Kejujuran orang Melayu Malaysia di Singapura - menghubungi pemilik iPad dan memulangkannya

 

Muhammad Khidir Samsudin, 25, yang berasal dari Batu Pahat adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan dari UKM dan bekerja di pusat pelupusan sampah di Singapura sejak 3 bulan lalu. 

Khidir telah terjumpa sebuah iPad di kalangan sampah yang dilupuskan sementara bekerja. Selepas diperiksa, iPad itu didapati masih berfungsi dan Khidir berjaya menghubungi pemiliknya. 

Michelle Lim, pemilik iPad berkenaan adalah seorang warganegara Singapura yang kehilangan iPad itu sejak setahun yang lalu. Michelle tak dapat percaya tuahnya yang Khidir menjumpai iPad dan jujur ingin memulangkannya. 

“Hilang iPad setahun lalu. Hari ni pukul 7.00 malam, terima emel yang bertajuk “TERJUMPA IPAD AWAK”, kata Michelle di media sosial. 

“Tak disangka benda macam ni boleh terjadi. Terkejut dan teruja, saya hampir nak menangis. 

“Berbanyak terima kasih kepada Eday dan Yuamirul. Mereka warga Malaysia yang sedang bekerja di Singapura.” kata Michelle lagi. 

Menurut Khidir, iPad itu dalam keadaan baik dan masih berfungsi, dan emel Michelle juga diperolehi daripada iPad tu. 

"Selepas saya mendapat mesej balas daripada Michelle, saya terus membuat panggilan dan suaranya sangat seronok untuk mendapatkan iPadnya kembali.

"Selepas itu, Michelle belanja saya makan atas tanda terima kasih," katanya. 

Dalam pada itu, Muhammad Khidir berkata, dia bekerja di Singapura untuk mencari pengalaman sebelum kembali ke Malaysia.

Dia juga menambah yang dia sedang berusaha mengumpul duit untuk masa depannya dan tidak boleh memilih pekerjaan ketika dunia sedang dilanda pandemik.

Menurutnya, dia bekerja sebagai pengutip sampah di Singapura selama tiga bulan dan mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan dari UKM.

"Sekiranya ternampak pekerja pengutip sampah di Malaysia, berikan mereka senyum dan kalau boleh bagi juga air dan makanan.

"Ketika bekerja, saya rasa sangat gembira dan dihargai bila ada orang berbuat demikian. Siapa tahu sekecil-kecil kebaikan boleh buat seseorang gembira," katanya lagi. 

Ketika ditanya mengenai didikan keluarganya, anak keempat daripada enam adik-beradik itu berkata, ibu bapanya tegas dalam mendidik anak-anak.

Katanya, dia banyak belajar daripada ibu bapanya serta ibunya pernah beritahu keikhlasan sangat penting dalam melakukan sesuatu perkara.


#RakyatJagaRakyat #AhmadZakiVision #urutankakitanjungrimaudalam


Kredit : 

- Metro 

- Facebook Michelle Lim 

- Twitter Muhammad Khidir

- OK media


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan