Ada tiga jenis durian yang dihidangkan di Masjid Kampung Hulu pada malam hari ke dua Ramadhan.
Assalamualaikum....
Pada jamuan makan berdulang selepas solat sunat tarawih ni, kuih muih hampir sama dengan malam-malam sebelumnya, air asli jus tembikai berserta isi-isi tembikai masih menjadi hidangan utama. Putu mayam bersama kari daging kambing juga menjadi menu untuk "diselesaikan".
Dan pada kali ini, raja buah Malaysia iaitu durian dihidangkan kepada para jemaah. Ada tiga jenis durian yang dihidangkan namun saya tidak pasti nama-nama durian berkenaan. Yang pastinya ada durian yang kecil comel, yang bersaiz sederhana dan durian yang paling besar dari kalangan dua jenis durian tadi. Ketiga-tiganya mempunyai warna dan rasa yang berlainan.