Pada hari ini, jerebu kembali melanda negeri Melaka. Pagi-pagi lagi saya dah terbau kayu terbakar. Keadaan seperti semasa saya membakar sampah di kampung. Kalau negara kita yang buat hal macam ni, bukan main bising lagi negara-negara jiran.
Masalah yang dibuat oleh penduduk di Sumatera menyusahkan orang lain. Semasa dahulu dalam tahun 1990-an, pernah juga berlaku hal sebegini, malah lebih dasyat. Semasa itulah topeng-topeng keselamatan telah popular dan dijual di mana-mana kedai. Bermacam warna dan jenis. Kali ini topeng-topeng itu kembali laku.
Berikut adalah gambar yang saya rakam semasa waktu pagi di sekitar Jalan Tun Ali dan Jalan Hang Tuah, Melaka :
Jalan Tun Ali
Pemandangan Stadium Hang Tuah (a.k.a Stadium Kubu)
Jalan Hang Tuah