Apa jua jenis solat yang dikerjakan amat digalakkan berjemaah, solat jenazah apatah lagi...
Assalamualaikum...
Dalam beberapa ketika, dilihat Ramadhan hampir pergi meninggalkan kita, bermohonlah pada Allah S.W.T agar kita dapat "berjumpa" lagi dengan bulan Ramadhan di tahun hadapan.
Kali ini saya ingin berkongsikan maklumat yang berkaitan dengan solat sunat Aidulfitri. Ada dari kalangan kita yang kurang berkeyakinan setiap kali tibanya solat sunat Aidilfitri ini. Maklumlah sunat ini dikerjakan hanya setahun sekali ( ada tahun sebelum ini kita menyambut Aidilfitri dua kali setahun ). Jadinya adalah yang terlupa niat dan cara mengerjakannya.
Berikut adalah penerangan mengenai solat sunat Aidilfitri :
1.Solat Sunat Aidilfitri dilakukan pada pagi 1 hari bulan Syawal setiap tahun.
2. Waktunya pula ialah bermula dari terbit matahari hingga sebelum tergelincir matahari.
3. Hukum Solat Sunat Aidilfitri ini adalah Sunat Muakkad (sunat yang sangat dituntut), bagi lelaki dan perempuan yang bermukim atau bermusafir.
Perkara sebelum, semasa dan selepas Solat Sunat Aidilfitri :
1. Selepas menunaikan solat subuh, disunatkan kita mandi sunat Aidilfitri, dengan membaca basmalah dan niat dihati “sahaja aku mandi sunat aidilfitri pada tahun ini kerana Allah swt”.
2.Lalu bersiaplah dengan sunat juga memakai wangi-wangian (yang tiada alkhohol). Dan pakaian yang cantik, jika tiada yang baru yang lamapun boleh tetapi biarlah pakaian yang masih elok, tetapi yg penting mesti bersih dan suci daripada najis.
3. Setelah siap berpakaian disunatkan juga kita makan terlebih dahulu sebelum ke masjid.
4. Adalah lebih afdal jika kita bergeraklah awal ke masjid / surau dengan langkah kanan utk menunaikan solat sunat tersebut.
5. Setelah tiba di masjid / surau, berniat iktikaf, dan sebelum duduk solatlah sunat tahhiyatul masjid.
6.Hanya duduk dan mengulang2kan ucapan takbir sehingga imam bangun untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.
NIAT SOLAT HARI RAYA :
أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ / لِعِيْدِ الأَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan AidilFitri / Adha dua rakaat kerana Allah Taala. (niat solat boleh dilafazkan dalam Bahasa Melayu atau bahasa yang kita faham)
7.Pada Rakaat pertama kita dikehendaki supaya takbir sebanyak 7 kali iaitu selepas takbiratul ihram dan doa iftitah. Pada setiap kali takbir kita dianjurkan supaya membaca tasbih berikut :
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر
8.Kemudian di baca Al-Fatihah dan surah. Surah yang dianjurkan ialah surah Qaf atau Al-A'la atau Al-Kafirrun.
9.Pada Rakaat kedua pula dikehendaki supaya takbir sebanyak 5 kali. Pada setiap kali takbir kita dianjurkan supaya membaca tasbih. Kemudian di baca Al-Fatihah dan surah. Surah yang dianjurkan ialah surah Al-Qamar atau Al-Ghasyiah atau Al-Ikhlas.
10.Selepas selesai solat, imam akan menyampaikan khutbah Hari Raya Aidilfitri. Amat dituntut untuk kita mendengar khutbah Hari Raya sehingga selesai.
11.Kemudian, selepas melawat kubur, bolehlah kita bersiap sedia menerima tetamu ataupun berkunjungan ke rumah sanak saudara dan jiran yang terdekat.