Rasulullah SAW juga punyai sifat kelakar


Rasulullah SAw adalah manusia teragung dan mulia di kalangan manusia akhir zaman.  Sifat-sifat keperibadian Baginda dan akhlaknya sangat terpuji.  Bagindalah yang perlu diidolakan dalam hati setiap manusia terutamanya pada umat Islam.  Baginda amat tegas tetapi berhemah dalam menguruskan hal-hal berkenaan dengan agama dan kehidupan seharian umatnya.  Namun disebalik itu, Baginda juga mempunyai sifat kelakar atau dalam bahasa orang kita "pandai buat lawak". 
Berikut adalah kisah yang menceritakan cara Rasulullah SAW bergurau :
Pada suatu ketika, Rasulullah pernah memperlawa Saidina Ali Bin Abi Talib makan kurma bersama-sama. Sewaktu ini Saidina Ali masih kecil lagi.. Setiap kali Rasulullah SAW dan Saidina Ali makan kurma, biji-biji kurma akan diletakkan di tempat masing-masing. Beberapa ketika kemudian, Saidina Ali sedar yang dia makan terlalu banyak kurma berbanding dengan Rasulullah. Saidina Ali perasan sebab biji-biji kurma dekat bahagian beliau lebih banyak dari biji-biji kurma yang ada pada bahagian Rasulullah SAW.

Maka, Saidina Ali pun secara senyap-senyap memindahkan biji-biji kurma yang beliau makan ke bahagian Rasulullah SAW. Kemudian Saidina Ali kata pada Rasulullah SAW : “Wahai Rasulullah, kau makan kurma lebih banyak daripada aku? Lihatlah biji-biji kurma yang berkumpul di tempatmu....”

Bila Rasulullah SAW dengar kata-kata
Saidina Ali, Rasulullah SAW tak dapat nak tahan ketawa, dan Rasulullah SAW pun berkata, “Wahai Ali, kamulah sebenarnya yang memakan lebih banyak kurma. Aku memakan kurma dan masih meninggalkan biji-bijinya. Sedangkan kau, memakan kurma dengan biji-bijinya sekali.....” :-)

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan