Showing posts with label alam sekitar. Show all posts
Showing posts with label alam sekitar. Show all posts

Amaran angin kencang dan ribut petir


KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka bermula Jumaat ini, 27 Mac 2020.

METMalaysia dalam kenyataan tersebut berkata, cuaca yang tidak menentu itu berlaku dalam jangka masa yang singkat terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman semenanjung, barat Sabah serta kawasan barat dan tengah Sarawak.

"Fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 27 Mac dan berterusan sehingga pertengahan Mei ini. Permulaan fasa itu menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut yang telah bermula sejak 24 Oktober tahun lalu.

"Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan struktur yang tidak kukuh".

Dalam tempoh itu juga katanya, kawasan di rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai hala yang kondusif untuk pembentukan awan ribut petir.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh tersebut dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca dikeluarkan METMalaysia melalui laman web, aplikasi myCuaca dan media sosial.

Kredit : MOHD AZLIM ZAINURY | 25 Mac 2020 (Sinar Harian)

Video tebing runtuh di Genting Highland


Satu kejadian cemas, tanah runtuh di Genting Highland yang berlaku pada petang semalam (5 November 2019), telah dapat dirakamkan videonya oleh pelawat yang melalui jalan berkenaan.

Dalam video berkenaan terlihat sebuah bas pelancong dan kenderaan lain (kereta atau van) berhenti beberapa meter dari kawasan tanah runtuh berkenaan. Ketika kejadian berlaku, hujan turun renyai-renyai.


Kredit : KhabirM

Pertandingan "hashtag" ini rumah kita


PERTANDINGAN HASHTAG INI RUMAH KITA

Tema : Menjaga Kebersihan Tanggungjawab Kita Bersama

Syarat dan Cara Penyertaan :

1. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia samada orang perseorangan, persatuan, NGO, Sekolah, MPKK, IPTA dan IPTS.

2. Hanya ambil gambar atau video dan upload ke Facebook, Instagram atau Twitter dengan letakkan hashtag #IniRumahKita beserta kapsyen yang menarik tentang tema kebersihan dan keindahan Negeri Melaka.

3. 5 pemenang akan dipilih setiap bulan dan pertandingan ini bermula 8 Ogos - 8 Disember 2019

4. Pemenang bulanan akan menerima hadiah istimewa YAB Ketua Menteri Melaka sediri. (InsyaAllah setiap bulan 5 pemenang akan menerima hadiah istimewa dari YAB Ketua Menteri Melaka ❤️)

5. Untuk maklumat lanjut sila layari Facebook rasmi YAB Ketua Menteri (Adly Zahari Official) dan Kerajaan Negeri Melaka.

*tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

#MelakaBerwibawa
#PintarHijauBersih
#IniRumahKita

PNBRK TD membantu mangsa dalam pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang


CBRNC - Nuclear, Biological, Radiological & Chemical Army Centre ataupun
PNBRK TD - Pusat Nuklear, Biologi, Radiologi & Kimia Tentera Darat di bawah Kor Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) yang berpangkalan di Markas 3 Divisyen, Kem Terendak Melaka telah diaturgerakkan bagi membantu mangsa dalam kejadian pencemaran bahan kimia di sekitar kawasan Pasir Gudang, Johor Bahru, Johor.

Kewujudan unit ini adalah dimana Tentera Darat Malaysia (TDM) telah berpengalaman melalui pelbagai misi bersama-sama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menghadapi ancaman Nukluer, Biologi, Radiologi dan Kimia semasa di dalam situasi peperangan moden (Modern Warfare) di abad ini dan berharap TDM memiliki sebuah unit yang berkemampuan untuk menghadapi ancaman senjata nuklear, biologi dan kimia menerusi Batalion Siap Sedia Tentera Darat dibawah kelolaan Kor RAJD. 

"Pasukan ini menerima pengiktirafan dari pihak PBB dan diterima serta layak untuk menyertai misi dan siapsedia diatur gerakkan ke luar negara," - Menurut Mantan Panglima Tentera Darat Malaysia, Jeneral Datuk Sri Zulkiple bin Kassim.

Hanya terdapat sebuah Unit sahaja bagi Tentera Darat di Malaysia seumpamanya dan mempunyai kepakara 'mencuci' atau 'mengnyah chemicals / bahan nuklear' yang terkena tubuh manusia/kawasan.

Semoga dipermudah segala kerja-kerja operasi membantu mangsa bencana pencemaran kimia di Pasir Gudang khususnya Taman Pasir Putih.

Sama-samalah kita berdoa agar dipermudahkan segala urusan dan kerja-kerja mereka agar bumi Pasir Gudang khasnya dan Malaysia amnya terhindar dari pencemaran dan musibah yang melanda. Aamiin. "Pray For Pasir Gudang"

Kualiti udara di KL & Selangor masih pada tahap yang tidak sihat


Indeks Pencemaran Udara (IPU) bacaan di sebahagian besar Selangor dan Kuala Lumpur hari ini kekal pada tahap yang tidak sihat, menurut Jabatan Alam Sekitar. Sehingga 6 pagi, bacaan di Petaling Jaya adalah 104, Shah Alam, 106; Pelabuhan Klang, 112; Banting, 111; Batu Muda, 101; Cheras, 107; dan Putrajaya, 113.

 
Di luar Lembah Klang, bacaan di Nilai adalah pada 106, dengan semua negeri-negeri lain di Malaysia rakaman sederhana untuk bacaan IPU sihat.Menurut indeks, bacaan di antara 0 dan 50 dianggap baik; 51 dan 100, sederhana; 101 dan 200, yang tidak sihat; 201 dan 300, sangat tidak sihat; dan 301 dan ke atas, berbahaya.



Pengiraan di API adalah berdasarkan kepada lima bahan pencemar udara utama, iaitu sulfur dioksida (SO2), nitrogen dioksida (NO2), paras bumi ozon (O3), karbon monoksida (CO) dan bahan zarahan di bawah 10 mikrometer (PM10) diameter.Kebanyakan pencemaran ini datang daripada sumber-sumber seperti industri, kenderaan, pembakaran terbuka dan penjanaan kuasa.Kepekatan lima bahan cemar diukur dalam 52 stesen kualiti udara automatik di seluruh negara, terutamanya di kawasan perindustrian dan bandar.


*sumber : The Malaysian Insider

Rahsia sarang semut


Apakah rahsia sarang semut? Rahsia resepi kuihnyakah atau sarang semut yang sebenar. Untuk pengetahuan umum, di luar negara "sarang semut" dibuat kajian, cuma di Malaysia sahaja dibuat sebagai biskut untuk dimakan.  Kalau "orang putih" dengau (loghat negeri Melaka bagi perkataan "dengar"), mesti mereka akan terkejut dan berkata "WTH.....!!!".

Namun pada kali ini, atmosfera artikel saya bukanlah berkisarkan mengenai perkongsian resepi kuih atau biskut sarang semut, tetapi ia berkenaan dengan sarang semut yang sebenar.  Di luar negara (dalam video lokasinya mungkin di Australia), saintis membuat pemerhatian terhadap semut yang membina sarangnya.

Mereka mengkaji bagaimanakah rupanya "teknologi" dan bandar empayar sesebuah kerajaan semut dibina.  Mereka mengambil masa 3 hari dengan menuangkan bancuhan simen khas ke dalam lubang semut sehinggakan ia telah mencecah sebanyak 10 tan.

Selepas sebulan, mereka menggali di sekitar kawasan sarang semut itu bagi melihat keadaan sarang semut yang telah dituangkan bancuhan simen khas. Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut, sila tonton video di bawah :



Gambar bumi waktu malam dari angkasa lepas


Angkasa lepas, atau lebih ringkas angkasa, merujuk kepada ruangan yang secara relatifnya kosong di dalam alam semesta yakni berada di luar dari atmosfera sesuatu objek astronomi. Angkasa lepas digunakan untuk membezakannya dengan ruang udara (dan kawasan-kawasan daratan) kerana angkasa merujuk kepada langit. 

Berlawanan dengan pemahaman popular, angkasa lepas sebenarnya tidak kosong (iaitu hampagas sepenuhnya) tetapi mengandungi zarah-zarah dalam ketumpatan yang rendah, majoriti plasma hidrogen, serta sinaran elektromagnet. Angkasa lepas dikatakan turut mengandungi jirim gelap dan tenaga gelap, namun kenyataan ini cumalah bersifat hipotesis.

Bumi merupakan planet ketiga daripada matahari. Menjadi rumah kepada jutaan spesies termasuklah manusia, setakat ini bumi juga merupakan satu-satunya tempat di dalam semesta di mana kehidupan diketahui wujud. Pembuktian saintifik menunjukkan bahawa planet ini telah terbentuk kira-kira 4.54 bilion tahun yang lalu dan kehidupan muncul di permukaannya di dalam tempoh satu bilion tahun lalu. Bumi dijangkakan telah berusia selama 4,600 juta tahun atau lebih. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer.

Berikut adalah sebahagian gambar keadaan rupa bahagian bumi dari luar angkasa lepas yang diambil oleh satelit peninjau NASA iaitu badan kerajaan Amerika Syarikat yang bertanggungjawab kepada program angkasa lepas :

Eropah, Afrika,dan Timur Tengah

Asia dan Australia

 Britain dan Ireland

Bandar New York

Pantai Atlantic

United States, Mexico dan Canada

Semenanjung Korea


Pandangan Ustaz Azhar tentang ikan lompat di Lahad Datu

 

Berikut adalah video yang merakamkan jawapan dan pandangan dari Ustaz Azhar Idrus pada soalan mengenai ikan yang melompat naik ke pantai di Lahad Datu, Sabah, yang dibacakan oleh Syamsul dalam majlis sambutan Ambang 2014 di Padang Majlis Bandaran Butterworth, Pulau Pinang.

Mengapa pelangi berbentuk separuh bulat?

Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan unggu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.
 
Mungkin kita pernah tertanya kepada diri sendiri, mengapa pelangi berbentuk setengah lingkaran?.  

Pelangi terhasil apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat / sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dan dihasilkan dengan membelakangi cahaya matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.

Sebenarnya pelangi itu berbentuk bulatan penuh, namun disebabkan kita tinggal di bumi yang berbentuk bola, pandangan kita jadi terhalang oleh sebahagian bentuk bumi, oleh kerana itu pelangi yang kita lihat hanya setengah sahaja. Lagipun bentuk bumi jauh lebih kecil berbanding matahari. Andai bumi berbentuk lebih besar dari matahari, mungkin kita boleh melihat pelangi dengan keseluruhan dan tidak separuh.

Buah Keranji - Dialium Indium



Peribahasa "Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu...." ini pasti sangat dikenali oleh rakyat Malaysia kerana diajar sejak di sekolah rendah tetapi berapa ramaikah yang mengetahui apakah rupa buah keranji serta pernah menikmatinya atau sekadar melihat di dalam gambar.

Peribahasa yang menggunakan nama buah keranji lebih popular daripada buah itu sendiri menyebabkan tiada sesiapa pun yang ambil kisah tentang buah itu kecuali beberapa penduduk di kawasan seperti Kampung Meranto, Gua Musang yang meraih pendapatan harian dengan mencari dan menjual buah tersebut.

Dalam istilah botaninya, buah keranji dikenali sebagai dialium indium. Ini adalah buah hutan yang banyak ditemui di daerah Sumatera dan Kalimantan, Indonesia serta di negara ini terutama di hutan Sabah dan Sarawak. 

Buah keranji mempunyai ukuran diameter kira-kira 2 sentimeter, dibaluti kulit hitam yang rapuh, manakala isinya berwarna oren yang mengeluarkan kombinasi rasa masam manis dan jika diawet boleh bertahan sehingga dua tahun.

Di Indonesia, buah keranji cukup popular sebagai rempah bertujuan untuk menimbulkan rasa masam setiap hidangan manakala di negara-negara Arab pula, mereka percaya buah keranji mampu menurunkan kolesterol dengan mengamalkan memakan tiga biji sehari.

Di pasaran tempatan, buah keranji yang popular dijadikan jeruk dijual dalam pelbagai sukatan, antaranya dalam paket ataupun mengikut sistem metrik tradisional iaitu gantang dan secara umumnya nilainya amat tinggi berbanding buah-buahan lain kerana mampu mencecah harga sehingga RM10 bagi setiap 100 gram atau RM7 sepaket.

Meskipun ciri-ciri buah tersebut dan kegunaannya mudah dijelaskan melalui ayat, namun disebabkan banyak tumbuh secara liar di dalam hutan, untuk mencari dan mengambil buah keranji tidaklah mudah kerana untuk memetik buah keranji tidak semudah disangkakan ekoran kebanyakan pokok keranji yang mengeluarkan buah itu berada pada ketinggian antara 30 hingga 50 meter...!. 

Selain itu masalah lain yang mungkin dihadapi ketika memetik buah keranji adalah digigit serangga seperti kerengga dan disengat lebah atau tebuan.

Melaka kembali berasap (berjerebu) : beserta gambar

 

Maklumat daripada Jabatan Alam Sekitar menunjukkan Melaka dan Johor mempunyai kadar jerebu tertinggi di Malaysia setakat ini kerana pembakaran hutan yang berlaku di Sumatera, Indonesia yang dibawa oleh angin.

Pada hari ini, jerebu kembali melanda negeri Melaka. Pagi-pagi lagi saya dah terbau kayu terbakar.  Keadaan seperti semasa saya membakar sampah di kampung. Kalau negara kita yang buat hal macam ni, bukan main bising lagi negara-negara jiran.

Masalah yang dibuat oleh penduduk di Sumatera menyusahkan orang lain.  Semasa dahulu dalam tahun 1990-an, pernah juga berlaku hal sebegini, malah lebih dasyat.  Semasa itulah topeng-topeng keselamatan telah popular dan dijual di mana-mana kedai.  Bermacam warna dan jenis.  Kali ini topeng-topeng itu kembali laku.

Berikut adalah gambar yang saya rakam semasa waktu pagi di sekitar Jalan Tun Ali dan Jalan Hang Tuah, Melaka  :


 
Jalan Tun Ali


 
Pemandangan Stadium Hang Tuah (a.k.a Stadium Kubu)


 
Jalan Hang Tuah

Kebaikan dan kegunaan pokok Patawali

 

Assalamualaikum....

Pada hari Jumaat yang dimuliakan ini, saya berkongsi maklumat kepada para pembaca mengenai tumbuhan yang dikenali sbagai "patawali".  Nama lain bagi pokok ini setakat yang diketahui ialah akar seruntun, brotowali dan batang wali.

Ianya adalah sejenis pokok menjalar yang mempunyai batang berkerutu dan berdaun lebar. Ianya banyak terdapat menjalar dipagar-pagar dan dikawasan rumah lama yang agak terbiar.Seluruh tumbuhan ini mempunyai rasa yang amat pahit sekali dan selalunya disapu pada payudara untuk memudahkan bayi bercerai susu.

Batangnya yang pahit itu mempunyai kandungan air yang tinggi. Tumbuhan ini biasa dijadikan bahan yang dicampur dalam minyak urut oleh tukang urut tradisional. Bunganya berwarna hijau muda yang mempunyai enam "mahkota" yang berupa tunas. Bunganya kemudian akan berubah merna menjadi merah dan putih apabila matang. Buahnya pula berwarna merah muda.kulit batangnya mengandungi alkaloid dan damar manakal akarnya mengandungi berberin dan kolumbin.


Kegunaan :

Bagi tujuan perubatan, batangnya yang menggerutu adalah bahagian utama yang mengandungi khasiat. Batang Patawali digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinngi, kencing manis dan juga penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea.

Tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka. Kajian saintifik yang dijalankan ke atas Patawali menunjukkan tumbuhan itu mengandungi sejenis bahan yang dipanggil "jattrorrhizine" yang dikatakan mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria.

Selain daripada itu ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan selera makan.Pikroretin yang terdapat didalamnya dapat menurunkan suhu panas badan(mengubat demam). Malah di Filipina tonik ini digunakan untuk mengubat sakit jiwa atau tekanan mental. Air rebusan ini juga dapat mengubat sakit pinggang dan sengal-sengal(boleh dicampur dalam minyak urut). Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk membasuh kudis-kudis setelah dicampur dengan sedikit belerang. Daunnya digunakan untuk mengubat penyakit "sifilis".

Dunia Haiwan : Binatang yang kelihatan kelakar ketika berlari

 

Assalamualaikum.....

Bumi yang diciptakan oleh Allah S.W.T ini mempunyai terlalu banyak "cerita" untuk dihuraikan dan diterokai.  Maksudnya di sini bukanlah seperti meneroka hutan belantara untuk mengambil kayu balak.  Yang ingin saya maksudkan ialah penerokaan untuk menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan dengan "isi alam" ini.

Pada artikel kali ini, saya ingin berkongsi maklumat berkenaan dengan haiwan yang dipanggil "Frilled Lizard" atau dalam Bahasa Melayu disebut "Cicak jumbai berleher".  Dalam keadaan tertentu, ia kelihatan seperti Sesumpah dan berkemungkinan juga ia satu "keluarga" dengan Sesumpah dan Chameleon.

Frilled Lizard ini mempunyai kulit leher (jumbai) yang boleh meregang dan ia berada di keliling leher membelakangi kepalanya. Jumbai leher disokong oleh bahagian yang seakan duri yang disambungkan kepada tulang rahang. Apabila haiwan ini merasa takut, ia akan membuka mulut dengan luas, mendedahkan lapisan merah jambu atau kuning terang, dan mengembangkan jumbai.  Tindak balas ini sering terjadi semasa  ia melarikan diri dari pemangsa atau semasa "memikat" pasangannya.



**Kelakar tak melihatkan cara haiwan ini berlari....?

Kemungkinan mutasi yang berlaku sekiranya logi nuklear yang akan dibina di Malaysia mengalami masalah

 

Assalamualaikum....
Ramai juga yang mempertahankan rancangan pembinaan logi nuklear di Malaysia, sama ada mereka ada kepentingan @ peng "kroni" an, ataupun saja-saja sokong.

Walaupun dikatakan tenaga yang dihasilkan dari loji nuklear adalah lebih bersih dan murah jika dibandingkan dengan teknologi penghasilan tenaga yang lain seperti tenaga solar, hidro ataupun angin, namun ia tetap akan mengundang bencana dan malapetaka seperti di Jepun.

Dengan pembinaan loji nuklear di Malaysia, ia akan lebih menjadikan negara Malaysia sebagai tumpuan atau sasaran musuh-musuh Islam ataupun pengganas antarabangsa.  Besar kemungkinan negara kita akan diugut oleh mereka.

Pada artikel kali ini, saya ingin memaparkan kemungkinan mutasi kehidupan yang berlaku sekiranya sisa loji nuklear tersebar dan mencemari alam sekitar...

 Ikan Epal

Sesumpah Kaktus

 Ikan Pisang

Bunga Singa


**p/s : 

manusia juga telah lama "tercemar" dan bermutasi sejak sekian lama.  Hingga kini manusia ramai yang telah meninggalkan fitrah kemanusiaan dengan melakukan kerosakan dan kemungkaran.

Dunia Haiwan : Pigmi Marmoset, monyet terkecil di dunia



Pigmi Marmoset (bahasa Inggeris: Pygmy Marmoset) ialah sejenis monyet yang berasal dari hutan-hutan hujan Brazil Barat, Colombia Tenggara, Ecuador Timur, dan Peru Timur. Nama saintifiknya Callithrix (Cebuella) pygmaea.

Pigmi Marmoset merupakan monyet yang paling kecil, dengan panjang badannya hanya 14 -16 sentimeter (tidak termasuk ekornya yang 15-20 sm panjangnya), serta juga salah satu primat yang terkecil di dunia.  Monyet jantan sekitar 140 gram (5 auns) beratnya, manakala berat betina hanya sebanyak 120 g (4.2 oz).

Walaupun namanya, Pigmi Marmoset adalah agak berbeza dengan marmoset-marmoset yang tipikal dalam genus Callithrix. Oleh itu, ia digolongkan dalam subgenus tersendiri yang dahulu diiktiraf sebagai Cebuella. Terdapat dua subspesies Pigmi Marmoset, iaitu:
  • Callithrix (Cebuella) pygmaea pygmaea
  • Callithrix (Cebuella) pygmaea niveiventris.

 

Biologi

Pigmi Marmoset mempunyai bulu yang kuning keperang-perangan, serta ekor bergelang yang sepanjang badannya. Kukunya disesuaikan khusus untuk memanjat pokok, satu ciri yang unik bagi spesies ini.  Pigmi Marmoset adalah omnivor dan makan buah, daun, serangga dan kekadang juga reptilia yang kecil.

Bagaimanapun, kebanyakan dietnya terdiri daripada sap (bendalir) pokok. Sehingga dua pertiga masanya dihabiskan untuk menebuk kulit pokok supaya dapat memperoleh sap yang lekit. Ia mempunyai gigi kacip yang sangat khusus untuk kegiatan ini.

Disebabkan oleh saiznya yang kecil serta pergerakan yang tangkas dan pantas, Pigmi Marmoset tidak mudah dilihat di kawasan-kawasan liar. Jangka hayat monyet ini boleh hidup sehingga 11 tahun bergantung pada persekitaran habitat semasa dan pemakanan haiwan ini.

 


 **p/s : Ada sesiapa nak jadikan monyet ini haiwan belaan "wonder pets"?. Boleh aje dijadikan sebagai pilihan terbaik selain daripada hamsters, tikus belanda, arnab atau sesumpah...

Selera katak sudah berubah? Selera manusia?

   

Assalamualaikum...

Biasanya kita mengetahui dan selalu dengar katak yang jadi mangsa, seperti pada gambar di atas.  

Adalah menjadi sesuatu yang aneh bagi sesetengah orang apabila memperkatakan katak yang makan ular.  Amat jarang kita melihat atau mengetahui katak yang berbeza seleranya dengan apa yang sering kita fikirkan, seperti gambar di bawah

Namun mungkin spesis katak seperti ini hanya terdapat di sesetengah iklim di negara-negara tertentu.  Ini membuktikan masih ada lagi "isi alam" yang belum kita terokai.  Banyak dan luas lagi ciptaan Allah SWT jika nak dibandingkan dengan akal dan ilmu manusia... 


   
Katak makan tikus


 
  Ular dimakan katak


   
Selera manusia...? erm.... jijik!
sudah berkurun selera songsang ini ada, sehinggalah di zaman moden ini

Peliknya...haiwan apakah ini?

 

Assalamualaikum.........

Andakah anda tahu haiwan yang aneh ini?  Fizikal dan cara haiwan ini bergerak juga amat pelik dan agak menyeramkan.  Namun bagi anda yang meminati siri animasi "Pokemon" ( Poket Monsters ), pasti anda dapat mengecam dan tahu apakah nama haiwan ini...
Haiwan ini diberi nama "Sloth". Sloth merupakan enam spesies mamalia bersaiz sederhana dalam famili Megalonychidae (sloth berkuku dua) dan Bradypodidae (sloth berkuku tiga), sebahagian yang lain hampir menyerupai sejenis haiwan yang diberi nama Pilosa. Sloth adalah haiwan arboreal (tinggal di pokok) penghuni hutan hujan Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Pergerakan Sloth amat terbatas dan lambat.  Ia tidak boleh bergerak pantas, melainkan hanya dengan memanjat pokok-pokok atau merangkak dengan perlahan-lahan.  Ia juga berpotensi menjadi antara haiwan yang jinak sekiranya dilayan dengan baik.

   
wah... macam keluarga bahagia je...  :-)



Haiwan yang diberi nama Pilosa

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan