Pasar tani merujuk kepada pasar yang khusus menjual barang-barang hasil pertanian seperti sayur-sayuran, ayam, dan daging segar.
Pasar tani berkonsepkan jualan langsung, di mana petani atau
penternak berpeluang menjual barangan mereka secara langsung kepada
orang ramai tanpa melalui orang tengah / pemborong. Dengan itu pada
kebiasaannya harga yang ditawarkan adalah lebih murah berbanding harga
di pasar biasa.
Pasar tani biasanya diadakan secara mingguan, dan pada hari-hari tertentu di beberapa lokasi strategik mengikut keperluan masyarakat setempat. Pada masa kini pasar tani bukan sekadar menjual barangan yang berkaitan dengan pertanian dan penternakkann semat-mata, ia turut menjual pelbagai barangan aksesori untuk lelaki, wanita, kanak-kanak, cenderamata, barangan kelengkapan rumah dan pelbagai jenis makanan serta minuman
Pasar tani di Malaysia
Pasar tani diwujudkan khusus di Malaysia
berjaya mengatasi masalah orang tengah yang mengambil untung berlebihan
terhadap petani, peladang, penternak dan nelayan. Pasar tani bersaing
dengan pasar basah, pasar pagi dan pasar malam
. Pasar tani di Malaysia diadakan pada waktu pagi sahaja dan ditadbir
oleh FAMA. Diwujudkan pada 1985, Pasar tani kni telah berusia lebih 27
tahun.
Beberapa tempat yang sesuai dan mudah akses oleh orang ramai telah dipilih . Pemilihan lokasi bergantung kepada hasil kajian FAMA
terhadap potensi setempat, kelulusan oleh pihak berkuasa tempatan dan
bilangan penyertaan usahawan niaga yang mahu berjual beli di situ.
Usahawan tani ini dapat kemahiran untuk memasarkan barangan mereka.
FAMA menyediakan payung khusus untuk mereka. Peluang pekerjaan dalam
perniagaan kecil dapat dikembangkan .
OBJEKTIF PASAR TANI | |||||||||||
Di antara objektif-objektif utama pembangunan PASAR TANI termasuklah:- | |||||||||||
| |||||||||||
MATLAMAT PASAR TANI | |||||||||||
FAMA menetapkan serampang dua mata melalui penubuhan Pasar Tani iaitu: | |||||||||||
| |||||||||||
KEISTIMEWAAN PASAR TANI | |||||||||||
|