Petanda dan situasi ketika pilihanraya dah mula berbau


  1. Berkali-kali dan beria-ia keluar berita mengenai kononnya anggota parti pihak lawan berduyun-duyun ambil tindakan keluar parti (sedangkan ianya hanya lakonan ahli parti sendiri).
  2. Salah seorang ahli parti lawan kerap diberi peluang untuk muncul di siaran televisyen bagi menyatakan pandangan yang dilihat "menyerang partinya sendiri (kebiasaannya orang seperti ini mempunyai masalah peribadi dan terdesak untuk memenuhi hajat peribadi semata-mata).
  3. Semakin banyak berita yang tidak baik, yang buruk-buruk dicanang di media massa berkenaan dengan negeri yang ditadbir oleh parti lawan (sedangkan sewaktu "parti sendiri" memerintah dah berpuluh-puluh tahun masalah yang sama tak  selesai).
  4. Semakin banyak projek segera diheboh dan pelbagai janji didendangkan (malah ada yang langsung tak dibuat, hanya kosmetik semata-mata).
  5. Ramai individu dan banyak pertubuhan atas nama NGO yang sebelum ini tidak dikenali, muncul untuk mengeluarkan "statement" pengampu (sengaja diwujudkan kononnya ramai lah yang beri sokongan sedangkan ia "sokong menanti rebah).
  6. Keluar "statement" harga minyak, harga caj tol dan harga barangan keperluan harian tidak dinaikkan (lebih tepat lagi ditangguhkan...kebiasaannya lepas pilihanraya selalu naik).
  7. Semakin galak berita keburukan serta fitnah terhadap individu atau parti lawan diceritakan (sedangkan cerita "rumahtangga" sendiri lebih busuk dan jijik).
  8. Isu bangsa dan agama dimanipulasikan kononnya untuk mempertahankan hak tertentu sedangkan ianya hanya semata-mata untuk meraih undi, (sejak merdeka hingga kini dah berapa banyak tanah orang Melayu diambil atas alasan pembangunan, akhirnya Melayu yang merempat).
  9. Beri 10, mereka senyap-senyap ambil 100.

Petua dari Rasulullah SAW dalam menjaga kesihatan

 

Assalamualaikum.....

Peringatan dan tips-tips penjagaan kesihatan sudah sekian lama dipraktikan sejak zaman berzaman mengikut perkembangan teknologi perubatan pada zaman-zaman tertentu.

Dalam ajaran Islam, kita bukan sekadar dibimbing untuk menuju kehidupan di akhirat semata tetapi diajarkan juga serta diberi panduan dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini.  Rasullullah SAW juga mengamalkan beberapa petua untuk menjaga kesihatan agar menjadi contoh pada umatnya.  Ia bukan sahaja kesihatan dari segi fizikal malah juga terkandung penjagaan kesiahatan dari segi emosi (mental).

Antara beberapa cara hidup sihat sihat yang Baginda amalkan adalah :


Selalu bangun sebelum subuh

Rasulullah SAW mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan fikiran.


Kerap menjaga kebersihan

Rasulullah SAW sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)


Makan sekadar yang perlu
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.


Gemar berjalan kaki

Rasulullah SAW berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.  Maksudnya tidaklah seandainya destinasi yang kita pergi itu jauhnya 30 kilometer perlu berjalan kaki, cuma jika tempat "parking" kereta agak jauh sedikit dari tempat yang dituju, ambillah peluang ini untuk "bersenam".


Tidak pemarah

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kerana marah itu daripada syaitan dan syaitan itu asalnya dari api, maka segeralah mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan kegelisahan di hati.


Optimis dan tidak berputus asa

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah SWT.


Tidak pernah iri hati

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”


Pemaaf

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu api kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

Di manakah Tuhan dalam kehidupan manusia


Assalamualaikum.....

Di manakah Tuhan? Kenapa orang yang baik ditimpa kesusahan dan ketidakadilan? Kenapa orang yang jahat dan "berhati busuk" serta penuh hasad dengki boleh hidup senang dan payah nak mati?

Ada antara kita yang mengeluh dan merintih mencari di manakah Allah SWT ketika mereka sedang dilanda kesusahan dalam kehidupan.  Mereka seolah-olah mempersoalkan Qada dan Qadar (ketentuan) dari Allah SWT terhadap segala yang berlaku di muka bumi ini.

Ramai manusia yang hanya "nampak" serta mencari Tuhan apabila dilanda kesusahan dan seperti melupakanNya apabila berada dalam nikmat dan kekayaan.  Ada yang miskin tetapi tidak redha dengan ketentuan Allah SWT ada juga yang kaya tetapi kufur nikmat.

Alhamdulilah... pada pengalaman saya, walaupun belum sepenuhnya menjadi umat Islam yang terbaik, namun saya dapat merasai kehadiran Allah SWT di kala saya sedang dalam kesusahan dan keperitan hidup di dunia yang fana ini.  Di kala semangat saya untuk hidup hampir punah, Dialah yang kembali "meniupkan" kebangkitan kekuatan dalam jiwa dan qalbu.  Allah SWT sudahpun membuktikan kekuasaanNya pada setiap ciptaanNya dan juga setiap ciptaan manusia.....

Di saat saya sudah tidak berdaya untuk meneruskan kehidupan ini, Allah SWT "menghantar" seorang dua manusia untuk berada di sisi saya tika saya memerlukan teman untuk berbicara dalam mencari sisa-sisa semangat bagi bekalan meneruskan kehidupan ini.  

Suka saya berkongsi dua perkara (ayat) berikut yang saya jumpa ketika mencari jawapan terhadap dugaan yang menimpa saya :


1) Apabila bangun dari tidur, tanya kepada diri sendiri :-

"kenapa Allah SWT masih hidupkan aku pada hari ini?"

Jawapan yang dicadangkan oleh Imam Al Ghazali ialah :

"kerana dosa aku terlalu banyak.  Allah SWT masih izinkan dan berikan aku masa untuk aku bertaubat....."


2) Allah SWT telah memberitahu melalui firmanNya dalam Surah Al Baqarah, ayat 155 hingga 156 yang bermaksud :

"Demi sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan dengan merasai kelaparan dan dengan berlakunya kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.....

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali....."



Rumusannya :

** Tuhan menduga manusia dengan pelbagai cara seperti dalam keadaan senang atau susah, dalam keadaaan berkuasa atau lemah, dalam keadaan miskin atau berharta.  

Tuhan buat begini untuk menguji sama ada benarkah seseorang itu beriman kepadaNya dan layakkah seseorang itu untuk tinggal selama-lamanya di dalam syurga milikNya.....

** Ramai manusia merasai kehadiran Tuhan apabila mereka mencari Yang Maha Esa ketika berada dalam kesusahan, namun amat sedikit manusia yang merasai kehadiran Tuhan apabila mereka dalam "dunia" kesenangan dan kemasyhuran....

Oleh itu bersyukurlah seandainya ada manusia yang dapat "merasai" kehadiran Tuhan dalam kedua-dua keadaan tersebut (ketika susah dan ketika senang)

** Tiap kesakitan dan dugaan adalah penghapus dosa-dosa kecil selagi manusia itu masih ada perasaan untuk menuju jalan keinsafanNya walau hanya sekelumit sahaja.

Keputusan bola sepak Liga Super 21 Januari 2012



Negeri Sembilan  1   |   0  Felda United

Kuala Lumpur  1   |  1   Selangor PKNS

Sabah  0   |   1  Lion XII

Terengganu   2  |   1  T-Team

Johor FC   0  |   1  Perak

Bicara Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai kerukunan serta kebahagiaan suami isteri, dahulu dan sekarang


Assalamualaikum.....

Saya tidak pernah memangkah kertas undi untuk mana-mana calon Parti Islam Se-Malaysia ( PAS ), namun Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang selaku menteri besar negeri Kelantan adalah antara insan yang saya kagum dan hormat atas tingkahlakunya yang penuh kesabaran dan keperibadiannya yang amat baik berbanding dengan sesetengah ahli politik yang lain.

Berikut saya kongsikan cetusan fikiran Tuan Guru mengenai perihal perkahwinan zaman beberapa puluh tahun dahulu dan zaman kini  :


" Orang zaman dulu sampai nak beli selimut pun tak ada duit. Ada suami isteri yang tidur berlaga belakang sebab nak tumpang panas tapi alhamdulillah sampai ke tua mereka tak pernah berbalah sampai cerai berai. 

Orang hari ini gaji besar, dua tiga bulan dah bercerai. Ini menunjukkan bahagia tu bukan pada harta yg banyak, tetapi pada jiwa yang tenang. Tenang ni bukan boleh beli di market, tapi ia datang dari Allah S.W.T "


p/s : Hal sebegini telah saya alami dalam tahun ini.  Lantaran tidak memiliki rumah dan kenderaan sendiri dijadikan alasan dan tanggapan bahawa saya tidak dapat membahagiakan "anaknya" dan hidup jadi susah jika berkahwin kelak.....

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan