Isu kemungkinan pengharaman ISL menjadi beban terkini yang perlu ditanggung oleh Safee Sali.
Penyerang sensasi Malaysia, Safee Sali yang bermain dengan kelab Pelita
Jaya dari Indonesia, mungkin tidak boleh mewakili skuad Harimau Malaya
selepas badan induk bola sepak dunia (FIFA) berkemungkinan mengharamkan kejohanan Liga
Super Indonesia (Indonesia Super League).
Menurut portal berita akhbar Republika, surat pengharaman ISL oleh FIFA
itu ditujukan kepada Ketua Umum Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia
(PSSI), Djohar Arifin Husin yang menyatakan ISL adalah liga yang tidak
diakui oleh badan dunia itu. Menurut kandungan surat tersebut, FIFA menerusi surat yang
ditandatangani oleh Setiausaha Agungnya Jarome Valcke dan Setiausaha
Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Alex Soosay menetapkan
status haram kepada semua pemain, pegawai dan pengadil yang terlibat
dengan ISL.
"Pemain yang bermain di ISL juga akan dikenakan pembekuan status
perpindahan. Ini bermakna pemain tidak boleh bermain di liga atau
kejohanan di negara yang merupakan anggota FIFA". FIFA bagaimanapun memberikan tarikh akhir 20 Mac tahun depan kepada
Indonesia untuk menyelesaikan segala polemik yang berkaitan dengan arena
bola sepak di republik itu atau berdepan tindakan penggantungan atau
pengharaman.
Persoalan pertama yang perlu ditimbulkan, apakah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) tidak meneliti perkara-perkara teknikal seperti ini sebelum "melepaskan" Safee Sali untuk bermain di Indonsia pada awalnya dahulu?. Apakah kerana keghairahan untuk melihat aksi pemain Malaysia di liga luar negara menyebabkan badan profesional seperti FAM terutamanya seperti "rabun mata" dalam memandang hal sebegini?.
Namun pengurus kepada Safee Sali menegaskan bahawa :