Iklan Aidilfitri 2010 TV3
Iklan Ramadhan 2011 8TV
Kali ini apakah perbezaan iklan mereka?
Bezanya pengisian, isu dan "objek" yang digarapkan...
Assalamualaikum....
Baru-baru ini telah menjadi kontroversi berkenaan iklan ucapan selamat menyambut Ramadhan dari 8TV. Iklan berkenaan menunjukkan adab dan tingkahlaku antara yang salah dan yang betul ketika seorang amoi datang ke bazaar ramadhan. Iklan tersebut terdapat beberapa versi dan setiap penghujung iklan berkenaan pengacara-pengacara 8TV memberikan nasihat agar kita menjaga tingkahlaku dan menghormati bulan ramadhan.
Jadi, dimanakah bahagian yang menjadi kontroversi?. Yang menjadi kontroversinya ialah si amoi yang menjadi "pelakon utama" iklan tersebut. Saya tidak berkesempatan menonton iklan berkenaan di 8TV, tetapi menontonnya di "youtube", namun kini video iklan ramadhan berkenaan yang di muatnaik ke youtube seawal 2 Ogos 2011 telah dipadamkan oleh pengurusan youtube atas permintaan anak syarikat Media Prima.
Saya telah menonton keseluruhan keseluruhan video iklan berkenaan dan saya dapati sebenarnya tiada apa yang boleh dijadikan terlalu kontroversi. Jika nak dikira dari segi perangai dan pakaian yang agak seksi, bukan sahaja perempuan Cina yang berperangai dan berpakaian begitu, perempuan Melayu pun ada yang begitu juga. Malah saya merasakan iklan puasa dari 8TV 2011 ini lebih "suci" jika dibandingkan dengan iklan raya TV3 yang mendapat bantahan hebat pada tahun 2010. (sila rujuk artikel saya yang bertajuk "Iklan raya Aidulfitri 2010 di stesyen tv ada unsur syirik - jejas akidah").
Iklan 8TV ini mempunyai maksud yang lebih jelas. Kesimpulannya dan maksud tersirat, mereka ingin memberitahu penonton agar lebih bersopan dan menghormati bulan Ramadhan walaupun anda seorang kafir..!. Saya sendiri merasakan pemilihan perempuan Cina sebagai pelakon utama iklan adalah tepat, lagipun aksinya itu tidaklah melampau jika nak dibandingkan lagi dengan video Chua Soi Lek (kini masih lagi diangkat dan diangungkan oleh parti pemerintah). Jika pihak 8TV memilih perempuan Melayu untuk iklan mereka itu, lagilah meletup isu iklan ini.
Berikut adalah gambaran komen ringkas video iklan puasa 8TV :
1. Jangan terjerit-jerit atau berkelakuan yang menjengkelkan,
berkelakuan biarlah sopan dan bijaksana.
2. Jangan jadi tamak dan makan di khalayak ramai,
bertimbang rasa pada yang lain.
3. Tidak memakai pakaian ketat dan mendedahkan,
memakailah pakaian yang sesuai.