Keputusan perlawanan bola sepak persahabatan antara ATM dan Singapore Lions XII


Perlawanan persahabatan yang diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor, pada 30/12/2011, jam 8.30 malam sempena persediaan sebelum bermula Liga Malaysia saingan tahun 2012.

Samadiyya syariah : ajaran songsang yang menyokong hubungan lesbian sedang melanda Asia Tenggara

 


Assalamualaikum...

Dalam masa beberapa bulan kebelakangan ini, isu masalah "hubungan sejenis" dilihat semakin menjadi-jadi dengan tersebarnya berita perkahwinan gay oleh seorang pelajar Malaysia di luar negara.

Tahukah anda, penganut agama Islam kini sedang "diserang" pula dengan ajaran songsang / sesat yang menghalalkan lesbian?.  Ajaran ini dikesan wujud di Indonesia dan dikatakan ulama di negara berkenaan telah mengadakan perbincangan dengan seorang aktivis antarabangsa iaitu Dr Ghazala Anwar (sila buat carian Google atau Yahoo) iaitu mengenai bagaimana mereka boleh menyokong hubungan lesbian yang merujuk kepada sebuah fahaman yang dikenali sebagai "Samadiyya Syariah". 

Usaha untuk menyebarkan fahaman atau ajaran songsang ini ke Malaysia dan negara sekitarnya yang mempunyai penganut agama Islam sedang diusahakan oleh mereka.  Bagi puak-puak ini melalui satu gerakan antarabangsa yang dinamakan " Safra Project ".


Safra Project adalah projek sumber yang berasaskan isu-isu berkaitan dengan wanita Lesbian, Biseksual dan / atau Transgender yang mengenal pasti diri sebagai beragama Islam dan / atau budaya (LBT wanita Muslim).  

Safra Project telah ditubuhkan pada bulan Oktober 2001 oleh dan bagi wanita yang berdasarkan orientasi seksual, identiti jantina, jantina, agama, bangsa, budaya dan status imigresen yang mereka alami, adalah unik dan pada masa ini ditangani dengan secukupnya oleh mereka.


**p/s : Hati-hatilah dengan fitnah akhir zaman. Perang Dajjal dan kuncu-kuncunya telah lama bermula....  Berita TV sekarangpun banyak pembohongan...

Katak yang cuba makan serangga di telefon skrin sentuh, akhirnya termakan jari tuannya


Salam sejahtera.....

Kisah ini berlaku di luar negara di mana seorang lelaki yang membela seekor katak cuba untuk melihat reaksi katak belaannya dengan menjalankan "game" serangga di telefon mudah alih berskrin sesentuh.  Kisah selanjutnya, anda saksikan pada paparan video di bawah ini :


Dunia Haiwan : Pigmi Marmoset, monyet terkecil di dunia



Pigmi Marmoset (bahasa Inggeris: Pygmy Marmoset) ialah sejenis monyet yang berasal dari hutan-hutan hujan Brazil Barat, Colombia Tenggara, Ecuador Timur, dan Peru Timur. Nama saintifiknya Callithrix (Cebuella) pygmaea.

Pigmi Marmoset merupakan monyet yang paling kecil, dengan panjang badannya hanya 14 -16 sentimeter (tidak termasuk ekornya yang 15-20 sm panjangnya), serta juga salah satu primat yang terkecil di dunia.  Monyet jantan sekitar 140 gram (5 auns) beratnya, manakala berat betina hanya sebanyak 120 g (4.2 oz).

Walaupun namanya, Pigmi Marmoset adalah agak berbeza dengan marmoset-marmoset yang tipikal dalam genus Callithrix. Oleh itu, ia digolongkan dalam subgenus tersendiri yang dahulu diiktiraf sebagai Cebuella. Terdapat dua subspesies Pigmi Marmoset, iaitu:
  • Callithrix (Cebuella) pygmaea pygmaea
  • Callithrix (Cebuella) pygmaea niveiventris.

 

Biologi

Pigmi Marmoset mempunyai bulu yang kuning keperang-perangan, serta ekor bergelang yang sepanjang badannya. Kukunya disesuaikan khusus untuk memanjat pokok, satu ciri yang unik bagi spesies ini.  Pigmi Marmoset adalah omnivor dan makan buah, daun, serangga dan kekadang juga reptilia yang kecil.

