Rakyat tidak melepaskan peluang untuk bersemuka dan berjabat tangan dengan Perdana Menteri Malaysia yang ke tujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyaksikan beliau diserbu selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara semalam, 11 Mei 2018.
Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts
Pengalaman menaiki Grab Car di Melaka
By Admin at 9:24:00 am
umum
Pada 16 May 2017 yang lalu, buat pertama kalinya saya mencuba untuk menaiki Grab Car dari kawasan Mydin Hypermarket Pulau Sebang, Melaka ke Kampung Tanjung Rimau Dalam (daerah Alor Gajah).
Setelah menghidupkan fungsi GPS dan aplikasi Grab di telefon pintar OPPO Neo5 16gb, saya memasukan maklumat yang diperlukan. Dalam kurang seminit saya mendapat respon dari pemandu Grab Car yang ada berdekatan.
Dipendekkan cerita saya berpuas hati dengan mutu perkhidmatan Grab Car yang dipandu oleh Encik Emran. Tambang murah, kereta bersih, selesa dan wangi.
Berikut adalah undian saya untuk Grab Car yang kali pertama saya naik ini :
Disebabkan Mydin Hypermarket Pulau Sebang tidak 'muncul' di peta, maka saya setkan lokasi naik di Stesyen Minyak Shell (tapi naik depan Mydin) |
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Komen saya berkenaan isu keselamatan :
Pada pandangan saya, sama ada penumpang mahupun pemandu, perlu berhati-hati dari sebarang kemungkinan. Jenayah boleh berlaku dari pihak penumpang atau pemandu.
Cadangan saya terutamanya pada perempuan / wanita, jika nak naik Uber atau Grab Car, pastikan anda bukan berseorangan sebaliknya naik ada kawan yang bersama anda. Risikonya lebih pada perempuan yang berseorangan (sama ada naik Uber/Grab Car mahupun pengangkutan awam yang lain).
Kita (lelaki juga boleh menjadi mangsa jenayah) berhak menolak untuk menaiki kenderaan jika merasa curiga (cth : terdapat penumpang lain di dalam kenderaan Uber / Grab / Teksi).
Kita boleh membuat aduan pada syarikat Uber / Grab / Teksi jika tidak berpuas hati pada perkhidmatan yang digunakan. Jika keadaan memerlukan, laporkan pada pihak berkuasa.
Kemudahan Uber, Grab atau Teksi sangat memudahkan pengguna jalanraya. Jika berlaku jenayah, yang patut dipersalahkan ialah pemandu itu sendiri (jika dilakukan oleh pemandu).
Cadangan tambahan :
* untuk keselamatan, sama ada anda naik Uber, Grab atau Teksi, anda hidupkan fungsi GPS dan merakam video pada telefon anda (jika telefon anda berkeupayaan sedemikian).
* hidupkan fungsi² berkenaan selagi anda masih berada di dalam kenderaan berkenaan.
Gaya rokers bersuara merdu
By Admin at 3:02:00 pm
umum
Subhanallah, bacaan ayat suci Al-Qur'an yang merdu dari seorang lelaki, walaupun gayanya seperti artis Rokers, tapi suaranya, MasyaAllah... best... 😱
Dia membaca surah Al-Fatihah dan surah Az Zumar ayat 73-75.
Tapi kalau dia ini tidak pegang rokok masa baca Quran lagi molek. 😊
Kredit pada : Minangkabau Negeri 9 Malaysia
Tukang Kasut : Kerja nampak kecil, Pendapatan besar
By Admin at 3:14:00 pm
umum
Rezeki adalah perkara yang subjektif. Datangnya boleh dari pelbagai arah yang mungkin tidak disangka. Rezeki dalam perniagaan juga mempunyai perspektif berbeza bergantung pada pengalaman dan ilmu seseorang.
Ada yang menganggap nak lebih kaya, lebih memiliki harga ialah dengan menjalankan perniagaan yang memiliki premis yang besar, bergaya dan bisnes yang "glamour". Lantaran itu perniagaan kecil-kecilan terutamanya menjaja di tepi jalan atau premis yang kecil dipandang sepi.
Namun cerita dan video yang ingin saya kongsikan di bawah ini merupakan salah satu bukti nyata bahawa rezeki untuk hidup mewah dan rasa senang serta mencukupi itu TIDAK SEMESTINYA datang dari bisnes yang bermodalkan puluhan atau jutaan ringgit. Rezeki adalah milik Allah SWT. Hanya padaNya jualah tempat kita meminta dan bergantung harap setelah berusaha.
Saya Tukang Kasut
SEORANG lelaki mampu memiliki kereta mewah Toyota Camry 2.0 dan menunaikan umrah bersama isteri, hanya dengan mengumpul pendapatannya hasil membaiki kasut.
Jamaluddin Hamdan, 49, dari Kuching, Sarawak bekerja sebagai tukang kasut di RH Plaza yang terletak di Jalan Lapangan Terbang Kuching.
Bermula sekadar hobi, namun lama-kelamaan ia menjadi minat dan mendatangkan hasil lumayan bagi dirinya dan keluarga.
Menurut Jamaluddin kepada sebuah portal, niatnya hanya mahu membantu orang lain di samping mencari pendapatan untuk diri sendiri.
“Saya kerja sebagai tukang kasut ni sebab nak tolong orang selepas tolong diri sendiri (cari duit) sebab ia merupakan hobi yang mendatangkan pendapatan.
“Kerja macam ini ada ‘income’ dan (paling penting) boleh tolong orang sebab kalau kasut terutama jenama mahal rosak sikit takkanlah nak buang,” katanya.
Tambahnya, sesetengah hobi tidak mendatangkan pendapatan namun sebaliknya pula dengan membaiki kasut.
Walaupun sudah lapan tahun menjadi tukang kasut, satu amalan yang tidak pernah ditinggalkan olehnya ialah solat Dhuha selain lima solat yang wajib.
“Rezeki Allah yang bagi jadi jangan tinggal solat, terutama solat sunat Dhuha antara Subuh dan Zohor, mohon agar rezeki dimurahkan.
“Kerja macam mana pun kalau tak solat rezeki yang diperoleh tidak akan rasa nikmat sebab kalau kita tinggal satu waktu (solat) akan rugi seribu waktu. Yang penting mohon pada yang Esa dan jangan sombong serta bongkak,” katanya lagi.
Jamaluddin tidak menafikan bahawa ramai beranggapan pekerjaan sebagai tukang kasut selalu dipandang remeh tetapi baginya sumber yang halal itu lebih penting.
“Tukang kasut ni kadang-kadang orang tak pandang sangat, ada yang pandang semacam (sebab itu) budak-budak sekarang lebih suka lepak dekat kafe, rata-rata tak nak kerja kotor macam ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
Kenapa MBO dan Melaka Mall begitu?
By Admin at 9:59:00 am
umum
(Sumber gambar di atas dari : en.itravelkaki.com) |
Pada 11 April 2015, saya telah berkunjung ke Melaka Mall untuk menonton filem Fast And Furious 7 (FF7) di MBO Cineplex. Seperti yang sedia maklum, Melaka Mall dilihat sebagai pusat beli belah yang suram dan hanya beberapa perniagaan sahaja yang dapat bertahan dalam menjalankan perniagaan di sini dan menjadi nyawa Melaka Mall.
Pertama, saya nak cerita mengenai kemudahan yang disediakan oleh MBO. Suasana panggung wayang yang selesa dengan suhu yang bersesuaian menjadikan ia sebagai tempat lepak yang agak baik. Namun yang mengecewakan ialah kemudahan tandas yang lebih teruk dari tandas di Melaka Sentral.
Kedua, kebocoran pada bumbung Melaka Mall apabila hujan. Sesudah habis menonton filem FF7 yang hebat, saya berjalan di ruang legar bagi meninjau kemudahan yang ada di bangunan ini. Boleh dikatakan suasana di sini tidaklah mencapai tahap "best". Suasana agak suram (tak meriah) dan yang paling tidak disangka, bumbungnya bocor dan air menitis apabila hujan turun.
*bangunan ini pernah meriah di awal pembukaannya iaitu semasa bangunan ini dinamakan sebagai Kota Mas.
Cara mengenali produk tiruan Milo
By Admin at 11:59:00 am
umum
BERHATI-HATI. Sekarang telah berlaku lambakkan produk palsu / tiruan jenama Milo di pasaran. Kemungkinan ada bahan yang bahaya kerana ia tidak mendapat kelulusan yang sah dari pihak berkuasa.
Gambar di atas adalah salah satu cara untuk meneliti sama ada produk Milo itu tiruan atau asli
Jenama besar yang popular seperti Milo pun ditiru, inikan pula produk usahawan kecil dan sederhana... Bajet / kos utk melindungi hakcipta produk dari segi jenama, rekabentuk, konsep dan idea dikatakan terlalu tinggi. Usahawan kecil dan sederhana tak semua yg mampu membayar "yuran" berkenaan...
Harap agensi berwajib dlm masalah sebegini dpt membuat solusi terhadap permasalahan sebegini bagi melindungi industri keusahawanan di Malaysia...
Harap agensi berwajib dlm masalah sebegini dpt membuat solusi terhadap permasalahan sebegini bagi melindungi industri keusahawanan di Malaysia...
*Ahmad Zaki Bin Abdul Rahim
~Pengasas ICT Niaga Enterprise
~Panel Penasihat Industri, Unifield International College
Kapal angkasa seumpama Dragon Ball mendarat di Melaka?
By Admin at 9:33:00 am
umum
Seumpama kapal angkasa dalam siri animasi Dragon Ball, objek ini dilihat tersadai di tepi jalan berhampiran Masjid Kampung Hulu, Melaka.
Tidak diketahui bagaimana ianya boleh berada di sana tetapi dipercayai ia milik Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, untuk dibuat hiasan tepian jalan.
*macam Pokeball dalam siri animasi Pokemon pun ada juga kan...?
Syarat kelayakan dan cara mohon kediaman PR1MA
By Admin at 5:43:00 am
umum
Berikut merupakan kriteria asas untuk menjadi pemilik kediaman PR1MA :
- Warganegara Malaysia
- Bujang atau berkahwin berumur 21 tahun dan ke atas
- Pendapatan isi rumah individu atau keluarga (suami & isteri) antara RM2500.00 ke RM10 000.00
- Tidak memiliki lebih daripada satu hartanah, sama ada anda atau pasangan (jika ada)
Hanya dengan 9 langkah mudah untuk menjadi pemilik kediaman PR1MA iaitu :
1. PENDAFTARAN
Buka akaun anda di www.pr1ma.my
Lengkapkan pendaftaran anda dan muat naik semua dokumen yang diperlukan.
Lengkapkan pendaftaran anda dan muat naik semua dokumen yang diperlukan.
2. PELANCARAN
Anda akan dimaklumkan mengenai
pelancaran projek-projek PR1MA di lokasi pilihan anda. Projek yang
dilancarkan akan turut diiklankan di dalam media.
3. PERMOHONAN
Anda perlu memohon projek
kediaman PR1MA yang telah dibuka untuk permohonan kerana pengundian
tidak akan dilakukan secara automatik.
4. PENGUNDIAN
Proses cabutan undi secara telus dan terbuka akan dijalankan untuk pemohon yang memenuhi syarat kelayakan.
5. PENGESAHAN
Sekiranya anda berjaya dipilih melalui cabutan undi, pengesahan dokumen yang berkaitan akan dilakukan.
6. PERUNTUKAN UNIT
Anda boleh memilih unit yang dikehendaki sekiranya terdapat kekosongan.
7. PEMBIAYAAN/PEMILIKAN HARTANAH
Pembiayaan hartanah adalah pilihan anda sendiri. Walau bagaimanapun,
panel institusi kewangan PR1MA yang telah dilantik boleh memenuhi
keperluan anda melalui pakej-pakej pembiayaan yang menarik. PR1MA juga
menawarkan program (RTO) dengan skim sewa maksimum 10 tahun berserta
pilihan pembelian bagi mereka yang layak.
8. PERJANJIAN JUAL BELI
Perjanjian Jual Beli (SPA) akan ditandatangani antara PR1MA dengan anda, selaku pemilik kediaman tersebut.
9. PENYERAHAN KUNCI
Sebaik sahaja pembinaan anda
siap dan Sijil Perakuan Siap & Pematuhan kediaman diperolehi, kunci
dan hartanah anda akan diserahkan secara rasmi sekali gus menjadikan
anda pemilik kediaman PR1MA.
Berlancau semasa cuti perayaan?
By Admin at 12:00:00 am
umum
Dalam video di bawah ini terdapat seorang gadis Cina yang ada cantik, bercerita tentang mendapatkan lancau semasa cuti perayaan Chrismas. Katanya melancau terlalu banyak boleh merosakkan kualiti masa cuti dan menjejaskan kesihatan.
*Sebenarnya bunyi atau ejaan yang sebenar dalam bahasa cina ialah "Lan Jiao" tetapi sekali dua dengar macam lancau...
Barang-barang yang diisytiharkan sebagai barang-barang kawalan bermula 14 Julai 2014 sehingga 9 Jun 2015
By Admin at 4:50:00 pm
umum
Berikut adalah bahan-bahan makanan dan keperluan harian rakyat yang telah dimasukkan ke dalam senarai kawalan harga yang bermula dari 14 Julai 2014 sehingga 9 Jun 2015 :
- Semua jenis mentega
- Semua jenis keju
- Semua jenis marjerin
- Semua jenis minuman kotak dan botol
- Semua jenis serbuk penaik dan esen membuat kuih-muih dan konfeksi
- Jeli dan agar-agar
- Daging dan jeroan mentega - segar dan dijeruk
- Itik dan burung-burung lain, tidak termasuk ayam
- Telur belum berkupas kulit dan telur jeruk
- Buah-buahan mentah yang diimport - segar atau dijeruk
- Bawang besar dan bawang merah
- Bawang putih
- Cili kering
- Lada hitam dan semua jenis rempah
- Kepala, sebiji atau yang diparut
- Semua jenis kacang
- Semua jenis kacang tanah
- Cendawan dan kulat
- Minyak sapi
- Asam jawa
- Makanan laut yang dikeringkan atau dijeruk
- Tepung beras
- Tepung jagung
- Tepung beras pulut
- Ubi kentang
Sekali pandang lain macam
By Admin at 12:00:00 am
umum
Sejarah penciptaan kamera bermula jauh lebih lama sebelum masyarakat barat menemukannya, prinsip-prinsip dasar pembuatan kamera telah dicetuskan seorang sarjana Muslim sekitar 1000 tahun lalu.
Peletak prinsip kerja kamera itu adalah seorang saintis legenda Muslim
bernama Ibnu al-Haitham. Pada akhir abad ke-10 M, al-Haitham berjaya
menemui sebuah kamera obscura. Itulah salah satu karya al-Haitham yang
paling monumental. Penemuan itu dilakukan al-Haithan bersama Kamaluddin al-Farisi. Kedua-duanya berjaya meneliti dan merakam fenomena kamera obscura.
Kemudian dengan penciptaan kamera berfilem dan kini kamera digital, aktiviti bergambar menjadi semakin mudah dan "selfie" diiktiraf menjadi perkataan terbaru dalam kamus bahasa Inggeris, yang merujuk kepada aktiviti mengambil gambar diri sendiri secara berseorangan. Ber "selfie" jadi lebih mudah apabila telefon tangan atau mobile phone juga telah mempunyai fungsi kamera.
Namun sesekali apabila kita melihat semula koleksi gambar yang ada, ada antaranya mengelirukan pandangan jika tidak diteliti dengan berhati-hati. Contohnya seperti di bawah ini :
Badan siapa punya? kaki siapa punya?
Alamak, sekali pandang ingatkan "keris tumpul"
Pergh... ingatkan "blowjob" tadi....
Anak alien ke apa ni...?
*Nota :
-Kemudahan kamera digital wajib digunakan untuk kebaikkan bersama bukan untuk membuat fitnah.
-Dengan kecanggihan teknologi perisian komputer, gambar boleh dimanipulasikan sama ada ke arah positif atau negatif.
Akibat sakit ketika seks,pasangan mengamuk dan tak tentu arah
By Admin at 10:53:00 am
umum
Untuk informasi umum :
Pada tahun 2010, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) mengetengahkan cadangan untuk menjadikan tindakan suami melakukan keganasan terhadap isteri termasuk keganasan seksual sebagai satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan kerana ia dikaitkan dengan hak asasi seorang isteri.
SUHAKAM menganggap melakukan hubungan seks di luar kerelaan isteri adalah melanggar hak asasi manusia justeru ia wajar diperjuangkan.
Hubungan seks (semestinya yang telah sah perkahwinan) sewajibnya menjadi pengikat kasih sayang dan cinta antara pasangan suami isteri. Hubungan seks yang menyiksakan hanyalah memuaskan sebelah pihak sahaja, melainkanlah jika keduanya suka seks ganas.
Berikut adalah video contoh seks yang menyakitkan pasanagan dan menjadikan pasangan tak keruan :
Senarai kod mewakili negeri kelahiran pada kad pengenalan
By Admin at 1:11:00 am
umum
Kad pengenalan telah dikeluarkan di Malaysia semenjak lebih lima puluh tahun dahulu. Tujuan utama pengeluaran kad pengenalan pada ketika itu adalah untuk menjaga keselamatan negara daripada ancaman komunis.
Penggunaan kad pengenalan telah berjaya menghapuskan kesukaran mengenalpasti kumpulan komunis yang mengganas ketika itu. Sistem tersebut diwajibkan kepada rakyat Malaysia yang berumur 12 tahun ke atas dan ia berjaya menangani pergerakan komunis kerana kebebasan bergerak hanya terhad kepada pemegang kad pengenalan pada waktu itu.
Penggunaan kad pengenalan telah berjaya menghapuskan kesukaran mengenalpasti kumpulan komunis yang mengganas ketika itu. Sistem tersebut diwajibkan kepada rakyat Malaysia yang berumur 12 tahun ke atas dan ia berjaya menangani pergerakan komunis kerana kebebasan bergerak hanya terhad kepada pemegang kad pengenalan pada waktu itu.
Pada kad pengenalan terdapat beberapa maklumat pemilik antaranya ialah nombor kad pengenalan. Pada deretan nombor kad pengenalan ini, kita dapat mengenalpasti tarikh kelahiran pemiliknya. Selain itu dapat juga mengetahui tempat atau negeri kelahiran pemiliknya. Nombor ini mengandungi dua digit sahaja dan terletak antara deretan digit tarikh kelahiran serta empat nombor terakhir.
Berikut adalah senarai kod bagi negeri kelahiran untuk kad pengenalan orang awam di Malaysia :
Johor - 01, 21, 22, 23, 24
Kedah - 02, 25, 26, 27
Kelantan - 03, 28, 29
Melaka - 04, 30
Negeri Sembilan - 05, 31, 59
Pahang - 06, 32, 33
Pulau Pinang - 07, 34, 35
Perak - 08, 36, 37, 38 , 39
Perlis - 09, 40
Selangor - 10, 41, 42, 43, 44
Terengganu - 11, 45, 46
Sabah - 12, 47, 48, 49
Sarawak - 13, 50, 51, 52, 53
Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) - 14, 54, 55, 56, 57
Wilayah Persekutuan (Labuan) - 15, 58
Wilayah Persekutuan (Putrajaya) - 16
Negeri Tidak Diketahui - 82
*Info : maklumat dari laman sesawang Jabatan Pendaftaran Negara
Bas melanggar penjual roti bermotorsikal
By Admin at 4:30:00 am
umum
Seorang penjual roti mengalami kemalangan akibat dilanggar sebuah bas pada lebih kurang pukul 5.30 petang di kawasan berhampiran perkampungan. Dia tercampak dari motor rotinya dan termasuk ke dalam sebuah longkang yang dalam.
Roti yang diniagakan banyak bertaburan di atas jalan raya disamping motornya yang tersadai di tengah jalan raya berkenaan. Sambil menyapu darah yang mengalir dari kepalanya, dia terus merintih kesakitan dan cuba memanjat untuk keluar ke bahu jalan namun gagal.
Seketika kemudian datang orang kampung menghampirinya dan bertanya :
"Ada apa ni encik?"
Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih kesakitan, penjual roti itu berkata,
"Adaa rotii kejuuu... Adaaa rotii coklaatt...Maacam-macaam ada....."
Lebih pening dari Keluarga 69 ?
By Admin at 12:00:00 am
umum
Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah.
Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli, Jamrud adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada Bapak Mertuanya.
Selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul dalah adik kepada Ramli. Tetapi Jarul adalah anak kepada Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli, Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya. Itu tak seberapa lagi.
Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Jamilah, anak tiri Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee. Jadi ayah Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli, Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli,
Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri.
Aku sendiri naik pening menterjemahkan semua nih...!
*Ini adalah hikayat rekaan sahaja tetapi tidak mustahil ia boleh atau ada berlaku dalam masyarakat kita.
Model kereta Kancil dikeluarkan semula secara rahsia: design baru,paling mesra alam
By Admin at 1:42:00 pm
umum
Perodua Kancil (dikenali sebagai Perodua Nippa di pasaran United Kingdom dan Daihatsu Ceria di pasaran Indonesia) merupakan sebuah kereta kecil yang pertama dikeluarkan oleh Perusahaan Automobil Kedua (PERODUA).Ia mula dilancarkan pada Ogos 1994. Ia dinamakan Kancil sempena nama seekor binatang bijak yang pernah muncul dalam cerita-cerita kanak-kanak zaman dahulu.
Tetapi, penjualan Perodua Kancil berhenti pada 2009 dengan penjualan 722,223 buah, dan ia telah bertukar kepada model Perodua Kelisa.
Namun kini dengan secara rahsia, ada usaha pihak tertentu untuk mengembalikan kereta kancil ke dalam pasaran Malaysia. Kereta ini dikatakan paling mesra alam berbanding dengan model yang sedia ada dalam kategori yang sama. Berikut adalah salah satu gambar model Kancil yang diubahsuai yang dapat "dicuri" :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ceria Selalu.....
Gambar pelik, lucu dan seks di tempat terbuka?
By Admin at 12:45:00 pm
umum
Melalui gambar, pelbagai tafsiran yang mucul di minda kita. Tafsiran dan telahan berkenaan berbeza mengikut ilmu dan pengalaman masing-masing.
Artikel kali ini saya menghimpunkan beberapa gambar menarik yang "dipungut" dari arena internet, yang mungkin lucu, aneh, menyentuh perasaan serta boleh dijadikan pengajaran yang positif dalam kita menelusuri denai kehidupan di bumi ini.
Ada orang yang ke masjid hanya pada waktu tertentu sahaja, malah ada yang tak tempuh langsung
"Dilarang berhenti demi keselamatan anda". Papantanda amaran kawasan berhantu?
Sama ada gas memasak dah habis atau dapur dah rosak. Kreatif? Kreatiflah sangat... (dua tangan dibahu sambil mata pandang ke atas)
Periuk dijadikan sebahagian peralatan pancuran air. Kejuruteraan mekanikal yang genius
Suatu ciptaan "hybrid" yang menghasilkan kenderaan di jalanraya yang tidak mengeluarkan asap, menggunakan "Green Technology"
Semua percuma. Berniaga semata kerana Allah SWT
Mengurangkan kos penyediaan senjata api
Jika tak mampu membeli kenderaan, kenapa tidak anda membuatnya?
Hilang akal?. Salah jalan atau nak uji keteguhan kereta?
Orang Utanpun tahu nak "fore play" sebelum ehem-ehem... Gejala seks di tempat terbuka makin menjadi-jadi
Apabila ada yang meminta, jika berkemampuan, hulurkanlah bantuan. Kelihatan seekor beruang Koala meminta air dari salah seorang pengayuh basikal yang sedang berehat.
"Sahabat..., untuk selamanya".
**Gambar akan ditambah dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa, jik ada terakam aksi yang menarik
Tujuh langkah untuk melakukan pengundian (Pilihanraya Umum)
By Admin at 8:52:00 pm
umum
Sejak tahun 1957, Malaysia mengekalkan sistem politik pelbagai parti
yang mana parti politik yang memperoleh majoriti kerusi di Dewan Rakyat
atau Dewan Undangan Negeri boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau
Negeri. Sistem yang digunakan di Malaysia berasaskan
'First-Past-The-Post-System'. Ini bermakna calon-calon yang memperoleh
majoriti akan diisytihar pemenang di bahagian pilihan raya yang
berkenaan.
Pada tahun 2013 ini, negara kita akan mengalami pilihanraya kali ke 13. Pilihanraya kali ini dikatakan akan menjadi pilihanraya yang paling "hangat" setelah rakyat saban hari dihidangkan dengan pelbagai cerita lucah sama ada di media cetak mahupun di media elektronik.
Mungkin ada dikalangan pembaca merupakan pengundi kali pertama. Sama ada sememangnya kali pertama mengikut kelayakan umur ataupun kali pertama setelah beberapa penggal pilihanraya "terlupa" untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi.
Berikut saya kongsikan panduan bagaimana proses pengundian berlangsung :
Langkah 1
-Pengundi diminta beratur di pintu masuk bilik mengundi. Masuk satu persatu apabila dibenarkan oleh polis yang menjaga pintu masuk
Langkah 2
-Serahkan Mykad / dokumen pengenalan dan slip semakan kepada kerani pengundian pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan pastikan dan pastikan yiada calitan dakwat kekal pada jari.
Langkah 3
-Bergerak ke hadapan kerani pengundian kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil.
Langkah 4
-Selepas jari ditandakan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi dari kerani pengundian ketiga.
Langkah 5
-Maju ke petak undi dan tandakan " X " pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.
Langkah 6
-Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.
Langkah 7
-Keluar segera dari tempat mengundi
Semua proses pengundian diperhatikan oleh ejen-ejen calon yang bertugas. Sekiranya ada pertanyaan atau memerlukan bantuan, sila rujuk kepada ketua tempat mengundi.
Perempuan ibarat Wi-Fi, Lelaki seperti Bluetooth
By Admin at 12:07:00 am
umum
Assalamualaikum...
Pelbagai isu yang sentiasa bercanang dalam masyarakat kini. Dari segi keutamaan, keADILan, kesaksamaan dan yang makin kerap berlaku ialah keterlanjuran... Segala isu dan perkara yang berlaku bukan hanya "orang muda @ remaja" sahaja yang melakukannya, orang tua lagi ganyutpun melebih-lebih lagi salah silapnya. Siapalah ketam untuk mengajar anaknya berjalan lurus?
Dalam artikel ini saya berkongsi huraian kenapa Perempuan diibarat seperti "Wi-Fi" dan Lelaki pula seperti "Bluetooth". Hal ini bukanlah saya menyatakan ia sepenuhnya betul, cuma sekadar berkongsi pada anda dan terpulang pada anda untuk membuat penilaiannya....
Perakam laju mudahalih yang boleh dicuba di jalanraya Malaysia
By Admin at 12:12:00 am
umum
**Agak-agaknya pemadu di Malaysia "layan" tak benda-benda macam ni...?