Maksud tersirat pada tarikh 1 April : kekejaman terhadap umat Islam!!!

Sedekahkan pahala membaca Al Fatihah untuk umat Islam di Sepanyol
yang mati dibunuh puak Kristian yang ganas dan zalim

Apa yang berlaku pada April Fool dalam sejarah Islam sepatutnya membuka mata kita supaya menjadikan 1st April bukanlah hari gurau senda tetapi hari memperingati kekejaman yang dilakukan oleh tentera Salib (Kristian) terhadap umat Islam di Spanyol.

The April's Fool Day, berawal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487, bersamaan dengan  892 H. Sejak Sepanyol dibebaskan melalui Islam pada abad ke-8M oleh Panglima Thariq bin Ziyad dari penindasan puak kafir, Sepanyol beransur-ansur menjadi satu negeri yang makmur.
 

Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dapat dibebaskan.  Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya ditawani dengan aman oleh Islam. Walaupun sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Got dan Navaro di daerah sebelah Barat yang berupa pergunungan. Islam telah mula menerangi seluruh Sepanyol. Kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah diri, banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas menganuti ajaran Islam. Muslim Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan cara hidup seorang Islam. Tidak hanya membaca Al-Quran, tingkah laku mereka berdasarkan Al-Quran. Mereka kerap berkata tidak untuk muzik, arak, pergaulan bebas, dan segala perkara yang dilarang Islam. Keadaan aman dan sejahtera seperti ini berlangsung hampir enam abad lamanya.
 

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berusaha menghapuskan Islam dari Sepanyol, namun acapkali gagal.  Maka mereka menhantar perisik untuk mengkaji kelemahan umat Islam Sepanyol. Akhirnya mereka menemukan cara untuk menaklukkan Islam, yakni dengan cara melemahkan iman mereka melalui jalan serangan pemikiran dan budaya.
 

Maka mulailah secara diam-diam mereka menghantar arak dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari dari pada membaca Al-Quran. Mereka juga mengirimkan sejumlah ulama palsu untuk meniup-niupkan api perpecahan pada umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan taktik ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dapat dikuasai oleh pasukan tentera Salib yang mempunyai hubungan dengan gerakkan Zionis. Serangan oleh pasukan tentera Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan tentera Islam yang disiksa, tetapi juga penduduk awam, wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua turut di bunuh dengan kejam. Satu-persatu daerah di Sepanyol jatuh.


Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Salib terus mengejar mereka. Ketika jalan-jalan sudah sepi,  ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan genangan darah, tentara Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granadayang masih bersembunyi di rumah-rumah.Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa orang Islam Granada dibolehkan keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.
 

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Namun beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah disediakan, mereka pun segera bersiap untuk belayar meninggalkan Granada dan Sepanyol.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, sambil beriringan berjalan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan tentera Salib, memilih bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka.
 

Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentara Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjulang ke angkasa ketika mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya. Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan, hanya terpana ketika tentara Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dengan anak-anak yang masih kecil. Sedang para tentara Salib telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.
 

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib segara membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jerit tangisan dan takbir memenuhi suasana. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman.
 

Tragedi ini bertepatan dengan tarikh 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian setiap tanggal 1 April sebagai The April's Fool Day.  Pada tarikh 1 April, orang-orang dibenarkan menipu dan berbohong kepada orang lain. Bagi orang Kristiani, The April's Fool Day merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera Salib dengan cara-cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan The April's Fool Day dengan cara membenarkan penipuan dan kebohongan dalam masa yang sama disulami dengan dalih iaitu sekzdar hiburan atau gurauan belaka.
 

Bagi umat Islam, The April's Fool Day tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudara seIslam disembelih dan dibunuh oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak bermoral juga dengan adanya orang Islam pada masa kini yang masih terikut-ikut merayakan tradisi ini. Siapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai ribuan umat Islam di Granada, Sepanyol, pada 5 abad silam.... 

~ Allah Maha Besar....!!! Ya Allah... berilah kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang berkehendakkan Islam sepenuhnya tanpa Had, tanpa hari di dalam sistem pentadbiran negara ini, walaupun apa jua bangsanya, juga kepada mereka yang meredhai Islam di negara ini.  Jauhkan fitnah yang sedang melanda umat Islam di Malaysia dan di seluruh pelusuk bumi ini...  Ya Allah.., sesungguhnya aku ini hambamu yang lemah tanpa petunjuk dan hidayah dariMu...

Tutup aurat bukan sekadar bertudung...


Assalamualaikum...

Ramai yang menganggap apabila sudah bertudung, mereka sudah melaksanakan tanggungjawab menutup aurat dari pandangan yang bukan mahram.  Aurat bukan sekadar bahagian rambut dan sekitarnya, ianya lebih dari itu.  Suara, gaya pergaulan dan tingkah laku serta adab percakapan juga merupakan aurat yang perlu dijaga.

Fesyen pada pakaian yang "sarung" oleh perempuan pada hari ini mempamerkan kejahilan wanita Islam tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Antaranya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Beranggapan aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Itu kisah perempuan yang bertudung.  Ada yang bertudung hanya kerana watak yang dilakonkan dalam drama atau filem mengkehendakkan si pelakon itu bertudung.  Juga ada yang bertudung kerana menjadi jurucakap atau model kepada jenama tertentu tudung.  Pemakaian sebegini "secara logiknya" sukar mendapat rahmat dan pahala kerana ianya semata-mata berkaitan dengan urusan dunia.

Ada blogger perempuan yang kononnya semakin popular lantaran pasangannya sedang cemerlang dalam sukan bola sepak (kini dah putus tunang), memberi maklumbalas pada komen saya mengenai dirinya yang tidak lengkap menutup aurat dengan kata-kata "dia hanya berpakaian biasa sahaja" dan maksud ayatnya yang lain ialah menidakkan teguran saya itu.  Sedangkan saya memberi nasihat agar dia menutup aurat dengan sempurna agar hubungan dia dan pasangannya itu mendapat lebih berkat dari Allah SWT.  Niat saya cuma mahu lihat mereka lebih berkeadaan baik, tapi "perempuan ini" seperti tidak mahu menerima teguran ikhlas saya.   

Apakah dengan tidak bertudung, berpakaian baju t-shirt yang menampakkan bentuk dada dan badannya serta memakai seluar jeans yang juga bisa menampakkan bentuk punggungnya itu adalah pakaian yang biasa dalam konteks Islam?.  Apakah blogger perempuan ini sudah rasa hebat sangat dengan kepopularannya itu hingga tidak mengambil berat tentang teguran orang lain mengenai auratnya itu?  Atau dia bangga mempamerkan saiz dadanya itu...?.  Kita tegur dengan baik, dia tak nak terima...


~ insya Allah, saya akan menaip artikel mengenai aurat lelaki pula...

Video gadis cuba bunuh diri di KB Mall Kelantan


Assalamualaikum...

Beginilah yang terjadi seandainya tidak diterapkan dengan kefahaman Islam sejak dari awal kanak-kanak.  Budaya keIslaman di rumah semakin sepi dari menjadi amalan.  Ditambah lagi dengan tiadanya hajat atau cita-cita pemerintahan sedia ada untuk menggunakan sepenuhnya undang-undang Islam dalam sistem perundangan Malaysia.  Maka moleklah berbuat demikian dengan segera memandangkan Malaysia seperti diwar-warkan oleh "puak-puak" mereka iaitu sebagai sebuah negara Islam yang termaju.

Sumber ekonomi sudah bercampur haram sudah bercampur baur dengan yang halal menyebabkan rakyat juga memakan hasil dari sumber haram.  Makanan atau minuman yang telah menjadi darah daging rakyat akan menerima kesannya.  Lihatlah sekarang ini kes jenayah makin menjadi-jadi.  Tiadanya suasana dan roh keIslaman yang tulen dalam sistem pemerintahan negara memburukkan lagi keadaan keseluruhan rakyat.

Akibat dari kelalaian dan kepentingan persendirian pemimpin, maka rakyat Malaysia kini dilihat semakin mundur akhlak dan budi pekerti.  Rakyat negara ini dilihat semakin "ganas" dan tidak berperikemanusiaan.  Kerap dilaporkan di media arus perdana kes bunuh, rogol, buang bayi, rasuah dan yang sentiasa hangat kini iaitu kes fitnah bersiri.  Apabila panduan agama dijauhi, kepentingan politik mundur dan busuk diamalkan, maka negara semakin menghampiri kehancuran.  Rakyat terutamanya kanak-kanak, atas jasa beberapa pihak sudah mempelajari beberapa perkataan yang sebelum ini asing bagi mereka iaitu releven, rasuah dan liwat.  Mereka mempromosikan cerita lucah di surat khabar dan televisyen dan akhirnya pula menjadi bahan untuk serangan politik.

Penyebaran dan penyimpanan video "blue" - soal pilihanraya kah?


Assalamualaikum...

Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang dikemaskini sehingga 10 Oktober 2002 berbunyi:

"Barang siapa (a) Menjual, menyewa, membahagi-bahagikan, menunjukkan atau secara awam atau dengan apa-apa cara mengedarkan atau bagi maksud menjual, menyewa, membahagi-bahagikan, menunjukkan secara awam atau mengedarkan, membuat, mengeluarkan atau dan dalam miliknya apa-apa buku, risalah, kertas rajah, lukisan, gambaran atau patung yang lucah atau apa-apa jua benda lain yang lucah, .... hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya."

Bagi individu yang menyimpan gambar lucah pula boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 292 dan 293 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.Tindakan turut boleh diambil mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia yang boleh didenda tidak kurang RM50,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Muzik batu di Malaysia

 
 Kumpulan muzik rock yang bergambar dihadapan bukit "rock" (batu).

Assalamualaikum...

Gambar di atas merupakan zaman "pra sejarah" muzik "batu" di negara kita.  Adakah anda kenal mereka yang bergambar di atas ini?.  Adakah anda tahu nama individu-individu dan nama kumpulan mereka...?

Ada yang saya kenal, ada yang tak tahu menahu langsung.  Bermacam-macam ragam mereka ini. Semuanya pengaruh dari muzik luar.  Nak rock tak semestinya kena rambut panjang atau berpakaian "menakutkan".  Rock adalah lebih pada perkaitan dengan lirik dan muzik yang pada sesetengah "manusia" dianggap bingit bangat...

Kumpulan muzik mana yang sanggup guna gitar ini?


Assalamualaikum...

Rasanya ramai peminat muzik kumpulan rock, pop atau balada akan berdarah hidung dan menangis bila melihatkan kumpulan muzik kesukaan mereka menggunakan "Gitar Doraemon" yang canggih ini.  Rekaan yang menarik serta dengan bentuk yang unik membuatkan sesebuah kumpulan muzik yang dah nak "malap" tu bersinar dan terkenal semula sebagai "kumpulan pemuzik yang menghiburkan pengunjung majlis graduasi TADIKA dan TABIKA...".

Boleh pandang-pandang, Tenung lama-lama...

Assalamualaikum...

Sila tenung lama-lama pada gambar di atas. Apa yang akan anda nampak...?  Inilah yang dipanggil ilusi mata...

Begitulah juganya dalam kehidupan ini.  Kita sering ditipu dan tertipu dengan apa yang kita lihat, apa yang kita nampak dipersekitaran kehidupan kita.  Ramai sering tertipu dengan kecantikkan serta kekayaan duniawi sehingga ianya menjauhkan kita dengan akhirat.

