Syarat kelayakan dan cara mohon kediaman PR1MA

 

 Berikut merupakan kriteria asas untuk menjadi pemilik kediaman PR1MA :
  • Warganegara Malaysia
  • Bujang atau berkahwin berumur 21 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah individu atau keluarga (suami & isteri) antara RM2500.00 ke RM10 000.00
  • Tidak memiliki lebih daripada satu hartanah, sama ada anda atau pasangan (jika ada)
Hanya dengan 9 langkah mudah untuk menjadi pemilik kediaman PR1MA iaitu :

1. PENDAFTARAN
Buka akaun anda di www.pr1ma.my
Lengkapkan pendaftaran anda dan muat naik semua dokumen yang diperlukan. 
2. PELANCARAN
Anda akan dimaklumkan mengenai pelancaran projek-projek PR1MA di lokasi pilihan anda. Projek yang dilancarkan akan turut diiklankan di dalam media. 
3. PERMOHONAN
Anda perlu memohon projek kediaman PR1MA yang telah dibuka untuk permohonan kerana pengundian tidak akan dilakukan secara automatik. 
4. PENGUNDIAN
Proses cabutan undi secara telus dan terbuka akan dijalankan untuk pemohon yang memenuhi syarat kelayakan.
5. PENGESAHAN
Sekiranya anda berjaya dipilih melalui cabutan undi, pengesahan dokumen yang berkaitan akan dilakukan.
6. PERUNTUKAN UNIT
Anda boleh memilih unit yang dikehendaki sekiranya terdapat kekosongan. 
7. PEMBIAYAAN/PEMILIKAN HARTANAH
Pembiayaan hartanah adalah pilihan anda sendiri. Walau bagaimanapun, panel institusi kewangan PR1MA yang telah dilantik boleh memenuhi keperluan anda melalui pakej-pakej pembiayaan yang menarik. PR1MA juga menawarkan program (RTO) dengan skim sewa maksimum 10 tahun berserta pilihan pembelian bagi mereka yang layak. 
8. PERJANJIAN JUAL BELI
Perjanjian Jual Beli (SPA) akan ditandatangani antara PR1MA dengan anda, selaku pemilik kediaman tersebut.
9. PENYERAHAN KUNCI
Sebaik sahaja pembinaan anda siap dan Sijil Perakuan Siap & Pematuhan kediaman diperolehi, kunci dan hartanah anda akan diserahkan secara rasmi sekali gus menjadikan anda pemilik kediaman PR1MA.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan