Walaupun Nabi dan Rasul kita, Muhammad SAW telah lama wafat, namun baginda meninggalkan kita dengan "harta pusaka" yang sangat bernilai untuk umat akhir zaman menjadikannya sebagai bekalan untuk menjalani kehidupan dengan cara yang lebih terhormat dan membimbing ke arah yang di redhai Allah SWT. Harta pusaka yang di maksudkan ialah Al Quran, Hadith dan segala tingkah laku baginda semasa hidup yang disampaikan dari generasi ke generasi.
Nabi Muhammad SAW
melarang para sahabatnya meniup air panas yang akan diminum. Baginda
tidak menerangkan mengapa baginda melarang tetapi baginda hanya melarang perbuatan
tersebut. Ternyata dalam penelitian sains, karbondioksida (CO2)
yang dihembuskan dari mulut manusia bertemu air panas (H2O) akan menghasilkan persenyawaan H2CO3 dan jika bahan
ini masuk ke dalam tubuh manusia maka ia boleh mengakibatkan komplikasi penyakit
jantung. Hal ini boleh juga digunapakai pada makanan yang berkuah atau bersup.
Sungguh beruntungnya umat Islam kerana Allah SWT melalui Nabi dan RasulNya telah disalurkan ilmu pengetahuan sains yang sebelum ini tidak diketahui oleh para sainstis barat atau kafir, Namun atas kelekaan bangsa yang menganuti agama suci ini, makanya musuh-musuh yang ingin "membunuh" Islam pula yang bersungguh-sungguh mengkaji dan menggali ilmu-ilmu Tuhan ini yang terkandung dalam Al Quran dan Hadith.
Umat Islam pada hari ini (terutamanya di Malaysia) terlalu sibuk dengan mempersiapkan dan mengejarkan kekayaan di dunia dan meninggalkan persediaan untuk kehidupan di akhirat. Lihat sahajalah apa yang berlaku dalam filem-filem di Malaysia. Pengarahnya beragama Islam tetapi atas tangannya dia menghalalkan maksiat antara para pelakonnya atas alasan mengikut kehendak skrip. Sedangkan skrip paling utama yang wajib dipatuhi adalah dari Allah SWT sebagai dijadikan panduan di atas pentas hidup di dunia ini.
Itu belum lagi termasuk kegilaan belia kini menyertai pelbagai pertandingan untuk menjadi artis dan ibu bapa mereka merestui anak-anak mereka terutamanya anak perempuan berpakaian tetapi telanjang dalam pertandingan berkenaan. Apabila pertandingan sebegini disiarkan pula di televisyen, yang jadi penontonnya bukan hanya setakat golongan remaja dan ibu bapa malahan kanak-kanak juga turut mengikutinya. Ini akan merosakan pemahaman kanak-kanak terhadapan kepatuhan dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Maka dosa berangkai akan terus menerus bersambung sehingga tibanya hari terakhir kematian Dajjal yang dijanjikan Allah SWT akan dibunuh oleh Nabi Isa A.S.