Video artis K-POP memeluk perempuan bertudung



"INI SEMUA MENGUNDANG MALAPETAKA........"

Sudah menjadi viral video dan gambar yang menyaksikan peminat artis K-POP iaitu dari kumpulan B1A4 memegang, memeluk malah mencium perempuan dari kalangan peminat mereka yang bertudung. B1A4 merupakan sebuah kumpulan muzik dari Korea Selatan bawah naungan syarikat WM Entertainment.

Di dalam video berkenaan kesemuanya yang dirakamkan adalah terdiri dari peminat yang bertudung dan dipercayai gadis Melayu.  Walaupun kelihatan ada yang malu-malu, berdasarkan video itu, mereka kelihatan rela dirangkul penyanyi malah kembali memeluk penyanyi kafir berkenaan untuk kali kedua.  Malah ada yang dicium di pipi dan dahi.

Walaubagaimanapun minat pada seseorang artis, perlulah disedari akan harga diri sebagai seorang yang beragama Islam.  Begitu mudah mereka di dalam video berkenaan dipeluk oleh orang kafir.  Mereka tidak menunjukkan reaksi membantah apabila dipegang atau dipeluk.

Dikhabarkan tiket konsert perjumpaan bersama peminat pada malam acara berkenaan berharga dari RM199.00 hingga RM799.00. Konsert berkenaan diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini dan dianjurkan oleh ACER.

Sepatutnya pihak berkuasa di Malaysia ada memberikan garis panduan kepada penganjur hiburan sebegini agar prihatin dan peka terhadap sensitiviti serta ajaran agama terutamanya agama Islam.  

Malah peminat yang beragama Islampun perlu sedar akan batas-batas pergaulan yang diajar dalam Islam.  Ia bukan untuk menyekat kebebasan tetapi untuk mengawal dan melindungi harga diri kita.


 Berikut adalah salah satu rakaman video yang menunjukkan tahap akhlak segelintir gadis Melayu ketika ini di Malaysia :




* Apabila terlalu taksub terhadap sesuatu atau seseorang yang diminati, soal agama diletak di tepi.

* Ini secara tidak langsung menggambarkan kesan dari sekian lama negara tidak mengamalkan syariah Islam sepenuhnya dalam sistem pentadbiran negara.

* Ini akan menjadi alas bagi perempuan Islam yang tidak bertudung untuk terus tidak memakai tudung.

* Tugas pendakwah kafir menjadi makin mudah untuk menyesatkan penganut agama Islam kerana penganut Islam sendiri tidak tegas untuk mengelak dari membuat sesuatu yang dilarang agama.  Untuk memusnahkan sesuatu bangsa, mereka merosakan perempuan di kalangan bangsa berkenaan.



Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan