Fatwa (hukum) mengenai derma darah

 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-4 yang bersidang pada 13-14 Apr 1982 telah membincangkan Derma Darah Dan Penggunaan Darah Orang Islam Kepada Orang Bukan Islam Dan Sebaliknya. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Menderma darah hukumnya harus.
     
  2. Tidak perlu diasingkan darah orang Islam daripada darah orang bukan Islam
     
  3. Penghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah adalah tidak digalakkan. 
Keterangan/Hujah
  1. Tidak terdapat nas yang sorih daripada al-Quran dan as-Sunnah yang menyatakan tentang hukum penggunaan darah manusia dalam bidang rawatan sepertimana yang dijalankan dalam bidang perubatan hari ini. Walaubagaimanapun terdapat kaedah-kaedah fiqh yang boleh diambilkira sebagai dalil bagi mendapatkan hukum berhubung dengan tabung darah, antaranya ialah perkara-perkara yang menjadi dasar kepada hukum Islam iaitu Kaedah Fiqhiyah yang bermaksud: “Hendaklah diutamakan maslahah umum ke atas maslahah khusus”.
     
  2. Mengenai hukum pemindahan darah juga tidak terdapat nas yang sorih sama ada dari al-Quran dan as-Sunnah atau Ijma’ Ulama’ yang melarang pemindahan darah seseorang manusia kepada manusia yang lain sama ada kedua-duanya menganuti agama yang sama atau berlainan.
     
  3. Bekas Mufti Mesir Sheikh Husin Muhamad Al-Makhluq dalam kitabnya Fatwa Asy Syariah wal Buhuth al-Islamiyah, muka surat 195 menjelaskan mengenai hukum harus memindahkan darah manusia kepada manusia yang lain untuk perubatan seperti berikut:

    “Bahawa darah yang mengalir itu walaupun haram dari segi syarak, dengan berpandukan nas al-Quran, tetapi keadaan darurat yang memaksa untuk perubatan/merawat dengannya maka diharuskan mengambil munafaat dengannya bagi perubatan/rawatan dengannya dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain (pesakit), apabila diakui oleh seseorang doktor yang beragama Islam dan pakar yang mengenai halnya. Semua ahli-ahli fiqh Islam mengharuskan rawatan/perubatan dengan benda-benda yang haram dan najis, apabila tidak didapati benda-benda yang suci (ubat-ubat yang suci) yang mengambil tempatnya, bilamana seseorang doktor Muslim yang pakar berpendapat bahawa untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit terhenti kepada pemindahan darah kepadanya dari seseorang yang lain (sihat), maka hukumnya adalah harus pada segi syarak melakukan demikian”
    .
     
  4. Hukum keharusan terhadap perkara ini juga didasarkan kepada Kaedah Fiqhiyah iaitu “Keadaan darurat mengharuskan perkara yang dilarang”. Juga Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan tidaklah dijadikan ke atas kamu sebarang kesukaran di dalam agama”.
** Pada pendangan saya, adalah sebaiknya orang Islam hanya mengambil atau menerima darah yang bersyahadah sahaja bagi menjamin atau setidaknya meyakini hanya unsur-unsur baik, masuk ke dalam tubuh badan dan mengelakkan sebarang keraguan di kemudian hari.

 


Related Posts:

  • Ada apa dengan Khurafat? Khurafat ialah kepercayaan karut atau tahyul yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku. Perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam seda… Read More
  • Maksud Muamalat Dalam Islam Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia,dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar, pinjam-… Read More
  • TrueStoryASA : bersembahyang di khalayak ramai Satu kumpulan anak muda di luar negara yang menggelarkan mereka sebagai "True Story ASA". "ASA" adalah huruf pertama nama mereka iaitu Abdullah Ghuman, Sheikh Akbar dan Adam Saleh. Mereka melakukan sesuatu yang boleh di… Read More
  • Hikmah dan yang tersirat disebalik wudhu Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu ') maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap' Ya Allah ampunilah hamba mu si fula… Read More
  • Sabda Rasulullah S.A.W tentang KELEBIHAN Beristighfar Astagfirullahal ‘adzim (“Aku mohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung”) Istighfar, kalimat yang sangat pendek, tapi memiliki makna yang sangat sangat dalam dan indah dalam hidup kita. Kerana dalam Istighfar itu meng… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan