Seekor kucing hadir majlis pengajian Hadith Syeikh Usamah di Masjid Al
Azhar. Lihatlah bagaimana akhlak ulama yang sangat terpuji ini. Beliau dilihat tidak rasa terganggu dengan kehadiran kucing itu bahkan sambil menyampaikan kuliahnya, beliau terus membelai kucing berkenaan dengan mesra. Kucing itu seakan berminat untuk mendengar apa yang disampaikan Syeikh Usamah.
Nabi Muhammad S.A.W dahulu sanggup membiarkan kucing tidur di atas pakaiannya dan memotong lengan baju baginda kerana bimbang kucing belaan baginda itu terbangun. Kucing adalah haiwan kesayangan Nabi.