Bagaimanapun, kebanyakan dietnya terdiri daripada sap (bendalir) pokok. Sehingga dua pertiga masanya dihabiskan untuk menebuk kulit pokok supaya dapat memperoleh sap yang lekit. Ia mempunyai gigi kacip yang sangat khusus untuk kegiatan ini.

Disebabkan oleh saiznya yang kecil serta pergerakan yang tangkas dan pantas, Pigmi Marmoset tidak mudah dilihat di kawasan-kawasan liar. Jangka hayat monyet ini boleh hidup sehingga 11 tahun bergantung pada persekitaran habitat semasa dan pemakanan haiwan ini.

 


 **p/s : Ada sesiapa nak jadikan monyet ini haiwan belaan "wonder pets"?. Boleh aje dijadikan sebagai pilihan terbaik selain daripada hamsters, tikus belanda, arnab atau sesumpah...

Lirik dan lagu Kau Mutiara Segalanya - Stra TG




STRA TG - KAU MUTIARA SEGALANYA

Cintamu dan cintaku sesetia ombak dan pantai
Hatimu dan hatiku sejernih air di kali
Malam pun terhias bersama kehadiran cahaya
Menyinar segenap ruang yang kosong selama ini

Kau mutiara segalanya menghiasi kamar hatiku
Ku cari tapak istana untuk kita selamanya
Biarpun ke bulan ke bintang ke lautan api
Tak jadi penghalang untuk bermadu bersama-sama

Andainya tergugurlah cinta antara dua jiwa
Tetap di sini ku menanti walau seribu menggoda
Andai kau ke sisiNya ku sertakan doa
Menunggu kehadiran ku di dalam syurga...

Senarai pemain Harimau Muda ke Liga Singapura 2012

 

 Senarai pemain Harimau Muda ke Liga Singapura 2012, sasaran mereka ialah berada pada kedudukan 5 terbaik di liga berkenaan.

Pengertian doa semasa duduk antara dua sujud dalam solat


Dalam tidak sedar, setiap hari kita banyak meminta (doa) di dalam duduk antara dua sujud dalam solat kita...,tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut di bibir, tetapi tidak tersentuh di hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati doa berkenaan ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah SWT..
 


Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak, buka fikiran dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah SWT seperti membuka diri ketika merasakan hembusan bayu yang menyegarkan atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan.  Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

 

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup.  Dengan berturut-turut sampaikanlah permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak dan sampaikan rasa syukur kita dalam fikiran bahawa betapa besarnya nilai doa yang kita baca setiap kali bersolat tetapi kebanyakan dari kita hanya melafazkan sahaja tanpa mengerti apa-apa.

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seolah-olah sedang berpura-pura memohon sesuatu tetapi ia tidak sampai ke dalam "hati" lantaran kita jahil terhadap pengertian di sebalik doa berkenaan.

Senarai status permohonan pendaftaran pemain import untuk Liga Malaysia (Super dan Perdana) 2012



Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan FAM di dalam mesyuaratnya telah menimbangkan permohonan 35 orang Pemain-Pemain Asing dari Persatuan dan Kelab-kelab yang bertanding di dalam Liga Super dan Liga Perdana.

Jawatankuasa telah membuat keputusan bahawa daripada jumlah tersebut, 26 pemain telah diluluskan, termasuk empat diluluskan bersyarat sehingga sijil ITC (International Transfer Certificate) diterima.

Dua permohonan telah ditarik balik. Jawatankuasa Juga membuat keputusan tidak meluluskan permohonan tujuh pemain atas sebab-sebab tidak memenuhi syarat-syarat FAM (syarat-syarat FIFA yang digunapakai oleh FAM).

Syarat itu menetapkan bahawa status pemain ditentukan oleh kelab terakhir yang disertai, misalnya jika dari Amerika Latin dan Eropah pemain mkestilah dari Divisyen 2 ke atas, manakala bagi Negara Asia pemain mestilah dari Divisyen 1 dan ke atas.


Berikut adalah senarai pemain-pemain berkenaan :

LULUS

Marlon James ATM
Bruno Sebastian Martelotto ATM
Esseh Sodjine Sougan Adah Johor
Danilo Rafael Dos Santos Vivaldo Kedah
Mohamad Ghaddar Kelantan
Dennis Agayare Kelantan
Emmanuel Ayaah Okine Kelantan
Patrick Ronaldinho KL Sime Darby FC
Sengbah Kennedy KL Sime Darby FC
Carlos Alberto Madeo Negeri Sembilan
Effa Owona Jean Emmanuel Negeri Sembilan
Nana Agyei Yaw Pahang
Lazar Popovic Perak
Michal Kubala Perak
Brendan Gan Sabah
Michael William Baird Sabah
Guy Bwele Sarawak
Kalle Sone Mause Sarawak
Ramez Dayoub Selangor
Zacharia Simukonda Terengganu PBDKT / T-Team
Bojan Petric Terengganu PBDKT / T-Team
Muhamadou Sumareh Terengganu


DITARIK BALIK

Oladimeji Mathew Talabi Betaria FC
Tercio Nunes Machado Terengganu
  

BERSYARAT

Daniel Soares Neves Kedah
Mbele Lelo Selangor
Evans Chusilo MP Muar
Christian Contes Perlis


TIDAK LAYAK

Richard Offiong Johor
Tito Fernando Da Silva Pinto Johor FC
 Tiago Lima Leal Johor FC
Bianchi Parades Santiago KL Felda United FC
Marquen Nuquen Goncalves Negeri Sembilan
Sergey Ivanov Pahang
Helmi Loussaief PKNS FC

Cadangan untuk mendapatkan pahala berterusan walaupun selepas kita meninggal dunia

 

Assalamualaikum...

Hidup manusia di bumi ini adalah bersifat "sementara", sebagai persediaan untuk hidup kekal abadi di syurga.  Namun apakah yang kita buat sebagai memenuhi bekalan untuk kehidupan tersebut?.  Apakah masyarakat masa kini hanya bertungkus-lumus mengejar kekayaan dunia, bersusah payah semata-mata menyediakan keperluan dunia sahaja sedangkan keperluan selepas mati kurang mendapat tempat.

Mungkin anda sedia maklum apakah perkara yang perlu dikumpulkan untuk keperluan di dunia dan akhirat, iaitu PAHALA, namun pada artikel kali ini saya nyatakan beberapa cadangan "kerja amal" yang amat baik bagi mendapatkan pahala berterusan walaupun selepas kita mati, meninggalkan dunia yang fana ini.  Caranya adalah seperti berikut :

  • Belikan kipas untuk kegunaan surau atau masjid walaupun hanya sebuah , setiap kali ada jemaah gunakannya, insya Allah anda dapat pahala walau selepas mati .
  • Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali ada pesakit gunakannya , insya Allah anda akan dapat pahala.
  • Berikan pakaian kepada orang yang memerlukan , setiap kali orang itu memakainya, insya Allah anda akan dapat pahala.
  • Beri makanan dan minuman yang halal kepada orang yang memerlukan, insya Allah anda akan dapat pahala selagi makanan dan minuman itu menjadi darah dagingnya .
  • Menyampaikan ilmu atau pelajaran yang bermanfaat , selagi mereka mengamalkannya, insya Allah pahala tetap akan ada untuk anda.
  • Memberi sumbangan kepada pembinaan surau, masjid atau sekolah, sama ada dari segi kewangan atau tenaga fizikal mahupun idea, insya Allah selagi bangunan tersebut digunakan untuk tujuan yang baik, anda akan mendapat ganjaran pahala yang berterusan.

**p/s :  

1. Apa yang saya nyatakan di atas adalah asas-asas kepada jalan amalan berpahala. Mungkin ada lagi cara-cara lain yang anda ketahui untuk mendapatkan pahala yang berterusan walaupun sesudah kita meninggal dunia.  Dan mungkin juga cara lain itu merupakan cabang atau ranting pada perkara pokok (cadangan) di atas ini.

2. Walau sekecil manapun sumbangan yang diberikan, selagi ia memberi manfaat yang baik pada insan lain, insya Allah ia menjadi penyelamat anda untuk lulus SPM (Soalan Padang Mahsyar).

