Assalamualaikum...
Isu rokok sudah agak jenuh diperkatakan oleh pelbagai pihak. Penglibatan syarikat rokok dalam penajaan sukan di Malaysia terutamanya dalam sukan bola sepak telah lama diberhentikan, itupun setelah desakan dari badan kesihatan sedunia (WHO).
Pihak Majlis Fatwa Negeri Selangor telah lama mengisytiharkan bahawa merokok hukumnya haram, namun ianya kurang mendapat kerjasama dan sokongan dari majlis fatwa negeri lain malah pemerintah pun seperti kurang serius dalam mewar-warkan dan menyokong fatwa ini. Mungkin kerana atas dasar "sumber pendapatan" dan ada menteri-menteri dalam pentadbiran yang merokok.
Allah memerintahkan kita untuk memakan bukan hanya makanan yang halal, tapi juga yang baik dan tidak merosak kesihatan:
“Dan makanlah makanan yang
halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan
bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.” [Al Maa-idah 88]
Allah melarang kita untuk merosak diri / kesihatan kita dan juga orang lain:
“Dan belanjakanlah (harta
bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri
ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah
menyukai orang-orang yang berbuat baik.” [Al Baqarah 195]
Berbagai pemerhatian dan kajian telah
menemukan 4.000 bahan kimia di mana 400 di antaranya beracun dan 40 di
antaranya adalah karsinogen iaitu zat yang boleh menimbulkan penyakit kanser!
Berikut adalah antara bahan-bahan yang terkandung dalam sebatang rokok :
Acetone (kepingan cat)
Tar (tar jalan raya)***
Naphthylamine
Methanol (bahan pembakar roket)
Nicotine (racun serangga dan hama)
Pyrene***
Naphthalena (mothballs)
Cadmium (bahan yang digunakan dlm bateri kereta)***
Carbon Monoxide (gas beracun dlm ekzos kereta)
Bezopyrene***
Vinyl Cloride (membuat pvc)***
Hydrogen Cyanide (racun dlm saluran gas)
Toluidine***
Ammonia (pencuci lantai)
Urethane***
Toluene (larutan industri)
Arsenic (racun semut putih)***
Nickel***
Phenol (ubat pembasmi dan pembunuh kuman)
Butane (bahan pembakar pemetik api)
Polonium-210***
DDT (racun serangga)
Acetone (kepingan cat)
Tar (tar jalan raya)***
Naphthylamine
Methanol (bahan pembakar roket)
Nicotine (racun serangga dan hama)
Pyrene***
Naphthalena (mothballs)
Cadmium (bahan yang digunakan dlm bateri kereta)***
Carbon Monoxide (gas beracun dlm ekzos kereta)
Bezopyrene***
Vinyl Cloride (membuat pvc)***
Hydrogen Cyanide (racun dlm saluran gas)
Toluidine***
Ammonia (pencuci lantai)
Urethane***
Toluene (larutan industri)
Arsenic (racun semut putih)***
Nickel***
Phenol (ubat pembasmi dan pembunuh kuman)
Butane (bahan pembakar pemetik api)
Polonium-210***
DDT (racun serangga)
Bahan yang bertanda " *** " adalah bahan-bahan penyebab kanser.
Kepada perokok-perokok..., masihkah anda ingin merokok
selepas mengetahui semua ini serta menjadi PEMBUNUH kepada diri sendiri dan orang lain yang berada di sekitar anda...?