Showing posts with label bencana alam. Show all posts
Showing posts with label bencana alam. Show all posts

Jalanraya di Terengganu yang ditutup pada semua kenderaan


Berikut adalah maklumat terkini jalanraya yang ditutup untuk lalu lintas semua kenderaan mengikut daerah di Terengganu setakat bermula pada tarikh 24 Disember 2014 :

Hulu Terengganu :
  • FT185 Jalan Aring 8, Kenyir Kuala Jenaris
  • T107 Jalan Kuala Berang / Tanggol / Wakaf Tapai
  • T139 Jalan Matang / Nibong / Kuala Telemong
Setiu :
  • Jalan Permaisuri - Hulu Seladang
  • Jalan Peng Merbau / Pelong
Dungun :
  • Jalan Durian Mentagau - Citrus Vallley
Kuala Terengganu :
  • Jalan Buluh Gading / Jeram / Pulau Bahagia
Kemaman :
  • Jalan Cukai / Air Putih
  • Jalan Teladas
  • Jalan Lubuk Lesung / Pelatoh
Jumlah larangan lalu lintas untuk orang awam dan penutupan jalan mungkin akan bertambah mahupun berkurang mengikut keadaan semasa cuaca serta keselamatan fizikal jalanraya terbabit.

Gambar keadaan banjir di Kuala Krai, Kelantan

Hujan lebat ditambah lagi dengan air pasang besar dari laut menambahkan lagi kemusnahan dan mengancam keselamatan penduduk di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.  Salah satu kawasan yang dilanda banjir dasyat ialah di Kuala Krai, Kelantan.

Berikut adalah gambar yang sempat diambil oleh mereka yang berada di lokasi kejadian di Kuala Krai :

 

 









Berikut merupakan maklumat pengenalan mengenai Kuala Krai :

Kuala Krai merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. Ibu daerahnya ialah bandar Kuala Krai. Kuala Krai merupakan jajahan kedua terbesar di Kelantan selepas Gua Musang dengan keluasan 2,287.10 kilometer persegi. Terdapat tiga daerah utama dalam jajahan ini iaitu Batu Mengkebang, Olak Jeram dan Dabong. Jumlah mukim di Kuala Krai ialah 35.

Kebanyakan penduduk di jajahan Kuala Krai mengusahakan tanaman getah. Jajahan ini bersempadan dengan Gua Musang di selatan, Jeli di barat, Tanah Merah di barat laut, negeri Terengganu di timur dan Machang di utara.

Sebelum tahun 1977, Kuala Krai dikenali sebagai Ulu Kelantan dan merangkumi Gua Musang, Kuala Krai dan daerah Kuala Balah di selatan Jeli. Bandar Kuala Krai ketika itu bertindak sebagai ibu jajahan Ulu Kelantan. Kuala Krai ditadbir oleh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir jajahan ini iaitu Majlis Daerah Kuala Krai (bagi kawasan utara jajahan) dan Majlis Daerah Dabong (bagi kawasan selatan jajahan).

Kuala Krai berkembang pesat setelah dibuka lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang pada Ogos 1983 yang merupakan laluan jalan raya ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu. Dua sungai utama iaitu Sungai Galas dan Sungai Lebir bertemu di Sungai Kelantan di bandar Kuala Krai. Terdapat stesen keretapi yang menghubungkan Tumpat ke Gua Musang.

Gambar puting beliung di Alor Setar, Kedah


Kejadian puting beliung petang tadi dilaporkan berlaku pada petang 14 Oktober 2014 yang bergerak dari Alor Setar ke Pendang, Kedah.

Beberapa gambar puting beliung sempat dirakam oleh orang ramai. Sekurang-kurangnya 10 buah rumah rosak akibat dibadai angin puting beliung.







Sumber :

www.malaysia1news.my

Kebanjiran di Pasar Tani UTC Melaka

 

Hujan lebat sejak awal pagi 15 Ogos 2014 hingga menghampiri waktu tengah hari (sebilangan kawasan dilaporkan hingga ke petang) di negeri Melaka mengakibatkan banjir di sesetengah kawasan di negeri ini.

Malah di kawasan Pasar Tani UTC Melaka turut terkena tempiasnya. Beberapa barang peniaga telah hanyut di sekitar kawasan rendah di tapak berkenaan.


 
Level air yang membanjiri kawasan tapak Pasar Tani UTC Melaka


 Suasana tapak Pasar Tani yang bergenang dengan air hujan




Asia Tenggara dijangka dilanda El Nino


Info berkenaan dengan El Nino dan La Nina :

- El Niño dan La Niña merupakan fenomena fasa berlawanan putaran iklim semula jadi yang dikenali sebagai Putaran Selatan El-Nino (El Nino-Southern Oscillation - ENSO). Fenomena lautan-atmosfera ini merujuk kepada perubahan besar kepada suhu permukaan laut merintangi timur pasifik tropika. "El Nino" dalam bahasa Sepanyol bermakna "anak lelaki" manakala "La Nina" pula bermakna "anak perempuan".


Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom meramalkan kemungkinan besar fenomena El Nino, yang mengakibatkan peningkatan suhu dan taburan hujan, akan melanda rantau Asia Tenggara pertengahan tahun ini.

Pakar kaji cuaca tempatan belum dapat memastikan bahawa Malaysia akan mendapat tempias El Nino pada kali ini namun jika ia berlaku, kemungkinannya ialah Malaysia akan menghadapi keadaan musim kemarau berpanjangan selama enam bulan mulai pertengahan tahun ini.

Bagaimanapun, mereka mengingatkan pihak berkuasa, terutamanya yang berkaitan pengurusan bekalan air supaya membuat persediaan awal menghadapi fenomena El Nino itu bagi mengelakkan krisis bekalan air yang serius.

El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua hingga empat tahun di timur Lautan Pasifik. Ia boleh menyebabkan rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia dan antara kesannya ialah hujan lebat di sesetengah kawasan sementara di kawasan lain, berlaku kemarau berpanjangan.


Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S Piarapakaran berkata hasil penyelidikan institusi itu yang menggunakan model ramalan dinamik ENSO (El-Nino Ayunan Selatan), ialah mereka meramalkan kebarangkalian 70 peratus 'El Nino' akan berlaku di Asia Tenggara.

"Kebarangkalian 70 peratus yang disebut bukan hanya berasaskan kepada model mereka sahaja tetapi menggabungkan maklumat dan kepakaran dari pusat-pusat Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) di seluruh dunia.
"Walaupun keadaan El Nino dijangka berkaitan dengan monsun barat daya yang lebih kering namun setakat ini pusat penyelidikan meteorologi di UK masih belum mengenal pasti kekuatan El Nino yang akan melanda Malaysia," katanya kepada di sini.

Beliau berkata, AWER telah memohon kerjasama daripada Pejabat Kaji Cuaca UK untuk mendapatkan pandangan alternatif mengenai kemungkinan berlakunya El Nino di rantau Asia Tenggara dan kesannya kepada iklim Semenanjung Malaysia.

Ditanya mengenai kesan yang akan berlaku kepada Malaysia jika El Nino melanda negara ini, Piarapakaran meramalkan bahawa ia akan menjejaskan dengan teruk keadaan bekalan air negara. Contohnya, jika paras air di empangan Sungai Selangor tidak mencapai kapasiti selamat iaitu 55 peratus, Piarapakaran berkata ia boleh menyebabkan kesan negatif yang lebih buruk menjelang pertengahan tahun ini.

"Jika ukuran kekuatan El Nino di tahap yang kuat, ia boleh menyebabkan kekeringan yang teruk, iaitu 60 peratus daripada pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur akan menghadapi situasi yang lebih buruk berbanding catuan air yang mereka telah alami dalam tempoh dua bulan yang lalu," katanya.

Sementara itu, Pengarah Institut Pengurusan Alam Sekitar dan Sumber Air, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Abdull Rahim Mohd Yusoff berkata El Nino biasanya berlaku setiap dua hingga empat tahun sekali.

Prof Dr Abdull Rahim berkata ukuran kekuatan El Nino di tahap yang kuat, boleh menyebabkan kekurangan air dan bekalan makanan akibat dari musim kemarau melampau dan antara tanda-tanda awal El Nino yang sudah dapat dilihat adalah statistik taburan hujan yang kurang daripada normal sejak kebelakangan ini.


"Bibit-bibit El Nino sudah mula kelihatan pada awal tahun ini yang mana menyaksikan taburan hujan yang amat sedikit daripada biasa, kurang daripada 50mm bagi sesetengah tempat dan jika benar El Nino akan melanda Malaysia, seharusnya pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan bekalan air mesti lebih bersedia lebih awal dalam menghadapi fenomena itu," katanya.

Malaysia pernah mengalami fenomena ini pada 1998, di mana suhu tertinggi iaitu 40.1 darjah Celsius direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis pada 9 April 1998.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi mengesahkan ada pemantauan ramalan fenomena El Nino yang dilaksanakan oleh WMO Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail yang dihubungi berkata setakat ini laporan yang diterima pada 15 April, ialah berlakunya pemanasan suhu permukaan laut di Lautan Pasifik sepanjang Januari sehingga April.


*sumber : BERNAMA

Penafian MRT Corp tentang kenderaan jatuh dalam lubang di Jalan Bukit Bintang


Susulan kejadian mendapan tanah yang berlaku pagi pada 23 April 2014 (Rabu), laluan Jalan Bukit Bintang (menghala ke Jalan Tun Razak) antara Chulan Square dan Menara Worldwide telah ditutup pada hari yang sama.

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) berkata penutupan jalan raya telah dilaksanakan dengan serta-merta selepas Kontraktor Kerja Projek MRT Bawah Tanah KVMRT (T ) Sdn Bhd mengesan mendapan di bawah laluan pejalan kaki.

"Setelah mengesan mendapan, kontraktor dengan segera mengerahkan Pasukan Kecemasan (ERT) ke lokasi dan menghubungi pihak berkuasa.

"Keputusan dibuat berdasarkan kepada prosedur operasi standard projek MRT untuk menutup laluan sepanjang 500 meter di Jalan Bukit Bintang arah Jalan Tun Razak bagi mengurangkan risiko terhadap orang awam.

"Pihak polis dan kakitangan ERT juga telah dikerahkan ke lokasi untuk mengawal laluan trafik," kata MRT Corp di dalam satu kenyataan media.

MRT Corp berkata penutupan , yang bermula dari jam 9 pagi, adalah supaya membolehkan kerja-kerja pengukuhan tanah dijalankan. MRT Corp turut berkata Jalan Bukit Bintang ditutup sehingga pukul 6 pagi, 24 April  2014.

"Semasa penutupan jalan itu, laluan trafik kontra telah dilaksanakan dengan kenderaan dari Bukit Bintang menuju ke Jalan Tun Razak diarahkan ke dua lorong yang bertentangan (menghala ke Bukit Bintang). "Dua lagi lorong masih terbuka untuk kenderaan yang menghala ke  Bukit Bintang."

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp, Amir Mahmood Razak berkata mendapan itu tidak menyebabkan lubang besar sehingga membolehkan kereta jatuh ke dalamnya atau kerosakan harta benda.

"Kami segera menutup jalan itu apabila tanda-tanda awal mendapan ditemui oleh kakitangan, mengikut prosedur operasi standard kami.

"Saya menafikan semua khabar angin yang mengatakan bahawa kereta telah jatuh ke dalam lubang. Saya menyeru sesiapa yang sedang menyebarkan khabar angin itu untuk menghentikan kelakuan yang tidak bertanggungjawab itu kerana ia boleh membuatkan orang ramai panik," katanya.


Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya menggunakan jalan alternatif untuk mengelakkan kawasan itu.

"Trafik dari Bukit Bintang menuju ke Jalan Tun Razak boleh menghala ke Jalan Imbi di Chulan Square, dan kemudian pusing kiri ke Jalan Inai, kemudian kiri sekali lagi ke Jalan Kampung dan memasuki semula Jalan Bukit Bintang di lampu trafik di mana mereka boleh belok kanan untuk menuju ke Jalan Tun Razak.

"Secara alternatif, pemandu boleh terus ke Jalan Inai dan  seterusnya sampai ke jalan Tun Razak.

"Satu lagi laluan alternatif adalah dengan meneruskan perjalanan di Jalan Imbi dan beralih kiri di jalan masuk SMART Tunnel, dan meneruskan perjalanan ke Bulatan Kampung Pandan di mana mereka boleh pergi ke Jalan Tun Razak."

Gambar tanah runtuh di Lebuh raya Mahameru


Pada 7 Januari 2014,sekitar jam 5.23 petang (hari Selasa), satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di Lebuh raya Mahameru menghala ke Parlimen. Pihak Bomba yang hadir ke tempat kejadian mendapati tiada kemalangan jiwa berlaku.

Setelah membuat pemantauan, pihak Bomba telah membuat kerja-kerja pembersihan jalanraya dan kawasan sekitarnya. Balai Bomba yang terlibat dalam operasi tersebut Sentul, Hang Tuah dan Jinjang. Turut hadir di tempat kejadian Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Bin Talib.

Berikut adalah gambar-gambar kawasan kejadian dari sumber pihak bomba :

Gambar banjir sekitar Pahang


Rakyat negeri Pahang, khususnya yang berada di pinggir sungai dan tempat rendah, telah diminta bersedia dan segera berpindah (sekiranya tempat masih belum banjir) kerana menghadapi kemungkinan banjir.

Ini ditambah lagi dengan keadaan hujan lebat yang mulai turun di sesetengah kawasan dalam awal Disember  2013 ini.  Beberapa kawasan seperti di Kuantan telah mengalami banjir teruk sehingga melumpuhkan aktiviti seharian bandar berkenaan. Persediaan rapi perlu dibuat kerana apabila musim banjir tiba kebanyakan mangsa tidak sempat menyelamatkan semua benda. Oleh itu, sekurang-kurangnya dokumen-dokumen penting sudah mula diselamatkan.  Pastikan sebelum meninggalkan rumah tutup semua suis elektrik dan menutup tingkap serta mengunci pintu rumah. Awasi pergerakan anak-anak anda!

Peringatan juga bukan sahaja untuk negeri Pahang, ia juga sebagai persediaan kepada penduduk negeri lain terutamanya yang berkawasan rendah dan ada sejarah banjir.

Keadaan banjir sekitar Pahang :








*sumber foto dari internet (facebook/blog)

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan