Apabila dunia hiburan ditanya soal Hukum Hudud

 
Salah sebuah ruangan dalam akhbar harian keluaran 05 Oktober 2011 (sumber dari rangkaian facebook)

Soalan bodoh lagi jahil diutarakan oleh wartawan pada orang-orang Islam. Sebagai umat Nabi Muhammad yang beragama Islam, mesti tersemat dalam hati untuk menegakkan kalimah dan undang2 Islam di negara ini, bukannya bertanya wajar atau tidak.... Sepatutnya bertanya bagaimana cara untuk merealisasikan perlaksanaan Hudud...


Assalamualaikum...

Sejak kebelakangan ini isu perlaksanaan Hukum Hudud semakin menjadi buah butir percakapan orang terutamanya pada mereka yang mempunyai kepentingan politik.

Lihat pula artikel seperti pada gambar di atas.  Begitulah jawapan orang-orang yang bukan dalam bidangnya dan bukan pada yang lebih berkelayakan untuk menjawabnya.  Jawapan dari orang-orang industri hiburan kurang baik untuk diperhebahkan bagi pembacaan masyarakat kerana kemungkinan besar terdapat kecacatan dalam olahan pendapat mereka.  Jika tidak mendapat penerangan dari sumber yang berkelayakan dan yang sahih, maka akidah boleh terpesong dan perkara yang wajib akan diringan-ringankan.

Dalam isu Hudud, golongan ahli agama, imam atau ustaz (bukan ustaz periuk nasi), adalah yang paling sesuai untuk ditanya dan jawapan mereka insya Allah sesuai untuk pembacaan umum.

Pada pendapat saya, jika pemerintah sedia ada betul-betul inginkan Malaysia menjadi sebuah negara Islam yang kukuh yang bersesuaian dengan pengisytiharan Malaysia sebuah negara Islam.., sejak dari awal kemerdekaan lagi kita sudah membuat persediaan untuk ke arah penggunaan sistem perundangan Islam. Ini tidak, dari dulu hingga kini, ada orang kata kita belum bersedia dan pelbagai lagi alasan untuk menolaknya.  Lagi lama ditangguh perlaksanaannya, lagi banyak kerosakan yang berlaku pada masyarakat.

Dah ada orang yang nak ikut salah satu hukum dalam Hudud,  seperti kes model yang mengaku salah minum arak, tetapi pihak pemerintah pula yang seboleh-bolehnya cuba mengelak.  Apa-apapun keadaan, hukum hakam Islam perlu ditegaskan dan dilaksanakan tanpa rasa ragu.  Dunia dah akhir zaman.. sampai bila nak tunggu lagi... Kenapa mesti beria-ia mempertahankan undang-undang warisan penjajah kristian?

Kepada ustaz-ustaz, ahli-ahli agama "periuk nasi", dunia akhir waktu sudah semakin sampai ke puncaknya... Silalah kembali ke landasan yang telah ditunjukkan oleh Nabi dan Rasul Muhammad SAW....

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan