Rakyat negeri Pahang, khususnya yang berada di pinggir sungai dan tempat rendah, telah diminta bersedia dan segera berpindah (sekiranya tempat masih belum banjir) kerana menghadapi kemungkinan banjir.
Ini ditambah lagi dengan keadaan hujan lebat yang mulai turun di sesetengah kawasan dalam awal Disember 2013 ini. Beberapa kawasan seperti di Kuantan telah mengalami banjir teruk sehingga melumpuhkan aktiviti seharian bandar berkenaan. Persediaan rapi perlu dibuat kerana apabila musim banjir tiba kebanyakan mangsa tidak sempat menyelamatkan semua benda. Oleh itu, sekurang-kurangnya dokumen-dokumen penting sudah mula diselamatkan. Pastikan sebelum meninggalkan rumah tutup semua suis elektrik dan menutup tingkap serta mengunci pintu rumah. Awasi pergerakan anak-anak anda!
Peringatan juga bukan sahaja untuk negeri Pahang, ia juga sebagai persediaan kepada penduduk negeri lain terutamanya yang berkawasan rendah dan ada sejarah banjir.
Keadaan banjir sekitar Pahang :
*sumber foto dari internet (facebook/blog)