Cadangan untuk mendapatkan pahala berterusan walaupun selepas kita meninggal dunia

 

Assalamualaikum...

Hidup manusia di bumi ini adalah bersifat "sementara", sebagai persediaan untuk hidup kekal abadi di syurga.  Namun apakah yang kita buat sebagai memenuhi bekalan untuk kehidupan tersebut?.  Apakah masyarakat masa kini hanya bertungkus-lumus mengejar kekayaan dunia, bersusah payah semata-mata menyediakan keperluan dunia sahaja sedangkan keperluan selepas mati kurang mendapat tempat.

Mungkin anda sedia maklum apakah perkara yang perlu dikumpulkan untuk keperluan di dunia dan akhirat, iaitu PAHALA, namun pada artikel kali ini saya nyatakan beberapa cadangan "kerja amal" yang amat baik bagi mendapatkan pahala berterusan walaupun selepas kita mati, meninggalkan dunia yang fana ini.  Caranya adalah seperti berikut :

  • Belikan kipas untuk kegunaan surau atau masjid walaupun hanya sebuah , setiap kali ada jemaah gunakannya, insya Allah anda dapat pahala walau selepas mati .
  • Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali ada pesakit gunakannya , insya Allah anda akan dapat pahala.
  • Berikan pakaian kepada orang yang memerlukan , setiap kali orang itu memakainya, insya Allah anda akan dapat pahala.
  • Beri makanan dan minuman yang halal kepada orang yang memerlukan, insya Allah anda akan dapat pahala selagi makanan dan minuman itu menjadi darah dagingnya .
  • Menyampaikan ilmu atau pelajaran yang bermanfaat , selagi mereka mengamalkannya, insya Allah pahala tetap akan ada untuk anda.
  • Memberi sumbangan kepada pembinaan surau, masjid atau sekolah, sama ada dari segi kewangan atau tenaga fizikal mahupun idea, insya Allah selagi bangunan tersebut digunakan untuk tujuan yang baik, anda akan mendapat ganjaran pahala yang berterusan.

**p/s :  

1. Apa yang saya nyatakan di atas adalah asas-asas kepada jalan amalan berpahala. Mungkin ada lagi cara-cara lain yang anda ketahui untuk mendapatkan pahala yang berterusan walaupun sesudah kita meninggal dunia.  Dan mungkin juga cara lain itu merupakan cabang atau ranting pada perkara pokok (cadangan) di atas ini.

2. Walau sekecil manapun sumbangan yang diberikan, selagi ia memberi manfaat yang baik pada insan lain, insya Allah ia menjadi penyelamat anda untuk lulus SPM (Soalan Padang Mahsyar).

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan