Klik gambar di atas untuk ke laman web FAM
Salam sejahtera...
Nampaknya serangan psikologi terhadap negara Malaysia melalui sukan bola sepak masih lagi berterusan walaupun kejohanan yang disertai oleh pasukan yang digelar "Harimau Malaya" ini telah lama berakhir.
Pada ketika artikel ini di taip, saya melihat laman web FAM masih lagi belum dibaikpulih dari kesan godaman. Kali ini, grafik yang diubahsuai adalah sangat "simple" dengan niat mahu pengunjung laman web berkenaan memberi fokus kepada tulisan yang berunsurkan konfrantasi oleh rakyat Indonesia terhadap Malaysia yang berbunyi : "MALAYSIA : ANJING, BANGSAT, MALING, BEDEBAH, BIADAB, TIDAK PUNYA MALU, BANGSA YANG HINA !!!".
Pada saya dari pandangan mata kasar pasti ramai yang menganggap ianya dilakukan oleh penggodam dari Indonesia tetapi keseluruhan ayat penghinaan tersebut kurang "slang Indon", cuma perkataan "Maling" sahaja yang dapat kita rujuk sebagai perkataan yang biasa digunakan oleh rakyat Indonesia.
Namun kita jangan cepat melatah dn melenting dengan "usikan" seperti ini. Ada juga kemungkinan ianya bukan dilakukan oleh rakyat Indonesia tetapi dibuat oleh rakyat Malaysia sendiri yang tidak puas hati dengan pemimpin tertentu dalam FAM. Atau mungkin saja ianya dilakukan oleh sesuatu pihak yang mahu melaga-lagakan penyokong bola sepak Malaysia dan Indonesia...
Laman web FAM pada pagi ini (14/12/2011) telah dipulihkan.