Selain dari pandangan "mata zahir", "mata batin" juga perlu dipandu dengan akal yang disertakan bersama keimanan terhadap "Maha Pencipta" iaitu Allah SWT yang Maha Esa... Kita janganlah ditipu dengan ilusi dan bayang kita sendiri. Dunia ini penuh dengan kesesatan seandainya kita masih leka dengan harta, pangkat, nikmat dunia dan kuasa.

Kembalilah pada Al Quran dan Hadith's serta sunnah Rasullullah SAW. Jauhi ketamakkan kuasa.  Janganlah kita menindas dan memfitnah orang lain hanya kerana kita inginkan pengekalan kuasa dalam pemerintahan.  Jauhi pendapatan yang haram, yang terhasil dari perkara-perkara dan benda-benda yang dilarang oleh Allah SWT seperti arak, judi, penipuan dan penindasan terhadap mereka yang tidak berkemampuan.

Kenapa manusia dilarang merokok?


Assalamualaikum...

Merokok membahayakan kesihatan diri sendiri dan orang lain.  Dari segi agama pula ianya haram kerana menyumbang pada kehancuran kesihatan yang berperingkat-peringkat, laksana bubuh racun sikit-sikit dalam milo ais yang anda pesan di "Warung Pak Jabit" sambil menonton tv "lcd screen". 

Di Selangor beberapa tahun sebelum ni dah keluarkan fatwa oleh majlis fatwa bahawa rokok itu haram tapi tidak dapat sambutan dan kerjasama untuk menetapkannya ke seluruh negara dari para penguasa agama kawasan lain malah pemerintah Islam sendiri buat tak tahu je.  Kalau sekadar naikkan harga rokok, takde maknanya.  Sedangkan pelacur atau GRO pun ada yang sanggup belanja besar untuk melanggan, inikan pula rokok...?.

Dari sudut ekonomi, ia menyumbang kepada kepesatan ekonomi bangsa Yahudi Zionis kerana kebanyakkan kilang pengeluaran rokok adalah milik mereka, malah bangsa mereka sendiripun tidak merokok...  Apakah sebabnya bangsa kita nak buat perkara "biol" macam tu.  Dari sudut genetik makhluk, perbuatan merokok adalah serupa dengan kera @ monyet seperti pada "gambau" di atas...

Lepas geram atau ......?


Assalamualaikum...

Dari sumber yang diperolehi, tidak dapat mengesahkan tempat kejadian ini.  Nampak gaya macam berhampiran dengan kawasan rekreasi je.  Penjaja jalanan ini dengan "sempoi" menjual hasil jajaannya di tepi jalan. Jika sekadar itu yang dilakukan tidak mengapa tetapi ini di tepi jalan yang terdapat papan tanda larangan menjaja.  Sayangnya "tokey" perniagaan ini tidak kelihatan.

Dan yang lebih "mengharukan" lagi ialah pisang siap digantung pada papan tanda larangan tersebut.  Ermm.... ini macam nak lepas geram je pada pihak penguasa.  Agaknya untung berniaga seharian atau bulanan adalah lebih dari RM3000.00 kot...?

Kursus koperasi di Hotel Suria City Johor Bahru

 Assalamualaikum.

   
 
Lama juga tak tidur di hotel.  Seingat saya kali terakhir tidur di hotel ialah pada pertengahan tahun 2010.  Dan hajat sekali lagi untuk tidur, makan, errrhemm2 dan menggunakan bilik air dalam hotel tercapai pada 9 hingga 10 Mac 2011.

Dah namanya hotel, sedap la tidur atas tilam yang empuk dan bantal yang gebu.  Selimut pula dari jenis yang tebal, dapat menghindarkan tubuh menjadi kesejukan, yang berpunca dari alat penghawa dingin.  Kali ini tiada aturcara di malam hari tetapi kali ini hanya sampai petang sahaja.  Semua peserta kursus perempuan pada kali ini bertudung, sesuatu yang sukar untuk didapati dengan kerap.  Opss... kecuali ada satu amoi, JB mali...


   
Kursus kali ini bertajuk  "Kursus Pengurusan Dan Pentadbiran Koperasi (WSML 100).  Saya dan tiga orang rakan mewakili delegasi dari Koperasi Usahawan GIATMARA Melaka Berhad.  Di dalam kursus ini, kami jumpa "geng" satu Melaka iaitu Koperasi Keluarga Haji Manaf Gadek Melaka Berhad.


 
**Pada gambar di atas pentas merah, kami bergambar dengan geng koperasi yang juga dari Melaka serta dengan tenaga penceramah dari Maktab Kerjasama Malaysia Wilayah Selatan.

Yang pasti akan dibuat pada akhir kursus di hotel ialah sesi mengambil sabun-sabun, botol-botol cecair mandian serta syampu, paket-paket gula, krimer dan minuman segera giat dijalankan...


~p/s: nampak gayenye ade lagi kursus yang boleh dipergi, dapat pulak elaun kehadiran..., perghhh...

Tsunami Jepun Tsunami Indon... Malaysia bagaimana?

Assalamualaikum..,

Pada abad ini, "Ombak Besar" melanda Indonesia dan Jepun, apa kesedaran umat manusia?

Bukan hanya Melayu mudah lupa, bangsa lainpun ramai yang mudah lupa.  Mereka seperti mudah lupa pada sejarah, mudah lupa pada "hukuman Tuhan" pada kerosakkan yang dilakukan sendiri oleh manusia.  Bumi ini akan musnah dan kiamat dengan lebih awal atas tangan-tangan manusia sendiri yang melebihkan keduniaan serta kepentingan sendiri sahaja.

Manusia adalah satu makhluk yang hidup secara berkelompok.  Malah haiwan yang tiada akal dapat memberi contoh kehidupan bersatu-padu sedangkan manusia kini kian meminggirkan semangat persaudaraan dan belas ehsan sesama manusia dan alam sekitar.  Mak bapa buang anak, anak buang mak bapa.  Jadi jangan terlalu hairan dan marah dengan berita yang baru-baru ini keluar di Harian Metro mengenai anak buang mak bapa di hospital.  

Mungkin semasa anak-anak mereka masih kanak-kanak, mak bapa tersebut tidak menunjukkan contoh yang tak baik, melayan anak-anak secara kasar, tidak berhemah, banyak menggunakan bahasa kasar, memberi keluarga makan minum dari sumber kewangan yang haram atau "HALAM" (bercampur halal haram).  Saya tidaklah mengatakan ini sebab utama, cuma menyatakan salah satu faktor penyebab.  Ini hanya di peringkat rakyat, belum lagi pimpinan negara yang mengambil cukai dari arak dan judi sebagai sumber pendapatan negara Malaysia yang kononnya negara Islam. Kalau isu negara Islam hanya semata-mata digunakan pada pilihan raya, hanya untuk pancing undi, hindarilah.  

Tak guna mengaku negara Islam, bangga dengan tilawah Al Quran antarabangsa, bangga dengan pembinaan taman tamadun Islam, bangga dengan pembinaan masjid yang cantik, tapi perlaksanaan Islam sepenuhnya dalam perundangan negara tidak diusahakan.  Masih lagi menggunakan acuan dari kafir British dan Amerika Syarikat.

Mereka pernah mengatakan kerajaan negeri di pantai timur tidak tahu mengurus takbir negeri sehingga banjir berlaku, tetapi lebih kurang seminggu selepas itu di Kuala Lumpur, fokus kepada kawasan sekitar Masjid Jamek, banjir berlaku sehingga menghanyutkan kereta.  Semasa itu saya masih melanjutkan ilmu di Institut Teknologi Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.  Saya sendiri melihat kesan banjir tersebut.  Jangan kerana sedang memegang kuasa pemerintahan, hangpa semua nak dok kutuk dan hina orang lain, cakap besar pula tu.  Diri sendiripun mentadbir negara tak ikut Islam.  Kalau ada ikutpun, Islam yang ada had, ada hari.

JANGAN pandang camera!!!


Pada petang hari ini (12/03/2011), semasa bermusafir di internet dan menyinggah dari satu blog ke blog, maka telah ditakdirkan di loh mahfuz, saya menjumpai blog yang dimiliki oleh Dyanzjha.  Di blog dia ni sedang berlangsung satu peraduan yang dipanggil "Jangan pandang camera...".

Memandangkan tarikh tamat peraduan tersebut ada lagi tiga hari, tergeraklah hati ini untuk menyertainya kerana secara kebetulan saya baru lepas beberapa hari balik dari Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi anjuran Maktab Kerjasama Malaysia di Hotel Suria City, Johor Bahru.

Gambar ni semasa saya berada di dewan kuliah "Tanjung Puteri". Belakang tu ialah seorang cikgu 
yang mewakili salah satu koperasi sekolah di Johor.

Dengan ini saya berbesar hati untuk "menandakan" tiga orang blogger bagi memeriahkan lagi jemputan peraduan ini.  Mereka ialah :



Amaran Tsunami di Google dan Yahoo

 

"Tsunami Alert for New Zealand, the Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii, and others. Waves expected over the next few hours, caused by 8.9 earthquake in Japan"

[ Amaran di atas adalah diambil dari muka hadapan laman web enjin carian Google. Malah laman web Yahoo juga memaparkan berita mengenai gempa bumi dan kemungkinan berlakunya gelombang besar di laut atau lebih popular dipanggil Tsunami ]


Assalamualaikum...


    

Sebuah gempa bumi sebesar 8.9 skala richter kemudiannya diikuti dengan beberapa gelombang pada 6.0 skala richter melanda Jepun Jumaat petang 11 Mac 2011.  Ini menyebabkan banjir meluas dan kerosakan di pulau-pulau Jepun, termasuk Tokyo.  Gempa melanda pada 02:46 waktu tempatan (05:46 UTC) dan menghasilkan tsunami yang menggenangi sebahagian besar kawasan pantai timur Jepun.

Menurut laporan, gelombang tsunami setinggi 10meter menghentam beberapa bahagian Jepun, dengan lonjakan lebih rendah tercatat di beberapa daerah lain. Pada saat berita disiarkan sekurang-kurangnya 13 orang dipercayai telah terbunuh, dengan mungkin beratus-ratus yang lain hilang.
 

Amaran gempa juga ditujukan di Kepulauan Pasifik, terutama Hawaii, Amerika Selatan, Kanada, Alaska dan seluruh Pantai Barat Amerika Syarikat. Laporan pihak berkuasa Jepun menyatakan bahawa gelombang tsunami kali ini merupakan gelombang terbesar ke-5 pernah tercatat.

Firefox 4.0 Versi Lengkap Bakal Diterbitkan


Kini Mozilla sudah menghampiri fasa-fasa terakhir sebelum pelayar web Firefox 4 yang dinantikan ramai itu dilepaskan. Hari ini, versi pembangunan Firefox 4.0 RC1 dilepaskan, yang mana dijangkakan ianya juga akan menjadi versi akhir Firefox 4.0 kelak.

Mozilla inginkan lebih 3 juta pengguna terlebih dahulu memuat-turun dan menguji pelayar web Firefox 4.0 RC1 sebelum versi akhirnya dilepaskan, supaya pelayar web Firefox 4.0 akhir nanti tidak mempunyai sebarang masalah dan melepasi pelbagai tahap kualiti.

Pada masa yang sama, dalam usaha untuk mendengar maklumbalas para pengguna, Mozilla meminta mereka tweet akan sebarang perkara berkaitan Firefox 4.0 dengan menggunakan hashtag #fx4. Mungkin kita akan dapat menggunakan pelayar web terbaru daripada Mozilla ini sedikit masa lagi.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan