Jam Populasi Malaysia : kaedah mengira jumlah penduduk

 

Jam Populasi Malaysia

Unjuran Jam Populasi Malaysia dikemaskini setiap minit. Unjuran Jam Populasi meliputi semua penduduk di mana tempat kediaman biasa adalah di kesemua 16 Negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia. Unjuran ini tidak termasuk penduduk Malaysia yang tinggal di luar Malaysia ( contohnya : pelajar, pekerja, duta dan sebagainya). Unjuran ini adalah berdasarkan data Banci Penduduk dan Perumahan 2000, yang telah dijalankan pada 5 Julai 2000. Data Banci ini telah disesuaikan untuk kurang perhitungan dan ke pertengahan tahun.

Unjuran Jam Populasi ini dijana, pertama, bilangan penduduk yang diperoleh daripada Banci Penduduk dan Perumahan disesuaikan untuk kurang perhitungan, ke pertengahan tahun dan pelicinan umur. 

Seterusnya, bilangan ini ditambah bilangan dengan angka kelahiran, ditolak kematian dan ditambah dengan migrasi (antarabangsa). Komponen kelahiran dan kematian yang dianggarkan adalah berdasarkan kepada angka kelahiran dan kematian yang diperoleh daripada Unit Perancang Ekonomi. Unjuran ini tidak mengambil kira faktor seperti bencana alam atau wabak penyakit, yang mana boleh memberi kesan yang ketara dalam anggaran kematian. 

Andaian yang digunakan adalah malar bagi tempoh masa tiga bulan ( setiap suku tahunan ) sebelum dikemaskini. Pertambahan penduduk mungkin mengalami sedikit ketidaksamaan disebabkan pembulatan.

Andaian yang digunakan bagi mengunjur penduduk ini adalah seperti berikut :
  • satu kelahiran berlaku setiap 58 saat
  • satu kematian berlaku setiap 4 minit dan 36 saat
  • seorang migran masuk(antarabangsa) setiap 5 minit dan 15 saat
  • pertambahan keseluruhan penduduk, seorang penduduk bagi setiap 56 saat

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan