Assalamualaikum...
Ramai yang menganggap apabila sudah bertudung, mereka sudah melaksanakan tanggungjawab menutup aurat dari pandangan yang bukan mahram. Aurat bukan sekadar bahagian rambut dan sekitarnya, ianya lebih dari itu. Suara, gaya pergaulan dan tingkah laku serta adab percakapan juga merupakan aurat yang perlu dijaga.
Fesyen pada pakaian yang "sarung" oleh perempuan pada hari ini mempamerkan kejahilan wanita Islam tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Antaranya seperti berikut :-
KESALAHAN PERTAMA : Beranggapan aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Itu kisah perempuan yang bertudung. Ada yang bertudung hanya kerana watak yang dilakonkan dalam drama atau filem mengkehendakkan si pelakon itu bertudung. Juga ada yang bertudung kerana menjadi jurucakap atau model kepada jenama tertentu tudung. Pemakaian sebegini "secara logiknya" sukar mendapat rahmat dan pahala kerana ianya semata-mata berkaitan dengan urusan dunia.
Ada blogger perempuan yang kononnya semakin popular lantaran pasangannya sedang cemerlang dalam sukan bola sepak (kini dah putus tunang), memberi maklumbalas pada komen saya mengenai dirinya yang tidak lengkap menutup aurat dengan kata-kata "dia hanya berpakaian biasa sahaja" dan maksud ayatnya yang lain ialah menidakkan teguran saya itu. Sedangkan saya memberi nasihat agar dia menutup aurat dengan sempurna agar hubungan dia dan pasangannya itu mendapat lebih berkat dari Allah SWT. Niat saya cuma mahu lihat mereka lebih berkeadaan baik, tapi "perempuan ini" seperti tidak mahu menerima teguran ikhlas saya.
Apakah dengan tidak bertudung, berpakaian baju t-shirt yang menampakkan bentuk dada dan badannya serta memakai seluar jeans yang juga bisa menampakkan bentuk punggungnya itu adalah pakaian yang biasa dalam konteks Islam?. Apakah blogger perempuan ini sudah rasa hebat sangat dengan kepopularannya itu hingga tidak mengambil berat tentang teguran orang lain mengenai auratnya itu? Atau dia bangga mempamerkan saiz dadanya itu...?. Kita tegur dengan baik, dia tak nak terima...
~ insya Allah, saya akan menaip artikel mengenai aurat lelaki pula...