Assalamualaikum...
Pengenalan
Zul
ertinya "yang empunya". Qa'dah ertinya "duduk".
Ini membawa erti bahawa bulan Zulkaedah
ialah bulan untuk berehat-rehat.
Sejak
dari dahulu lagi, sebelum kedatangan Islam,
masyarakat Arab telah mengiktiraf bahawa
Zulkaedah adalah satu bulan daripada empat
bulan yang mulia dan diharamkan berperang.
Maka
masyarakat Arab jahiliah tidak keluar berperang
pada bulan ini. Selain Zulkaedah, bulan
Zulhijjah, Muharram dan Rejab juga adalah
bulan haram ( bulan yang dimuliakan dan
diharamkan berperang ).
Dan
setelah kedatangan Islam, Rasulullah SAW
mengekalkan kemuliaan empat bulan haram
ini, mengekalkan namanya dan mengharamkan
berperang padanya.
Bersempena
inilah dinamakan ia dengan "Zulkaedah".
Kelebihan bulan Zulkaedah
Bulan
Zulkaedah adalah satu dari empat bulan haram.
Bulan haram adalah bulan yang amat dimuliakan.
Bulan haram adalah bulan persaudaraan, perdamaian
dan kemaafan.
Masyarakat
kafir Quraisy menangguhkan permusuhan dan
peperangan di bulan haram maka kita sebagai
umat Islam hendaklah lebih menghormati bulan-bulan
haram ini.
Eratkan
silaturrahim, yang bermusuh, damaikanlah,
yang berdendam, berlapanglah dan yang renggang,
rapatkanlah, InsyaAllah hidup penuh berkat
dan harmoni.
Tiada
ibadah khusus dalam bulan Zulkaedah. Bulan
Zulkaedah adalah bulan permulaan musim haji.
Namun begitu sebahagian besar ulamak mengatakan
bahawa umrah adalah lebih afdhal di bulan
Zulkaedah berdasarkan Rasulullah SAW mengerjakan
umrah-umrah beliau di bulan Zulkaedah dan
haji tamattu' juga dimulakan di bulan Zulkaedah.
Daripada
Abu Bakrah(1), sesungguhnya Rasulullah SAW
telah bersabda, maksudnya:
Sesungguhnya
zaman itu berputar sejak awal waktu Allah
menjadikan langit-langit dan bumi. Satu
tahun mengandungi dua belas bulan ini, darinya
empat bulan haram, tiga dari empat bulan
ini berturut-turutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah
dan Muharram dan satu bulan berasingan ialah
Rejab di antara Jamadil Akhir dan Sya'aban.