Muzakir melawat salah satu rumah arwah Maznah Ismail ( Mona Fendey )

 


Kali ini pengandali Ossasuke Hikaru ( Youtube Chennel ) iaitu Muzakir berserta beberapa orang yamg lain telah pergi menziarahi rumah arwah Mona Fendey di Hulu Dong Raub, Pahang. Menurut pandangan beliau, jika mereka datang dengan niat yang baik dan akan jadinya perkara yang baik. Masyarakat bila dengar tentang nama MONA FENDEY, mereka akan beranggapan perkara-perkara yang tidak elok dan terutamanya melibatkan perkara mistik.

Pada pandangan Muzakir, arwah sudah pergi tinggalkan kita semua dengan pengajaran yang boleh kita ambil untuk diterapkan di dalam kehidupan kita. Antara baik dan buruk kita nilaikan sendiri sebelum kita melakukan apa-apa perkara.

Namun bila berada di sana, mereka agak terkejut kerana mereka dapat tahu ada sisi yang baik yang kita tidak tahu tentang arwah. Walaupun arwah sudah pergi, tetapi ada saham akhirat dia yang masih lagi berjalan.

Mulai sekarang, beliau berharap kita ubahlah persepsi terhadap mereka yang pernah melakukan kesilapan. Cakaplah perkara yang baik-baik supaya arwah pun dapat manfaatnya.

Al-Fatihah.


VIDEO EKSPLORASI



RINGKASAN KISAH ARWAH MONA FENDEY DAN DATO MAZLAN

Maznah binti Ismail (1 Januari 1956 –2 November 2001) atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey, merupakan seorang penyanyi dan bomoh wanita Malaysia. Beliau telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 2 November 2001 di Penjara Kajang, Kajang, Selangor pada usia 45 tahun selepas beliau didapati bersalah kerana membunuh bekas ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris pada 1993.

Beliau dilahirkan pada 1 Januari 1956 di Kangar, Perlis dan memulakan kerjaya awalnya sebagai penyanyi dan pernah mengeluarkan album pertama yang bertajuk, Diana I pada tahun 1987 dan terkenal menerusi lagu “Ku Nyanyikan Lagu Ini”. Ketika itu jugalah beliau mula menggunakan nama komersial, Mona Fandey, nama yang kekal popular dan terus terpahat dalam ingatan rakyat Malaysia sehingga kini.

Ketidakupayaan Mona menyanyi dengan baik dikatakan menjadi punca beliau beralih arah ke bidang perubatan tradsional. Mohd Affandi Abdul Rahman merupakan suami ketiga Mona dan menuntut ilmu persilatan di Indonesia. Beliau mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Mazdiana Affandi.

Pada 13 Julai 1993, Datuk Mazlan Idris telah menemui Mona Fandey bagi mendapatkan bantuan ghaib untuk meningkatkan kerjaya politik beliau dan mendaki tangga parti. Beliau telah dipelawa oleh Mona Fandey dan pasangannya, untuk mengambil bahagian dalam satu upacara ilmu hitam di rumah Mona Fandey tersebut. 

Datuk Mazlan Idris telah diminta baring di lantai dengan matanya tertutup sambil menunggu wang untuk "jatuh dari langit" (seperti yang diberitahu oleh bomoh tersebut). Tiada wang jatuh, sebaliknya ia merupakan sebilah kapak. Datuk Mazlan Idris telah dipancung dan badannya dikerat dan sebahagian kulitnya disiat. Mayatnya ditemui dipotong kepada 18 bahagian dan ditanam di sekitar rumah Mona Fandey di negeri Pahang, kira-kira 130 kilometer timur laut dari Kuala Lumpur. Sebelum kejadian, Datuk Mazlan Idris dilaporkan hilang selepas dia telah keluarkan RM300,000 daripada beberapa buah bank di Kuala Lumpur.

Sehari selepas pembunuhan itu, Mona Fandey telah pergi membeli-belah di Kuala Lumpur dan kemudian membeli sebuah Mercedes-Benz serta menonjolkan wajah baru. Apabila disoal, pembantu Mona Fandey, Juraimi Hussin telah buat kenyataan kepada pihak polis yang membawa kepada penemuan mayat Datuk Mazlan Idris. Tidak mengejutkan, Mona Fandey dan suaminya segera menjadi suspek utama.

Kredit : Ossasuke Hikaru ( Youtube )

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan