Pada hari ini, 14 April 2013, beberapa tempat di kawasan Melaka dilanda "angin kuat" (ribut). Tidak terkecuali Pasar Tani UTC, Jalan Hang Tuah Melaka yang telah dilanda ribut buat kali kedua. Kejadian pertama telah berlaku pada 6 September 2012 (sila rujuk artikel "Ribut di tapak Pasar Tani UTC, Melaka 6 September 2012").
Ribut ini berlaku dalam sekitar jam 2.00 pagi hingga ke 4.00pagi. Pada kali ini tidak seteruk semasa kejadian kali pertama, hanya beberapa khemah mengalami kerosakan dan kerosakan barang-barang niaga. Khemah (gerai) saya tidak mengalami kerosakan besar, hanya beberapa barang untuk diniagakan basah dan ada yang rosak serta berterbangan jauh dari tempat asal.
Insya Allah semua masalah seperti ini akan selesai sekiranya kawasan ini mempunyai bumbung bagi para peniaga berlindung dari panas dan hujan. Secara tidak langsung, para peniaga akan dapat berniaga dengan lebih bersemangat dan para pengunjung akan rasa lebih selesa untuk membeli belah dan menjamu selera di "Food Court Pasar Tani UTC Melaka" sambil berehat-santai di sini.