama. Pahang menyamakan jumlah jaringan pada 5 minit sebelum tamat separuh masa pertama, melalui sepakan percuma di luar kotak penalti. Pahang memastikan kemenangan menjadi milik mereka apabila pada separuh masa kedua, menjaringkan gol pada minit ke 75 dan 79.

Walauapapun, pujian harus diberikan kepada sebilangan penyokong bola sepak Negeri Melaka dan Ultra Taming Sari yang telah berkumpul dan "berkonvoi" dari kawasan KFC Alor Gajah dalam jam 12 tengah hari semalam (01/01/2012).  

Semangat "Hang Jebat" yang ditampilkan oleh mereka seharusnya mendapat perhatian Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka kerana dengan perbelanjaan sendiri dan tanpa perlindungan insuran, mereka dilihat bersungguh-sungguh meredah perjalanan jauh ke Temerloh, Pahang untuk memberi sokongan kepada "Skuad Kancil".  

Diharap pengurusan Persatuan Bola Sepak Melaka untuk tahun 2012 ini akan lebih seirus dalam menguruskan bola sepak serta membangunkan kembali darjat bola sepak Negeri Melaka ke tahap yang boleh dibanggakan.  Ambil ikhtibar dari pada pasukan bola sepak Kelantan yang pernah terperosok di Liga FAM, namun kembali bangkit bertenaga ke Liga Perdana dan seterusnya Liga Super dan menghadirkan saingan sengit pada mana-mana pasukan yang dihadapi mereka.


Baikpulih padang hanya dimulakan beberapa hari sebelum tarikh perlawanan, 
akibat pindaan stadium perlawanan di kala tarikh semakin hampir.

Nampak dah macam sesi cari gali artifak barangan purba.

Keadaan Stadium Mini Temerloh pada petang hari perlawanan. Cantik kan...?

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan