Sejak tahun 1957, Malaysia mengekalkan sistem politik pelbagai parti
yang mana parti politik yang memperoleh majoriti kerusi di Dewan Rakyat
atau Dewan Undangan Negeri boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau
Negeri. Sistem yang digunakan di Malaysia berasaskan
'First-Past-The-Post-System'. Ini bermakna calon-calon yang memperoleh
majoriti akan diisytihar pemenang di bahagian pilihan raya yang
berkenaan.
Pada tahun 2013 ini, negara kita akan mengalami pilihanraya kali ke 13. Pilihanraya kali ini dikatakan akan menjadi pilihanraya yang paling "hangat" setelah rakyat saban hari dihidangkan dengan pelbagai cerita lucah sama ada di media cetak mahupun di media elektronik.
Mungkin ada dikalangan pembaca merupakan pengundi kali pertama. Sama ada sememangnya kali pertama mengikut kelayakan umur ataupun kali pertama setelah beberapa penggal pilihanraya "terlupa" untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi.
Berikut saya kongsikan panduan bagaimana proses pengundian berlangsung :
Langkah 1
-Pengundi diminta beratur di pintu masuk bilik mengundi. Masuk satu persatu apabila dibenarkan oleh polis yang menjaga pintu masuk
Langkah 2
-Serahkan Mykad / dokumen pengenalan dan slip semakan kepada kerani pengundian pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan pastikan dan pastikan yiada calitan dakwat kekal pada jari.
Langkah 3
-Bergerak ke hadapan kerani pengundian kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil.
Langkah 4
-Selepas jari ditandakan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi dari kerani pengundian ketiga.
Langkah 5
-Maju ke petak undi dan tandakan " X " pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.
Langkah 6
-Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.
Langkah 7
-Keluar segera dari tempat mengundi
Semua proses pengundian diperhatikan oleh ejen-ejen calon yang bertugas. Sekiranya ada pertanyaan atau memerlukan bantuan, sila rujuk kepada ketua tempat mengundi.