Ghairah melihat pemain Malaysia beraksi di luar negara, Safee Sali jadi mangsa keadaan!!

Isu kemungkinan pengharaman ISL menjadi beban terkini yang perlu ditanggung oleh Safee Sali.


Penyerang sensasi Malaysia, Safee Sali yang bermain dengan kelab Pelita Jaya dari Indonesia, mungkin tidak boleh mewakili skuad Harimau Malaya selepas badan induk bola sepak dunia (FIFA) berkemungkinan mengharamkan kejohanan Liga Super Indonesia (Indonesia Super League).

Menurut portal berita akhbar Republika, surat pengharaman ISL oleh FIFA itu ditujukan kepada Ketua Umum Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Djohar Arifin Husin yang menyatakan ISL adalah liga yang tidak diakui oleh badan dunia itu. Menurut kandungan surat tersebut, FIFA menerusi surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agungnya Jarome Valcke dan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Alex Soosay menetapkan status haram kepada semua pemain, pegawai dan pengadil yang terlibat dengan ISL.

"Pemain yang bermain di ISL juga akan dikenakan pembekuan status perpindahan. Ini bermakna pemain tidak boleh bermain di liga atau kejohanan di negara yang merupakan anggota FIFA".  FIFA bagaimanapun memberikan tarikh akhir 20 Mac tahun depan kepada Indonesia untuk menyelesaikan segala polemik yang berkaitan dengan arena bola sepak di republik itu atau berdepan tindakan penggantungan atau pengharaman.

Persoalan pertama yang perlu ditimbulkan, apakah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) tidak meneliti perkara-perkara teknikal seperti ini sebelum "melepaskan" Safee Sali untuk bermain di Indonsia pada awalnya dahulu?.  Apakah kerana keghairahan untuk melihat aksi pemain Malaysia di liga luar negara menyebabkan badan profesional seperti FAM terutamanya seperti "rabun mata" dalam memandang hal sebegini?.

Namun pengurus kepada Safee Sali menegaskan bahawa :
"Indonesia Super League (ISL) Tak Diharamkan lagi dan ISL bukan liga haram dan Safee bukan pemain liga haram. ISL adalah liga yang diputuskan untuk dijalankan oleh PSSI di Kongres Bali 2011 dan tiada keputusan dari mana2 kongres atau mesyuarat PSSI hingga hari ini yang mengatakan ISL tidak boleh dilaksanakan. 
Maka itu, ISL adalah liga sah PSSI dan FIFA minta PSSI selesaikan kekeliruan ini, bukan haramkan. Memang ada masalah di PSSI, tapi mereka sedang usahakan untuk diselesaikan secepat mungkin. Kerja Safee main bola ikut kontrak, bukan selesaikan isu PSSI dan Safee tak boleh langkah keluar begitu sahaja. Sama-sama kita doakan semuanya berjalan lancar dan selamat, bukan doa yg sebaliknya...."

Kesan khas salji jatuh di laman web youtube


 Assalamualaikum....
Sempena perayaan "Hari Christmas" pada 25 Disember 2011 nanti, nampaknya pihak Youtube mengikut jejak langkah Google dengan membuat sesuatu kesan khas mengikut peristiwa tertentu dengan membuat kesan salji jatuh.

Agaknya nanti bila tiba perayaan Hari Raya Aidilfitri, apakah pihak Youtube membuat kesan khas ketupat yang berguguran pula...?   ^_^

Bergambar bersama Azrai Khor, Norhafiz Zamani, Idris Karim, S Kunanlan, Mohd Farizal Marlias di Tampin

 
 Azrai Khor Abdullah

 
 Norhafiz Zamani Misbah

 
Idris Abdul Karim


 
 Kunanlan Subramaniam

 Mohd Farizal Marlias

 Salam sejahtera...

Saya berpeluang bergambar dengan beberapa individu dalam pasukan bola sepak Negeri Sembilan semasa mereka mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Johor di Stadium Mini Tampin, Negeri Sembilan pada 17/12/2011 yang lalu.  Perlawanan ini berkesudahan dengan seri 2 - 2.


**p/s : tak dapat nak bergambar dengan Muhd Shukor Adan kerana dia dah masuk ke bilik persalinan sejurus selepas tamat perlawanan.  (angin tak baik agaknya time tu...)

Siri perlawanan persahabatan bola sepak Malaysia di Australia : Harimau Muda - Central Coast Mariners (menggantikan Newcastle Jets)

 
Malaysia ( Harimau Muda ) 4 - 1 Central Coast Mariners
Pasukan bola sepak Malaysia bawah 23 tahun memberi persembahan yang memberangsangkan ketika menentang kelab tangga teratas Liga Australia (Liga-A), Central Coast Mariners FC pada perlawanan persahabatan terakhir dalam Siri Jelajah Australia pada hari ini dengan kemenangan 4 gol berbalas 1. Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Ahmad Fakri Saarani (1), Ahmad Hazwan Bakri (2), dan Thamil Arasu (1).  
Pada perlawanan kali ini, Harimau Muda menunjukan mutu permainan yang lebih baik dan berjaya memperbaiki prestasi berbanding dengan perlawanan ketika tewas 0-1 sebelum ini dengan pasukan yang sama.
Perlawanan pada hari ini yang asalnya adalah bertemu dengan pasukan Newcastle Jets, namun ianya dibatalkan atas sebab jadual pasukan tersebut.

Keputusan perlawanan bola sepak persahabatan antara Negeri Sembilan dan Johor

 


Assalamualaikum....

Apabila mengetahui adanya perlawanan bola sepak persahabatan ini melalui Facebook, pada waktu petangnya saya terus menuju ke Stadium Mini Tampin, Negeri Sembilan kerana kampung saya iaitu Kampung Tanjung Rimau Dalam yang berada di dalam daerah Alor Gajah, berhampiran dengan sempadan Tampin.

Perlawanan persahabatan ini adalah unik kerana Negeri Johor merupakan negeri kelahiran saya dan Negeri Sembilan pula adalah negeri yang dahulunya saya menuntut pelajaran di sekolah rendah dan menengah.  Tetapi saya lebih menyokong Negeri Sembilan kerana sudah sebelas tahun saya belajar di Tampin... :-)

Kesimpulannya perlawanan kali ini adalah memuaskan.  Maklumlah pasukan Negeri Sembilan baru sahaja dibentuk dalam masa sebulan setelah penghijrahan beberapa nama-nama penting dalam skuad "hoben jang hoben" ke pasukan Angkatan Temtera Malaysia. Jadinya keserasian belum sampai tahap maksimum.  Kedua-dua gol dijaringkan oleh pemain tempatan.  Persembahan permain import berada pada tahap biasa...


 
 Bergambar bersama ketua jurulatih, Azrai Khor Abdullah



 
Bersama Norhafiz Zamani Misbah

 
Bersama Kunanlan Subramaniam

 
Bersama Idris Karim
 
Bersama penjaga gol, Mohd Farizal Marlias

Siri perlawanan persahabatan bola sepak Malaysia di Australia : Harimau Muda - Central Coasts Mariners



Pasukan bola sepak Malaysia bawah 23 tahun (Harimau Muda) mengulangi kecemerlangan dalam corak permainan seperti ketika bertemu dengan Sydney FC dengan menunjukkan kemampuan yang memberangsangkan dan memberi saingan yang baik pada pasukan "tops five" Liga A Australia, Central Coasts Marines FC dalam separuh masa pertama. Tamat separuh masa pertama, kedudukan terikat 0 - 0.

Namun kemasukan pemain simpanan pada babak separuh masa kedua gagal mengimbangi kemantapan skuad utama Central Coasts Marines FC apabila ketua pasukan pada perlawanan ini iaitu Daniel McBreen, memisahkan jarak antara dua pasukan dengan menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke 78.

Dalam perlawanan ini, aksi Ahmad Fakri Saarani turut dipuji oleh kelab berkenaan, seperti dalam penyataan berikut :  "In particularly, talented number 9 Ahmad Fakri Saarani did well leading the line against a Central Coast backline featuring Trent Sainsbury and Sam Gallagher...".


 
Kelihatan Mahali Jasuli jersi nombor 2 memberikan pengawalan yang ketat dalam perebutan bola 
dengan salah seorang pemain CCM FC yang juga berjersi nombor 2.

Sekali lagi laman web Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digodam..!!

Klik gambar di atas untuk ke laman web FAM


Salam sejahtera...



Nampaknya serangan psikologi terhadap negara Malaysia melalui sukan bola sepak masih lagi berterusan walaupun kejohanan yang disertai oleh pasukan yang digelar "Harimau Malaya" ini telah lama berakhir.

Pada ketika artikel ini di taip, saya melihat laman web FAM masih lagi belum dibaikpulih dari kesan godaman.  Kali ini, grafik yang diubahsuai adalah sangat "simple" dengan niat mahu pengunjung laman web berkenaan memberi fokus kepada tulisan yang berunsurkan konfrantasi oleh rakyat Indonesia terhadap Malaysia yang berbunyi :  "MALAYSIA : ANJING, BANGSAT, MALING, BEDEBAH, BIADAB, TIDAK PUNYA MALU, BANGSA YANG HINA !!!".

Pada saya dari pandangan mata kasar pasti ramai yang menganggap ianya dilakukan oleh penggodam dari Indonesia  tetapi keseluruhan ayat penghinaan tersebut kurang "slang Indon", cuma perkataan "Maling" sahaja yang dapat kita rujuk sebagai perkataan yang biasa digunakan oleh rakyat Indonesia.

Namun kita jangan cepat melatah dn melenting dengan "usikan" seperti ini.  Ada juga kemungkinan ianya bukan dilakukan oleh rakyat Indonesia tetapi dibuat oleh rakyat Malaysia sendiri yang tidak puas hati dengan pemimpin tertentu dalam FAM.  Atau mungkin saja ianya dilakukan oleh sesuatu pihak yang mahu melaga-lagakan penyokong bola sepak Malaysia dan Indonesia...


KEADAAN SEMASA

Laman web FAM pada pagi ini (14/12/2011) telah dipulihkan.

Siri perlawanan persahabatan bola sepak Malaysia di Australia : Harimau Muda - Sydney FC


Pasukan bola sepak Malaysia bawah 23 tahun ( Harimau Muda ) yang kini sedang berada di Australia selama 12 hari untuk beberapa perlawanan persahabatan, telah bermula dengan "langkah kanan" apabila memenangi perlawanan dengan kelab terkemuka dalam  Liga-A Australia iaitu Sydney FC dengan jaringan 3 - 0.

Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Gurusamy dengan 1 gol melalui sepakan percuma pada minit ke 45, separuh masa pertama dan Hazwan Bakri dengan 2 gol di separuh masa kedua, minit ke 79 dan 90.

Lirik dan Lagu V.I.P - Lagu Sedih

 


Lagu Sedih

Selalunya haruku tak sebegitu biru
Selangkah pun taklah terasa begitu jauh
Ku di sini tapi fikiran entah ke mana
Jiwa yang terganggu buat aku tersedar
Semua kerna kau dah hilang dari pangkuanku

korus

DJ putarkanlah lagu cinta
Dedikasi kepadanya
Katakan aku merindu dia yang menjauh
Putarkanlah lagu cinta
Untuk ku melayan jiwa
Andai dia tidak kembali
Minta tujukan ku lagu sedih
Tujukanku lagu sedih

Apa mungkin dia sedang mendengar di sana
Dibelenggu kesepian atau sudah lupa
Walau ku cuba berganjak meneruskan hari
Tapi hati masih berpaut semalam lagi
Semua kerna kau dah hilang dari pangkuanku

ulang korus

Ku bukakan stereo
Internet dan radio
Tapi lagu yang ke udara
Hanya menyucuk-nyucuk jiwa
Keranaku kehilanganmu
Ulang
Kehilanganmu
Jadi jikalau kau sedang mendengar
Rasakan gelombang terpancar

ulang korus


Senarai pemain import Liga Super Malaysia musim 2012


Berikut ialah senarai pemain import yang telah didaftarkan untuk kancah bola sepak Liga Super Malaysia musim 2012 :

KELANTAN
-Mohammed Ghaddar(pemain Lebanon)
-Danny Antwi (Ghana)

TERENGGANU

-Tércio Nunes Machado(Brazil)

SELANGOR
-Ramez Dayoub (pemain Lebanon)
-Mbele (pemain Congo)

KEDAH
-Danilo Vivaldo(Brazil)
-Daniel Baroni Soares Neves(Brazil)

PERAK

-Lazor Popovic(ex-pemain Serbia & Montenegro U21/23)
-Michal Kubala (ex-pemain Slovakia U21)

T-TEAM
-Zacharia Simukonda(ex-pemain Zambia)
-Bojan Petrić(Bosnia)

NEGERI SEMBILAN

-Marquem Nuguen Gonçalves Ferreira (ex-pemain Brazil U19)
-Jean-Emmanuel Effa Owona(Cameroon)

KUALA LUMPUR
-Ayo Hassan Raimi (ex-pemain Nigeria U21)
-Mehdi Tagawa (Tunisia)

SABAH
-Brendan Gan(Australia)
-Micheal Baird(ex-pemain Australia U20)

SARAWAK
-Soné Masué Kallé(Cameroon)
-Guy Bwelle(Cameroon)
Sesi kedua pendaftaran pemain tempatan serta  import adalah bermula dari 6 hingga 20 April 2012. 

Jom kita FUCK bersama!


Salam sejahtera...

Sebelum anda berfikiran "jauh", jom lihat apakah maksud "F.U.C.K" yang sebenar sehinggakan ia dipandang mulia dalam pelbagai situasi atau keadaan :


F.U.C.K

untuk kehidupan = Fokus Untuk Capai Kejayaan

demi masa depan pasangan = Fikirlah Untuk Cinta Kita

untuk pelajaran = Fokus Untuk Capai Kecemerlangan

apabila tertekan = Fikir Untuk Cari Ketenangan

untuk sukan = Fokus Untuk Capai Kemenangan

untuk persahabatan = Facebook Untuk Cari Kawan

apabila sedang sakit = Fokus Untuk Cari Kesihatan

untuk proses kedewasaan = Fikirkan Untuk Capai Kematangan

semasa dijajah = Fikirkan Untuk Cari Kemerdekaan

semasa berperang = Fikirkan Untuk Cari Keamanan

masalah sosial = Fikirkan Untuk Cari Keinsafan

etika berpakaian atau fesyen = Fikirkan Untuk Cari Kesopanan


Kesimpulannya, FUCK itu bukan hanya berkisarkan soal hubungan seks semata-mata. Ianya mempunyai skop fikiran yang luas dari kerangka fikiran yang biasa...

Lirik dan Lagu Spider - Kita Satu

 

Kita Satu
Seringku bertanyakan
Dimanakah hatimu sayang
Kian lama ku simpan
Bersarang cinta dalam diam

Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan

Korus

Kita telah ditakdir bersama
Teman hidup di dunia
Malam siang kita jadi satu
Kerana engkau adalah milikku

Pegang tanganku seeratnya
Dunia ini berputar ligat
Mengapa harus ada sesal
Andainya tersungkur tetap bersama

Sampai bila harus ku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan .. oh ..

Kita telah ditakdir bersama
Teman hidup di dunia
Malam siang kita jadi satu
Kerana engkau adalah milikku

Satu..... wooooo.....

Kita telah ditakdir bersama
Kerana engkau adalah milikku
Kerana engkau adalah milikku


Yang pelik dan lucu pada sesebuah kedai

 
 Senangnya nak tahu waktu peniaga ini memulakan operasinya...


 
Masalah obesiti yang terjadi melalui makanan dan minuman. 
Elakan dari mengunjungi kedai seperti ini demi kesihatan anda...


Gambar ini saya ambil sendiri ketika sedang berkursus dengan Maktab Koperasi Malaysia cawangan selatan di Johor
Jika anda kehilangan sebelah kasut, jangan bimbang...
Kedai ini ada menjual bahagian yang hilang itu...


 
Hanya di restoran ini sahajalah anda boleh "sesuka hati" makan minum apa jua jenis.
Tapi tak boleh sesuka hati minta orang belanja...

Kesan asap rokok kepada perokok serta orang di sekitar


Perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. 

Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.  Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.  Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

Kesan Terhadap Kanak-kanak :
- Lebih mudah lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak

Kesan Terhadap Wanita :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Hisap rokok = makan racun + babi?


Assalamualaikum....

Umumnya mengetahui bahawa rokok mengandungi bahan yang sangat berbahaya seperti TAR, NIKOTIN dan KARBON MONOKSIDA.  Malah asap rokok mengandung lebih kurang 4,000 bahan kimia yang 200 antaranya BERACUN dan 43 jenis lainnya menyebabkan KANSER bagi tubuh manusia.

Juga dikatakan Yahudi Zionis mempunyai kilang rokok yang besar tetapi pemerintahnya melarang rakyat Yahudi Zionis menghisap rokok kerana rokok merupakan sebagai alat mereka untuk melemahkan bangsa lain di dunia ini selain dari pada menjana ekonomi negara haram Israel.


Berikut adalah penerangan tentang tiga bahan utama dalam rokok :

TAR :

Mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.


NIKOTIN 

Seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. 

Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.


KARBON MONOKSIDA

Merupakan gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.



Cerita akhir zaman : pecah rekod berdebat selama 222 jam, rekod ibadah pada Allah SWT bagaimana?



Assalamualaikum,

Baru-baru ini ( 2 - 3 Disember 2011 ), sebuah institut pengajian tinggi yang sering dijadikan modal oleh ahli politik sebagai bahan pelaris dalam kempen politik mereka, dengan bangganya mengumumkan telah berjaya memecah rekod melalui penganjuran sebuah program debat berterusan selama 222 jam tanpa henti.

Program yang bermula pada 24 November 2011 lalu diadakan dalam usaha untuk memecahkan rekod debat yang dicipta institut pengajian tinggi sebelum ini dalam Malaysia Book of Records (MBR).

Namun bukanlah saya di sini nak mengatakan ia satu program yang sia-sia, tetapi saya khuatir ianya menyebabkan ada peserta atau penonton tidak bersolat. Di "akhir zaman" ini, amatlah penting untuk kita mengukuhkan kefahaman dalam setiap ajaran dan bab-bab dalam agama Islam agar kita dapat mencegah fitnah Dajjal serta Yakjut dan pengikutnya iaitu makjut. 

Apa gunanya kita berlumba-lumba dan bermegah-mengah dengan mencatat rekod dalam buku rekod di dunia ini sedangkan "buku rekod amalan" adalah lebih utama.  Keruntuhan moral semakin menjadi-jadi.  Sekutu Dajjal dalam perkumpulan Yahudi Zionis ( Khazar ) telah lama menguasai bidang-bidang penting ilmu di dunia ini sedangkan umat Islam semakin leka dengan urusan dunia serta perkara-perkara yang lagha.

Masyarakat di sini sibuk berdebat yang hampir pasti, hanya tinggal debat semata tanpa ada suatu tindakan konkrit diambil untuk melaksanakan sesuatu kebaikan, sedangkan "rakan kongsi Dajjal dan Iblis" semakin tegar menguasai pelbagai cabang ilmu, yang pastinya mereka yang menemukan ilmu itu berupaya untuk menyesatkan umat Islam.



**p/s : Kembalilah kepada ajaran Rasullullah SAW dan berpaksikanlah fikiran kita pada Al-Quran, agar setiap perlakuan kita di dunia ini akan dipandu dengan sebaiknya untuk menuju ke "alam yang kekal" kelak...

Selera katak sudah berubah? Selera manusia?

   

Assalamualaikum...

Biasanya kita mengetahui dan selalu dengar katak yang jadi mangsa, seperti pada gambar di atas.  

Adalah menjadi sesuatu yang aneh bagi sesetengah orang apabila memperkatakan katak yang makan ular.  Amat jarang kita melihat atau mengetahui katak yang berbeza seleranya dengan apa yang sering kita fikirkan, seperti gambar di bawah

Namun mungkin spesis katak seperti ini hanya terdapat di sesetengah iklim di negara-negara tertentu.  Ini membuktikan masih ada lagi "isi alam" yang belum kita terokai.  Banyak dan luas lagi ciptaan Allah SWT jika nak dibandingkan dengan akal dan ilmu manusia... 


   
Katak makan tikus


 
  Ular dimakan katak


   
Selera manusia...? erm.... jijik!
sudah berkurun selera songsang ini ada, sehinggalah di zaman moden ini

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan