**Saya selaku peminat Nabil mendoakan semoga pernikahan beliau bersama Nazirah kekal selamanya...
Assalamualaikum...
Semestinya satu Malaya dah tahu pernikahan Nabil dan pasangan pilihannya iaitu Nazirah. Setelah pelbagai dugaan melanda Nabil, akhirnya Nabil mengambil tindakan yang bijak dengan menamatkan segala spekulasi dan gossip liar dengan bernikah dengan Nazirah iaitu kenalannya sejak enam tahun lalu.
Kalau anda belum lagi layan video lamaran Nabil pada Nazirah, di bawah ini saya sediakan paparan video tersebut. Walaupun ianya rakaman video terancang, namun tetap memberi kesan yang masuk terus ke qalbu mereka yang ingin bernikah, malah saya juga mendapat inspirasi dari video ini. Insya Allah, dalam tahun depan saya pula akan bernikah... Harap anda tolong doakan semoga hajat saya itu dapat dicapai.... :-)