Showing posts with label sejarah. Show all posts
Showing posts with label sejarah. Show all posts

Restoran McDonald's pertama Indonesia telah ditutup

Sejarah 29 tahun McDonald's di Jakarta telah berakhir

Telah menjadi "trending" di Twitter, setelah berada pada salah satu sudut pusat perbelanjaan Sarinah Thamrin, Jakarta, sejak 1991, restoran pertama McDonald's di Indonesia telah ditutup. 

Berita ini disahkan oleh pihak McDonald's Indonesia. Dalam kenyataan rasmi mereka, McDonald's Indonesia terpaksa menutup restoran pertamanya di Indonesia itu atas permintaan pengurusan gedung Sarinah melalui surat rasmi yang diterima oleh pihak McDonald's Indonesia pada Jumaat, 1 Mei 2020. 

Pihak pengurusan gedung Sarinah akan melakukan renovasi dan mengubah strategi perniagaan pada bangunan milik pemerintah tersebut. 



Berakhirnya operasi McDonald's di Jakarta

Kredit Foto dan teks : 

- McDonalds Sarinah Thamrin, Jakarta Pusat (Twitter & Instagram) 
- Google image


Erti pahlawan sebenar : Adnan Menderes


Ali Adnan Ertekin Menderes (lahir di Aydin tahun 1899 – meninggal di Imrali, 17 September 1961 pada umur 62 tahun) merupakan seorang negarawan Turki dan pimpinan pertama yang dipilih secara demokrasi dalam sejarah Turki. Ia menjawat jawatan Perdana Menteri Turki antara tahun 1950–1960. Salah seorang pengasas Parti Demokrat pada tahun 1946, parti oposisi rasmi ke-4 di Turki.

Masyhur di kalangan masyarakat Turki tersebar kisah Adnan Menderes menaiki sebuah pesawat terbang. Semasa di angkasa, salah satu mesin pesawat mati. Pilot pesawat mengumumkan keadaan kecemasan. Menderes bersumpah, jika Tuhan selamatkan dirinya, dia berjanji untuk mengembalikan kejayaan Islam di Turki. Akhirnya pesawat pun terbakar. Satu-satunya penumpang yang selamat, hanya dirinya. Allahu a’lam.

Dia dikenali sebagai orang yang pertama kali mengembalikan azan ke dalam bahasa Arab, dimana sejak lama diubah oleh Kamal Attaturk ke dalam bahasa Turki. Tahun 1950 bergabung dengan Parti Demokrat Turki dan menjadi calon untuk pilihanraya. Amerika pada masa itu mensasarkan bahawa Menderes akan kalah dengan manifesto-manifesto yang dibawanya. Antara kempen Menderes ialah:

1. Azan dikembalikan ke dalam bahasa Arab
2. Ibadah haji diizinkan
3. Pembukaan kembali sekolah-sekolah agama (Islam) dan pengajaran agama di sekolah-sekolah umum
4. Membatalkan dasar yang melarang hijab bagi Muslimah.

Hasilnya parti Attaruk menurun 32 kerusi. Manakala Parti Demokrat meraih 318 keursi. Adnan Menderes dipilih menjadi PM Turki, dengan presiden Celรขl Bayar. Semenjak dilantik menjadi PM, Menderes memenuhi janji-janji di dalam manifesto. Pelantikannya bertepatan dengan awal Ramadhan dan dalam masa yang sama, Menderes mengisytiharkankan azan dengan bahasa Arab, kebebasan berpakaian untuk muslimah, pengajaran di masjid-masjid, dan dibolehkan memakmurkan masjid.

Pada pilihanraya 1954, parti Attatruk sekali lagi menurun secara drastik hingga tinggal 24 keursi. Pada masa yang sama, Menderes mengizinkan peraturan yang membolehkan pengajaran Bahasa Arab, pengajaran Al-Qur’an di seluruh sekolah menengah, membangunkan 10,000 masjid dan 22 maahad Islam di Anatolia, dalam rangka akselerasi program para khatib, da’i, dan guru-guru Al-Qur’an. Menderes juga megizinkan penerbitan buku-buku Islam, majalah-majalah atau lebaran yang menyerukan agar kembali berpegang teguh dengan ajaran Islam. Lebih dari itu, Menderes mengaktifkan kembali masjid-masjid yang dijadikan gudang-gudang untuk kembali menjadi tempat ibadah dan membuka 25 madrasah tahfiz Al-Qur’an.

Menderes mulai aktif menjalin hubungan dengan Dunia Arab melawan Israel. Antaranya, melaksanakan aturan ketat untuk setiap kargo yang masuk dari Israel, baik kargo ubat-ubatan atau barang yang 'Made in Israel'. Malah Menderes pernah mengusir Duta Israel di Turki tahun 1956. Arus Islamisasi yang begitu deras, membuat golongan anti Islam di Turki kepanasan. Didalangi oleh para jeneral dari zaman Kamal Attatruk iaitu Jeneral Kamal Joe Russel, dia menangkap dan menghukum gantung Menderes. Sebab-sebab Menderes dihukum gantung telah ditulis oleh seorang wartawan bernama Sami Kohen, "Penyebab hukuman mati Menderes adalah, kebijakan politiknya yang teramat dekat dengan dunia Islam, sebaliknya dingin dan kaku dengan Israel. Selain itu, kunjungan terakhirnya ke beberapa negara Teluk, yang kemudian dilanjutkan beribadah haji, menjadi sebab kemarahann militer tentera Turki."

Akhirnya, Menderes syahid di tali gantung. Dalam 10 tahun perjuangannya, sekolah-sekolah Islam yang dibukanya, lembaga-lembaga tahfiz yang telah digerakkan, masjid-masjid yang dibangunkan, azan yang idikembalikan dalam bahasa Arab, ternyata membuahkan hasil semenjak tahun 1996 dengan kemunculan Necmettin Erbakan, dan sehingga penghujung tahun 2006, benih-benih dakwah Menderes muncul seperti: Abdullah Gull, Recep Tayip Erdogan, dan generasi terbaik Turki saat ini.

Tak ramai yang mengenal dan pernah dengar tentang Adnan Menderes di dalam dunia Islam. Mungkin sebab Menderes tak pandai mengarang buku-buku, hingga tak ada yang menggelarnya 'Allamah Mujtahid Mutlaq Syaikh.' Tetapi pengorbanannya menjadi teladan bagi generasi muda Turki, sejajar dengan Imam Syahid Hasan Al-Banna, Sayyid Qutb, Raja Faisal dan lain-lain lagi.

10 fakta menarik mengenai daerah Muar, Johor


Daerah Muar terletak di barat laut negeri JohorMalaysia. Daerah Muar terdiri daripada bandar Muar itu sendiri (lebih dikenali dengan nama Bandar Maharani) dan Pagoh. Muar bersempadan dengan daerah Tangkak di utara, daerah Segamat di timur dan daerah Batu Pahat di selatan.

Berikut merupakan fakta yang mungkin menarik bagi penggemar bidang sejarah khususnya daerah Muar :

1) Merupakan bandar keempat terbesar di Johor selepas Johor Bahru, Batu Pahat dan Kluang.

2) Bandar kedua terpenting di Johor dari segi pentadbiran di belakang Bandaraya Johor Bahru.

3) Bandar Maharani diisytiharkan sebagai Bandar Diraja Johor Darul Ta'zim pada tahun 2012 oleh DYMM Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

4) Muar merupakan hab perabot utama di Malaysia di mana 50 peratus eksport perabot negara adalah dari Muar.

5) Diiktiraf sebagai antara bandar terbersih di Malaysia.

6) Bandar Muar berusia 130 tahun semenjak ianya dibuka pada tahun 1887.

7) Muar adalah satu-satunya bandar di Malaysia yang mempunyai sistem jaringan keretapinya yang tersendiri di masa lampau yang dikenali sebagai Keretapi Kerajaan Muar (Muar State Railways) atau MSR.

8) Dipercayai sejarah Muar telah bermula lebih awal daripada Empayar Melaka. 

9) Pernah menjadi sebuah Kerajaan merdeka dan berdaulat yang diperintah oleh Sultan Ali Iskandar Shah dalam masa yang singkat (1855 – 1877).

10) Muar juga menjadi pusat tumbuhan landskap negara yang mana kawasan daerah Muar merupakan daerah yang paling banyak bilangan tapak semaian (nurseri) diikuti dengan daerah Batu Pahat dan Johor Bahru.

Pedang Damascus - Terbaik di dunia


Pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar pembuatan pedang barat. Ketajamannya mampu menembus baju besi crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya.


Ketika perang salib, pasukan Eropah dikejutkan oleh pedang yang dimiliki oleh pasukan Arab dan Persia. Pedang mereka dengan mudah menembusi baju besi pasukan crusader, bahkan mampu membelah batu.

Inilah Pedang Damaskus, di perbuat dari besi baja yangg diolah dengan teknik khusus sehingga memiliki permukaan yangg sangat kuat dan tajam. Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehingga hanya beberapa keluarga pakar besi di Damascus saja yang menguasainya,di sebabkan ini jugalah teknik pembuatan besi baja Damascus akhirnya pupus.


Hingga kini teknologi yang paling canggih masih pun belum mampu membuat pedang yang lebih tajam dari Pedang Damascus. Pedang Damascus adalah pedang yang paling tajam di dunia, lebih tajam daripada Katana Jepun .


Selain kuat, besi baja Damascus juga sangat lentur sehingga betul-betul sempurna untuk dijadikan pedang atau pisau. Pedang ini mampu membelah sutera yang dijatuhkan ke atasnya, juga mampu membelah pedang lain atau batu tanpa mengalami kerosakan sama sekali.

Sebuah penelitian mikroskopik menemui bahawa pedang ini memiliki semacam lapisan kaca dipermukaannya. Boleh dikatakan para ilmuwan muslim di timur tengah telah mencapai teknologi nano sejak seribu tahun yang lalu.

Beberapa ahli metalurgi modern mengaku berhasil membuat besi baja yang sangat mirip dengan besi baja Damascus , namun tetap belum berhasil meniru 100%. Teknik pembuatan Pedang Damascus termasuk salah satu pengetahuan Islam yang terhilang. Pedang, Tombak, dan Pisau Damascus yang tersisa kini tersebar di berbagai Museum di seluruh dunia.

Ringkasan Sejarah Batu Pahat


Bandar ini mendapat nama dari 'batu yang dipahat' yang berkait dengan serangan askar Siam pada abad ke-15. Kesan-kesan sejarah ini masih terdapat di Minyak Beku. Menurut catatan Sejarah Melayu, pada 1456, Laksamana Awi Di Chu telah berkhemah di Batu Pahat sebelum menyerang Melaka. Masih terdapat sebuah perigi purba di Kampung Minyak Beku.

Sumber lain pula menyatakan Portugis mengambil batu-batu dari Batu Pahat untuk membina kota A Famosa di Bandar Hilir, Melaka. Batu-batu tersebut telah dipahat dan diangkut ke Melaka.

Bandar Penggaram mendapat nama dari aktiviti nelayan yang menggaram ikan-ikan yang banyak ditangkap dan tidak laku dipasarkan. Ikan-ikan ini lebih baik dijadikan ikan kering.

Pada 1893, Dato Bentara Luar iaitu Mohamad Salleh bin Perang telah mengasaskan bandar Batu Pahat yang mendapat perintah dari Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, Johor.

Lokasi Menarik

1. Wet World Batu Pahat Village Resort 
 – Sebuah water park yang popular di Johor sebelum munculnya Legoland Resort Malaysia. Menempatkan tarikan permainan dan gelongsor air yang sesuai untuk belia dan juga kanak-kanak.

2. Dataran Penggaram ( Dataran Batu Pahat ) – Sebuah dataran yang terletaknya mercu tanda Daerah Batu Pahat. Kawasannya yang lapang di tengah pekan menjadikan ia sebuah tempat lepak yang menjadi tumpuan terutamanya pada hujung minggu dan ketika adanya persembahan atau acara tertentu.

3. BP Walk ( Batu Pahat Walk ) – Satu tempat menarik di Batu Pahat, Johor yang mempunyai banyak cafe dan kedai makan yang meriah pada waktu malam sehingga pagi. Bagi warga Batu Pahat, di sinilah lubuk paling menarik jika ingin melihat siaran perlawanan bola sepak sambil menikmati menu makan sedap yang tersedia di sini iaitu sup, satay dan mee rebus.

Lain-lain tempat adalah :
  • The Temenggong Ibrahim Girl School
  • Batu Pahat Club
  • Pejabat Pos Batu Pahat
  • Masjid Jamed Batu Pahat
  • Polis Circle Headqurters
  • Pejabat Bangunan Kerajaan Batu Pahat
  • Pantai Rekreasi Punggor
  • Perigi Batu Pahat
  • Pantai Minyak Beku

Masjid Kampung Keling Melaka


Masjid Kampung Keling di Jalan Tukang Emas adalah sebuah masjid lama yang letaknya di jalan yang sama dengan Tokong Hindu Sri Payyatha Viyanagar Moorthi dan Tokong Buddha Cheng Hoon.

Dibina di jalan yang digelar “Jalan Harmoni” kerana adanya 3 tempat ibadah berhampiran satu sama lain, masjid ini dibina dengan menggunakan kayu pada tahun 1748 oleh pedagang India Muslim. Ia kemudiannya dibina semula dengan batu pada tahun 1872 dan dibaikpulih oleh Jabatan Muzium pada tahun 1999 bagi memeliharanya sebagai warisan sejarah Melaka.

Masjid ini dianggap sebagai sebuah masjid bersejarah kerana ia dibina sewaktu era penjajahan Belanda dan menggunakan gabungan gaya Melayu, Cina dan India selain menggunakan hiasan dari Inggeris dan Portugis.

Gaya bumbungnya menyerupai sebuah pagoda, tetapi bumbung bertingkat ini dibuat agar mempunyai ruang udara agar masjid tetap sejuk semasa cuaca panas.

Di sebelah masjid terdapat kuburan lama yang dikatakan tempat bersemadinya kaum keluarga Munsyi Abdullah, iaitu Bapa Kesusasteraan Melayu.



Makna dan sebab Hari Malaysia


Mengapa Hari Malaysia diraikan

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.  Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.


Mencari Nilai Hari Malaysia


TANGGAL 16 September tahun ini, usia Malaysia sebenarnya baharu mencecah 46 tahun. Tarikh ini pada tahun 1963, Persekutuan Malaysia dirasmikan penubuhannya serta diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Perisytiharan dibuat di Stadium Merdeka disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30 ribu rakyat jelata.Penubuhan Persekutuan Malaysia ditentang hebat oleh Indonesia dan Filipina. Indonesia tidak senang dengan penubuhan Persekutuan Malaysia lantas, melancarkan konfrantasi ketenteraan di bawah slogan "Ganyang Malaysia" yang berlanjutan sehingga tahun 1966.

Filipina pula menuntut haknya ke atas Sabah atas hujahan perjanjian yang dimeterai antara Kesultanan Sulu dengan pihak British. Brunei yang turut termasuk dalam rancangan penubuhan Persekutuan Malaysia membatalkan penyertaannya setelah berdepan dengan pemberontakan besar-besaran di Brunei oleh Sheikh Azhari pada penghujung 1962.

Sekalipun begitu, akhirnya pada 9 Julai 1963, Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia dimeterai di London hanya setelah Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan menyatakan, lebih 80 peratus rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju dengan cadangan kemerdekaan melalui penggabungan bersama Persekutuan Tanah Melayu.

Tarikh perasmian pengisytiharan Persekutuan Malaysia telah ditangguhkan daripada 1 Jun 1963 ke 31 Ogos 1963 kerana menunggu Laporan Suruhanjaya Cobbold. Namun tarikh tersebut pula ditangguhkan setelah Indonesia dan Filipina emperhebatkan tentangan mereka terhadap penubuhan Persekutuan Malaysia.  Dan akhirnya 16 September 1963 menjadi hari secara rasminya Persekutuan Malaysia ditubuhkan.



Sumber : Google Malaysia

Sejarah simbol bintang bucu 6 Israel - The Star of David


Bintang Daud atau "The Star of David" berbucu enam yang menjadi simbol pada puak Israel (Yahudi Zionis) pada sekian lama terutamanya pada bendera negara haram mereka sebenarnya bukanlah berasal dari puak mereka sendiri.

Menurut sumber dalaman Masjid Al-Aqsa, ia sebenarnya adalah lambang bangsa Arab Kan'an. Ia telah lama wujud sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan'an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka.  Ketika Salahuddin Al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem, beliau mengekalkan lambang bintang berbucu enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan'an yang telah Islam. 

Bangsa Arab Kan'an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini, sebelum puak Yahudi dibawa oleh Nabi Musa A.S ke Palestin, mereka telah menetap di sini.

Pada mimbar, mamar dinding dan tingkap di Masjid Al-Aqsa juga terdapat simbol ini.  Usia mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan marmar di dinding masjid ini telah berusia ratusan tahun. Puak Israel Zionis menggunakan lambang ini hanyalah sekitar 100 tahun. 

Mereka menggunakan lambang ini agar seolah-olah mereka kelihatan seperti penduduk asal seperti Arab Kan'an.  Mereka awal dahulu adalah puak yang meminta simpati kerana tiada penempatan khusus.


Dinding mamar Masjid Al Aqsa

Mimbar Masjid Al Aqsa

Tingkap kaca Masjid Al Aqsa





*Komen :

-isu Yahudi (Zionis) dan umat Islam berawalan dari isu adik beradik sama bapa lain emak.  Keturunan umat Islam adalah dari ibu Nabi Ismail A.S yang dikatakan asalnya pembantu rumah dan puak yahudi adalah dari keturunan isteri pertama Nabi Ibrahim A.S (melalui pembacaan saya pada artikel suatu ketika dahulu).

-sudah lama Nabi Ibrahim A.S berkahwin dengan isteri pertama namun belum dikurniakan zuriat. Maka baginda berkahwin pula dengan ibu Nabi Ismail A.S. Semasa mengandungkan atau melahirkan Nabi Ismail A.S, ditakdirkan Allah SWT, isteri pertama Nabi Ibrahim A.S pula mengandung.

Asal usul nama Kajang di Selangor


Kajang ialah sebuah mukim dan bandar di daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Ia bersebelahan dengan mukim Semenyih, mukim Hulu Langat dan mukim Ampang.

Ia terletak lebih kurang 14 batu di sebelah tenggara Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur, Kajang dihubungi melalui jalan raya dan jalan keretapi. Kajang juga dapat dihubungkan dengan Putrajaya, Pusat Pentadbiran Negara dan Cyberjaya Bandar Multimedia Negara. Di sebelah baratnya pula terletak Bandar Puchong, Batu 3 dan Klang.

Jika dilihat dari sudut topografinya pula, Mukim Kajang adalah terletak di kawasan tanah tinggi iaitu lebih kurang 76,250 sm dari paras laut. Kebanyakan permukaan buminya adalah berbukit bukau dan dipenuhi oleh gunung. Tanah datarnya terdapat di kawasan-kawasan lembangan sungai seperti Sungai Langat, Sungai Bangi, Sungai Semenyih dan Sungai Chua. Kawasan-kawasan inilah yang merupakan tempat-tempat awal yang mula diterokai untuk penempatan di Mukim Kajang.

Sate Kajang yang popular di seantero Semenanjung Malaysia
Stadium Kajang menjadi lokasi riadah rakyat setempat
  
Terdapat lima pendapat yang popular tentang asal usul nama Kajang :

Pendapat Pertama : 
Dipercayai Kajang mulanya telah diterokai oleh orang-orang asli dari suku Temuan kira-kira sejak tahun 1580 lagi. Suku inilah yang memberi nama Kajang berdasarkan sejenis mengkuang hutan yang digunakan untuk membuat atap yang tumbuh dengan banyaknya di kawasan itu.

Pendapat Kedua : 
Seorang pembesar di Sungai Ujong bernama Batin Berenggai Besi, pernah mendirikan beberapa pondok di pinggir sungai yang terletak di kawasan Kajang sekarang dengan menggunakan atap mengkuang yang dilipat kajang. Kemudian, beliau berkesimpulan tempat ini sesuai untuk dijadikan penempatan. Sempena bentuk atap mengkuang yang dilipat kajang.

Pendapat Ketiga : 
Menurut satu riwayat, maksud perkataan 'berkajang' bagi orang Mendailing ialah berpondok/berteduh. Manakala bagi orang Bugis 'bertikam atau bergaduh'. Kedua-dua puak ini pernah bertikaman di salah sebuah kawasan bukit berhadapan stesen keretapi yang ada sekarang, kerana salah faham maksud perkataan 'berkajang'. Peristiwa ini berlaku semasa kedua-dua golongan ini menghulu ke Sg. Langat kerana melarikan diri dari perang saudara yang berlaku di Kelang di antara tahun 1867 hingga 1873. Setelah peristiwa tersebut, tempat ini diberi nama Kajang.

Pendapat Keempat : Ada sumber lain mengatakan Kajang telah dibuka oleh Encik Lili juga dikenali sebagai Toh Lili yang datang dari Riau pada tahun 1776. Beliau adalah pengikut Sultan Mohamed Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Shah yang berasal dari Riau. Dengan kebenaran Sultan, beliau bersama enam orang rakan telah membuka tanah untuk penanaman padi di Bukit Sg. Merbau dan membuka lombong Sungai Merbau yang kini dikenali sebagai Kajang.

Pendapat Kelima 
Raja Alang dari suku Mandailing bersama sekumpulan pengikutnya berhijrah ke Tanah Melayu pada awal tahun 1800. Kumpulan ini belayar memasuki Tanah Melayu melalui Kuala Sungai Langat. Setelah beberapa hari berlayar, mereka berteduh atau 'berkajang' disuatu kawasan yang sekarang ini dipanggil Jalan Mandailing. Sebahagian pengikut-pengikut Raja Alam telah menerokai kawasan Kampung Batu 14 sekarang dengan penanaman padi. Penempatan mereka ini akhirnya dimasyhurkan dengan nama Kajang oleh Raja Alam.

Sejarah MAS (Malaysia Airlines System)

 

Malaysia Airlines System (Sistem Penerbangan Malaysia) ialah syarikat penerbangan Malaysia yang mempunyai lebih 100 destinasi di seluruh dunia. Syarikat ini juga menjalankan operasi penerbangan domestik dan charter. Hub utamanya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ,Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dijadikan sebagai hub kedua.

Syarikat ini merupakan salah satu daripada 6 syarikat penerbangan lain di seluruh dunia yang mendapat pengiktirafan 5 bintang oleh Skytrax selain Asiana Airlines, Cathay Pacific, Qatar Airways, Singapore Airlines dan Kingfisher Airlines. Malaysia Airlines telah diberi kredit oleh IATA melalui IATA Operational Audit kerana perlaksanaan keselamatan operasinya.
 Sejarah MAS
Sejarah MAS bermula pada 12 Oktober 1937, iaitu sebuah syarikat perkapalan enjin stim singapura yang berpusat di Liverpool dan Imperial Airways telah menghantar permohonan kepada kerajaan penjajah di Pulau Pinang dan Singapura untuk memulakan penerbangan berjadual yang menghubungkan kedua-dua bandar ini.

Malayan Airways Limited (MAL) telah ditubuhkan namun perkhidmatan berbayar untuk penumpang yang pertama sekali hanya dapat diperkenalkan 10 tahun kemudiannya pada 2 Februari 1947 dan penerbangan sulung yang hanya membawa 5 orang penumpang ini adalah untuk ke KUala Lumpur, bukan Pulau Pinang. Dalam tahun yang sama, MAL meluaskan operasi penerbangannya ke Jakarta, Medan, Palembang dan Saigon daripada hub utamanya di Singapura.

Pada tahun 1957, syarikat penerbangan ini dijadikan syarikat milik kerajaan. Dengan ketibaan pesawat Bristol Britannia yang mampu membawa 84 penumpang pada tahun 1960, syarikat penerbangan ini memulakan operasi jarak jauh pertamanya ke Hong Kong.

Apabila negara Malaysia ditubuhkan, nama syarikat ini ditukar kepada Malaysian Airways Limited pada November 1963. Kemudian, apabila Singapura berpisah daripada Kesatuan Malaysia pada 9 Ogos 1965, kerajaan Malaysia dan Singapura mengambil alih saham majoriti daripada BOAC dan pemegang saham yang lain dan syarikat ini bertukar nama menjadi Malaysia-Singapore Airlines.

Selepas 20 tahun memulakan operasinya, syarikat ini telah menggunakan pelbagai jenis pesawat seperti Comet IV, enam Fokker F27, lapan Douglas DC-3 dan dua Twin Pioneers dan mempunyai tenaga kerja seramai 2,400 orang. Pada 3 April 1971, syarikat penerbangan ini dibahagikan kepada dua syarikat, iaitu Singapore Airlines dan Malaysia Airlines Systems (MAS). Menjelang tahun 1972, MAS telah meluaskan operasi kepada lebih 34 destinasi domestik dan enam destinasi antarabangsa.
Pada 15 Oktober 1987, nama perdangangan syarikat ini ditukar kepada Malaysia Airlines.

Pakaian Korporat

Perubahan warna dan corak petugas Malaysia Airlines dari awal hingga terkini
Rekaan Sarong Kebaya pada pakaian korporat telah diperkenalkan pada 1 Mac 1986. Seragam ini telah direka oleh Fakulti Fesyen Institut Teknologi Mara, yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara. Corak batik yang digunakan menggambarkan motif kelerai ataupun anyaman buluh. Corak ini menjadi latar belakang dan bersatu dengan warna asas seragam tersebut. 

Kemudian, beberapa corak flora asli Malaysia seperti cempaka, jasmin, dan daun-daun bunga raya disulam pada motif "kelerai" tersebut. Motif geometri Sarawak digunakan pada kelim-kelim baju, hujung lengan dan kain sarong. Pada 1 Januari 1993, warna batik ini dicantikkan lagi untuk dipadankan dengan warna seragam baru pramugaranya.

Kod Warna untuk pramugari
  • Sarong kebaya dengan bunga kuning untuk Inflight Supervisor.
  • Sarong kebaya dengan bunga merah jambu untuk Chief Stewardesses, Leading Stewardesses, dan Flight Stewardesses.
  • Sarong kebaya dengan bunga magenta untuk pegawai pengurusan di lapangan terbang.

Logo Korporat


Sejarah syarikat penerbangan ini bermula pada 1937 apabila Malayan Airways Limited didaftarkan sebagai sebuah syarikat. Operasi penerbangan bermula pada 1947 menggunakan pesawat membawa simbol Harimau Bersayap. Pada tahun 1963, syarikat penerbangan ini telah dinamakan Malaysian Airways Limited apabila Persekutuan Malaysia ditubuhkan. Dalam masa yang sama, Borneo Airways Limited juga diserap masuk ke dalam Malaysia Airways Limited.

Pada 1965, dengan perpisahan politik Singapura daripada Malaysia, terdapat penglibatan yang berterusan daripada kerajaan Malaysia dan Singapura dalam syarikat penerbangan ini. Pada 1967, syarikat penerbangan ini dinamakan semula sebagai Malaysia-Singapore Airline Limited (MSA) lalu menjadi syarikat penerbangan kebangsaan yang dikongsi oleh kedua-dua negara dengan logo yang baru diperkenalkan. Pada tahun 1971, Malaysia-Singapore Airline Limited telah dipecahkan kepada dua syarikat penerbangan, masing-masing dengan polisi dan objektif yang tersendiri, dan terlahirlah syarikat penerbangan Malaysia iaitu Malaysian Airlines System (MAS) pada 3 April 1971. Nama tersebut dipilih kerana singkatan kepada nama tersebut (MAS) bermaksud emas dalam Bahasa Melayu, yang juga menggambarkan perkhidmatan yang berkualiti.

Logo korporat Malaysia Airlines baru direka oleh Institut Teknologi MARA telah diperkenalkan pada 15 Oktober 1987, dengan mengekalkan tema wau bulan, tetapi warna baru dan bentuk yang lebih aerodinamik. Selaras dengan logo korporat baru, taip terbaru juga diperkenalkan - MALAYSIA. Tulisan ini ditulis dalam bentuk italic supaya bersesuaian dengan logo untuk melambangkan arah tujuan serta kelajuan.

Abjad-abjad MAS dalam taip terbaru ini diletakkan sedikit warna merah yang menandakan nama asal syarikat tersebut, Malaysia Airlines System (MAS) selepas rekaan asalnya tidak diluluskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Penggunaan warna biru yang ditambah pada warna asal merah mempunyai nilai kebangsaan. Warna merah dan biru ini dibahagikan pada garisan tengah logo untuk melambangkan kesaksamaan.


Destinasi pilihan


Malaysia Airlines mula dirombak di bawah Business Turnaround Plan (BTP). Pelan ini dibuat berdasarkan hub-and-spoke approach dan juga polisi terbaru kerajaan iaitu Polisi Rasionalisme Penerbangan Domestik. Ini menyebabkan route domestik Malaysia Airlines berkurangan daripada 118 kepada 22 route dan route antarabangsa juga berkurangan daripada 114 kepada 90. 

Pelan penstrukturan semula untuk penerbangan domestik bermula Ogos 2006 manakala penstrukturan semula penerbangan antarabangsa dijalankan mengikut fasa-fasa. Fasa pertama akan mengembalikan semua laluan penerbangan antarabangsa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai hub utama dan fasa kedua akan menamatkan perkhidmatan pada route yang ternyata tidak menguntungkan.

Pelan tersebut bukan sahaja untuk mengurangkan penerbangan-penerbangan syarikat ini, tetapi juga untuk memperbaiki hubungan dan kekerapan laluar sasaran. Sebelum ini, Malaysia Airlines hanya menjalankan operasi penerbangan sebanyak 2 bank ketibaan dan perlepasan, namun sejak Ogos 2006, syarikat ini mengendalikan 4 bank penerbangan setiap hari. Syarikat juga telah melancarkan jadual penerbangan baru yang efektif sejak Ogos 2006 untuk menjamin hubungan laluan yang lebih baik.

Sejarah Blogger - Blogspot

Kisah Blogger (seperti yang diceritakan oleh salah seorang pemilik asal jenama "Blogger"). Sesetengah ayat saya tidak terjemahkannya kerana mungkin akan lari dari maksud asalnya. Kebanyakkan terjemahan dari Google Translate dan saya sendiri.

Blogger telah dimulakan oleh sebuah syarikat kecil di San Francisco dipanggil Pyra Labs pada bulan Ogos 1999 . Ini adalah di tengah-tengah ledakan "dot-com". But we weren't exactly a VC-funded, party-throwing, foosball-in-the-lobby-playing, free-beer-drinking outfit. (Unless it was other people's free beer.)

Kami tiga serakan, yang dibiayai dengan melakukan kontrak projek web yang menjengkelkan untuk syarikat-syarikat besar , cuba untuk membuat pintu masuk yang besar kita sendiri ke atas landskap Internet. Apa yang kita telah cuba lakukan tidak kira begitu banyak sekarang. Tetapi semasa melakukannya , kita mencipta Blogger, lebih kurang pada sesuka hati , dan berfikir - Hmmm ... yang agak menarik.

Blogger took off, in a small way, and eventually a bigger way, over a couple years. We raised a little money (but stayed small). And then the bust happened, and we ran out of money, and our fun little journey got less fun. We narrowly survived, not all in one piece, but kept the service going the whole time (most days) and started building it back up.

Perkara yang telah berjalan dengan baik sekali lagi pada tahun 2002. Kami mempunyai beratus-ratus ribu pengguna , walaupun masih hanya beberapa orang. Dan kemudian sesuatu yang tidak diharapkan terjadi : Google mahu membeli kami. Ya, Google.

Kami menyukai Google. Dan mereka suka blog. Jadi kami bersetuju dengan idea tersebut. Dan ia berlangsung dengan baik.

Sekarang kami adalah sebuah pasukan kecil (tetapi lebih besar sedikit daripada sebelum ini ) dalam Google, yang memberi tumpuan kepada membantu pengguna agar mempunyai suara mereka sendiri di web dan mengatur maklumat di dunia dari perspektif peribadi.

Madinah sebelum peristiwa hijrah


Madinah atau nama penuhnya Madinah al-Munawwarah ialah salah sebuah kota yang terdapat di wilayah Hijaz, Arab Saudi. Madinah sekarang mempunyai populasi seramai 839,400 orang (1999). Madinah pada asalnya bernama Yathrib tetapi selepas peristiwa hijrah, namanya diubah kepada Madinat Al-Nabi (Kota Nabi) ataupun Al Madinah Al Munawwarah (Kota yang bercahaya) sementara perkataan Madinah bermaksud "bandar/kota".

Madinah ialah kota paling suci yang kedua bagi umat Islam. Hal ini adalah kerana di Madinah terletaknya Masjid an-Nabawi yang mana terdapat makam Nabi Muhammad s.a.w.. Kawasan itu dibina di atas tapak rumah Nabi Muhammad s.a.w. Rumah baginda kemudiannnya menjadi sebahagian daripada bangunan masjid apabila masjid itu diperbesarkan oleh Khalifah Al Walid ibni Abdul Malik daripada Kerajaan Ummaiyyah. Masjid pertama yang dibina umat Islam juga terletak di Madinah iaitu Masjid Quba.

Ramai ahli sejarah percaya bahawa sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Yathrib, kota ini merupakan sebuah penempatan yang tidak maju seperti Makkah sama ada dalam segi pembinaan, masyarakat dan sebagainya. Yathrib diasaskan oleh Yathrib bin Mahlaeil. Kawasan ini subur dengan tanaman seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan kaya dengan air. 

Hal ini menyebabkan Yathrib dikunjungi dan akhirnya diduduki oleh manusia dari kawasan setempat. Pada tahun 455 SM, suku-suku Arab dari utara mengunjungi dan akhirnya menetap di Yathrib.
Jika menurut sumber-sumber serta bahan-bahan rujukan sejarah, Yathrib sebelum hijrah hanyalah sebuah kumpulan komuniti masyarakat yang kecil

Pada hari Isnin, 20 September 622 masihi berlakunya penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah. Ramai orientalis Barat mengganggap tindakan ini ialah melarikan diri. Akan tetapi penghijrahan ini berlaku bukan kerana umat Islam takut akan ancaman puak Quraisy Makkah tetapi adalah kerana jemputan penduduk Madinah sendiri.

Menurut sumber-sumber Islam yang autentik seperti hadis, Madinah mempunyai dua buah puak yang berbeza (Aus dan Khazraj) di samping tiga buah suku Yahudi (Bani Qainuka'a, Bani Nadhir dan Bani Quraizah). Suku Aus dan Khazraj menguasai kota Yathrib tetapi sering berbalah antara satu sama lain dan asyik berperang sesama mereka. 

Mengikut ahli sejarah Islam, kedua-dua puak ini mengetahui akan kewujudan seorang rasul di Makkah dan pengikutnya sering diseksa oleh kaum Quraisy Makkah. Mereka membuat keputusan untuk berjumpa dengan rasul ini untuk mengatasi konflik di antara mereka.

Nabi Muhammad SAW dan pengikutnya bersetuju untuk berhijrah ke Yathrib yang kemudiannya dikenali sebagai Madinah al-Munawwarah. Selepas tiba di Madinah Nabi Muhammad merangka sebuah perlembagaan bagi menyatupadukan penduduk Madinah. Perlembagaan itu dipersetujui oleh semua penduduk Madinah dan dikenali sebagai Piagam Madinah.

Al Quran Tanah Melayu (Malaysia) dan senapang milik bangsa Melayu dari abad ke 19 dilelong




Sejarah Malaysia (Tanah Melayu) yang dicatatkan dalam buku-buku sejarah kebanyakkan pada hari ini adalah menyimpang dari perihal yang asal. Beberapa bahagian penting dalam sejarah tamadun Tanah Melayu, malah mengenai bangsa Melayu itu sendiri telah digelapkan oleh pihak tertentu bagi mengelakkan kebangkitan semula "bangsa istimewa" ini dalam akhir zaman.

Sewajibnya para pemimpin di negara ini perlu berusaha untuk menggali, mencari dan mengambil semula sejarah kita yang telah lama hilang dari tanah air sendiri.  Daripada membeli kapal selam buruk dengan menghabiskan berjuta ringgit semata-mata diletakkan di tepi pantai untuk dijadikan pameran dan membuat tugu yang tiada apa faedahnya untuk pembangunan bangsa, lebih baik "kita" membeli bahan-bahan sejarah bangsa kita sendiri yang telah bertebaran di pelusuk Eropah dan Amerika serta membuat kajian terhadapnya. 

Ia amat penting untuk akal-akal generasi bangsa Melayu sekarang yang makin lemah dan terasuh dengan acuan budaya penjajah.  Mereka tidaklah menjajah kita (belum lagi setakat masa artikel ini ditulis) secara fizikal tetapi sejak merdeka, mereka sudah menjajah negara kita dengan cara "menguasai" fikiran rakyat di negara ini dalam pelabagi sektor seperti hiburan dan teknologi pembuatan.

Apakah bangsa kita kini sudah malas untuk membuat kajian dan mengambil tahu perihal sejarah sedangkan bangsa lain dari barat terutamanya berketurunan Yahudi berlumba-lumba membuat cari-gali dan kajian terhadap artifak-artifak sejarah yang telah dijumpai sepanjang pencarian mereka. 

Sebagai makluman, generasi kita dimomokkan dengan cerita bahawa orang Melayu dahulu berperang dengan penjajah seperti Portugis dengan bersenjatakan keris dan tombak semata-mata.  Padahal, bangsa Melayu ketika itu sudah mahir membuat ubat bedil, meriam dan senapang.  Malah sejak Portugis merampas senjata api milik orang Melayu, orang Jepun mula mengkaji dan mencuri teknologi orang Melayu dalam penciptaan senjata api (seperti yang diceritakan dalam beberapa laman web lain).

Sehingga ke hari ini (tarikh artikel ditulis), saya dapati ada sebuah laman web yang berpangkalan di Amerika Syarikat telah membuat lelongan barangan seperti Al Quran dari Malaysia (Tanah Melayu) dan senapang ciptaan / milik bangsa Melayu. Sila klik pada pautan di bawah untuk melihat laman web berkenaan :

QUR'AN (MALAYSIA, 19TH CENTURY)

A MALAY MATCHLOCK LONG GUN (MALAYSIA, 19TH CENTURY)

Haji Hassan Bin Panglima Mat Munas (Tok Janggut) : penentang penjajahan British


Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang campur tangan dalam hal agama Islam serta pengenaan cukai oleh pihak British ketika perang Tok Janggut di KelantanTanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.

Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Tok Janggut dikatakan ada pertalian dengan Sultan Muhammad IV dimana bonda baginda diriwayatkan adalah adik beradik ayah atau ibu Tok Janggut. Ada riwayat mennyatakan bahawa beliau adalah anak murid Tok Ku Paloh. Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran.  Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan.

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Engku Besar ialah cucu kepada Tengku Sri Maharaja Long Seri Ibni Long Gafar Limbat yang memperoleh kuasa mentadbir kawasan timur Kelantan secara turun temurun. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yang berasal daripada luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal pengutipan cukai. Semua orang termasuk Sultan dan pembesar diwajibkan membayar cukai tanah. Dikatakan Sultan Kelantan mempunyai 3000 ekar tanah dan para pembesarnya mempunyai sekurang-kurangnya beratus-ratus ekar tanah. Keadaan ini juga tidak menyenangkan Sultan.

Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh. Pegawai Daerah kemudiannya lari ke Kota Bharu dan melaporkan kepada sultan bahawa Tok Janggut ingin memberontak dan merampas kuasa.

Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh. Pengikut Tok Janggut kemudiannya mendirikan sebuah kerajaan didirikan di Pasir Puteh dengan Engku Besar Jeram sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri, dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.

Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Ini ditambah lagi oleh peristiwa abang Tok Janggut telah dibunuh oleh budak raja oleh sultan sebelumnya menambah kebimbangan sultan mengenai kebenaran dakwaan British. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan. Pihak perisikan Inggeris mengesyaki bahawa terdapat kerabat diraja dan orang besar Kelantan dalam membantu pemberontakan Tok Janggut. Antaranya ialah Tengku Chik Penambang (Tengku Panglima Raja) dan Tengku Abdul Ja'far Ibni Sultan Muhammad II (Tengku Petra Dalam Kebun) Tengku Abdul Ja'far sebelumnya memakai gelaran Tengku Temenggong Kelantan dan melarikan diri ke Pattani apabila dinafikan hak menaiki takhta Kelantan.

Perjuagan Tok Janggut ini juga sebenarnya adalah datangnya dari semangat pahlawan-pahlawan Pahang iaitu Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman serta pengikut-pengikutnya. Ke semua pejuang-pejuang Pahang ini bersembunyi ke Terengganu, Kelantan dan Siam apabila pada ketika itu British telah mempengaruhi Kerajaan Pahang agar memusuhi mereka. Kerana tidak mahu bertempur dengan bangsa sendiri dan tidak mahu menderhaka kepada Sultan, akhirnya mereka melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan seterusnya Siam.
 


*Apa yang berlaku pada hari ini ialah sejarah keagungan dan kepahlawanan Melayu seperti ini seakan cuba dilenyapkan oleh pihak-pihak tertentu sebaliknya lebih mengagungkan individu atau perkumpulan yang dibentuk dari acuan penjajah Inggeris.

**Walaupun kita harus bersyukur dengan "kemerdekaan" kosmetik ini, namun tidaklah boleh dibanggakan sangat kerana ianya hanya diperolehi setelah kita dipaksa memenuhi syarat yang pihak penjajah tetapkan dan "orang kita" datang "menyembah" kepada ketua mereka untuk mengemis kemerdekaan yang sebenarnya telah ditanam "bom masa" oleh penjajah Inggeris @ kristian.

Doraemon : Mengenali dan mengenang sejarah sebuah kartun lagenda

 
Watak-watak utama dalam siri animasi Doraemon 
(Doraemon, Shizuka, Nobita, Giant dan Suneo)


Assalamualaikum.....

Saya pertama kali mula mengenali kartun bersiri Doraemon dalam sekitar akhir tahun 1980-an.  Semasa itu ia disiarkan di TV1 dan sehingga ke hari ini, beberapa stesyen televisyen lain selain milik RTM juga pernah menyiarkannya.  Maka dengan itu kedengaranlah beberapa versi alih suara bagi watak-watak dalam siri kartun tersebut.  Bagi saya Doraemon merupakan salah satu cerita kartun fantasi yang amat "evergreen" dan menyimpan kenangan.

Saya juga turut membeli komik Doraemon dan komik ini sebenarnya memainkan peranan dalam perkembangan fikiran saya sewaktu kanak-kanak kerana jalan ceritanya merangsang fikiran saya untuk "mencipta sesuatu" dan membayangkan situasi kehidupan manusia di masa akan datang (zaman segalanya canggih).  Pendek cerita-cerita Doraemon memberi sumber inspirasi pada zaman kanak-kanak saya.

Berikut merupakan penerangan mengenai siri animasi Doraemon yang saya rujuk dari ensiklopedia bebas :

Doraemon (ใƒ‰ใƒฉใˆใ‚‚ใ‚“) adalah sebuah manga Jepun popular yang dikarang oleh Fujiko F. Fujio (่—คๅญ·F·ไธไบŒ้›„) (nama asal Hiroshi Fujimoto) sejak tahun 1970 dan berkisah tentang sebuah robot berbentuk kucing yang datang dari abad ke-22, Doraemon.

Dia dihantar ke zaman sekarang (tahun 1970-an ketika itu) oleh Sewashi iaitu salah seorang keturunan Nobita pada tahun 2112 untuk menolong Nobita, seorang budak yang pemalas, agar keturunan Nobita dapat menikmati kejayaannya daripada terus menderita dari segi kewangan - yang bakal terjadi di masa depan - yang telah diakibatkan oleh kejahilan Nobita.

Cerita Doraemon julung kalinya muncul pada Januari 1970 dan diterbitkan dalam enam majalah yang berlainan secara serentak. Sejumlah 1,344 cerita asal telah direka selama ini, yang diterbit oleh syarikat Shogakukan di bawah jenama komik Tentลmushi (ใฆใ‚“ใจใ†่™ซ) (ladybird/kumbang kura-kura) yang menjangkau 45 jilid. Cerita-cerita tersebut dikumpul dan disimpan dalam Perpustakaan Pusat Takaoka di bandar Toyama, Jepun, yang merupakan tempat kelahiran Fujiko.

Doraemon pernah dianugerahkan hadiah utama Anugerah Kebudayaan Tezuka Osamu (ๆ‰‹ๅกšๆฒป่™ซๆ–‡ๅŒ–่ณž) pada tahun 1997.

Setelah lama wujud di dunia komik dan animasi, Doraemon merupakan salah satu watak animasi yang popular bukan sahaja di Jepun dan Malaysia, bahkan juga di negara-negara Asia dan Eropah.

Sejarah sukan bola sepak


 Assalamualaikum...

Sejak kebangkitan prestasi pasukan bola sepak Malaysia iaitu Harimau Malaya atau Harimau Muda, gelombang sokongan di kalangan peminat sukan bola sepak di Malaysia terhadap skuad kebangsaan tampak semakin ketara dan meningkat.  Pelbagai persatuan dan kelab penyokong ditubuhkan sama ada secara rasmi ataupun tidak. 

Persatuan atau kelab penyokong ini kebanyakkannya bermatlamat memberi dimensi baru terhadap cara sokongan diberikan kepada pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia, tidak kira sama ada ketika mendapat kemenangan mahupun kekalahan, sokongan moral diberikan secara berterusan, tanpa ada cacian mahupun kata-kata kesat (sepatutnya macam tu lah...).  Paling popular dan berjaya mencetuskan fenomena baru bola sepak di Malaysia, setakat ini adalah Ultras Malaya.

Menurut FIFA (badan pentadbiran bola sepak sedunia), permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah.

Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi Undang-undang Bola Sepak hari ini.

Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti.

Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fรฉdรฉration Internationale de Football Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum tidak syak lagi membantu penyebaran dalam populariti sukan ini ke serata dunia dan berkongsi satu laungan "keramat" yang difahami oleh semua bangsa iaitu "Gol...!!!"

Segmen Satu Gambar Bercerita : Basikal

 
Ultraman pun dah mula berbasikal..., anda bila lagi?

Assalamualaikum....
Basikal ialah sejenis kenderaan berkuasa manusia yang mempunyai dua roda yang dipasang ke rangka. Diperkenalkan buat pertama kali di Eropah pada abad ke-19, basikal telah berkembang dengan begitu pantas sehinggalah menjadi reka bentuk yang biasa dilihat pada hari ini.

Semasa zaman pendudukan Jepun suatu ketika dahulu, dikala mereka "mendarat" di Kota Bahru, Kelantan, tentera mereka bergerak untuk memulakan explorasi menawan Semenanjung Tanah Melayu dengan berbasikal secara konvoi.

Basikal juga terlibat dalam sejarah peperangan di Semenanjung Tanah Melayu


Suatu ketika dahulu perkhidmatan penghantaran surat oleh posmen menggunakan basikal

"Posto...posto" adalah teriakkan yang begitu dinantikan oleh penduduk Semenanjung Tanah Melayu sekitar tahun 1800 yang datang membawa surat dengan berbasikal. Manakala perkembangan Pos Malaysia sekitar 1820 hingga 1990. Awal pernubuhannya hanyalah di beberapa negeri selat sahaja seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.

Maksud tersirat pada tarikh 1 April : kekejaman terhadap umat Islam!!!

Sedekahkan pahala membaca Al Fatihah untuk umat Islam di Sepanyol
yang mati dibunuh puak Kristian yang ganas dan zalim

Apa yang berlaku pada April Fool dalam sejarah Islam sepatutnya membuka mata kita supaya menjadikan 1st April bukanlah hari gurau senda tetapi hari memperingati kekejaman yang dilakukan oleh tentera Salib (Kristian) terhadap umat Islam di Spanyol.

The April's Fool Day, berawal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487, bersamaan dengan  892 H. Sejak Sepanyol dibebaskan melalui Islam pada abad ke-8M oleh Panglima Thariq bin Ziyad dari penindasan puak kafir, Sepanyol beransur-ansur menjadi satu negeri yang makmur.
 

Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dapat dibebaskan.  Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya ditawani dengan aman oleh Islam. Walaupun sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Got dan Navaro di daerah sebelah Barat yang berupa pergunungan. Islam telah mula menerangi seluruh Sepanyol. Kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah diri, banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas menganuti ajaran Islam. Muslim Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan cara hidup seorang Islam. Tidak hanya membaca Al-Quran, tingkah laku mereka berdasarkan Al-Quran. Mereka kerap berkata tidak untuk muzik, arak, pergaulan bebas, dan segala perkara yang dilarang Islam. Keadaan aman dan sejahtera seperti ini berlangsung hampir enam abad lamanya.
 

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berusaha menghapuskan Islam dari Sepanyol, namun acapkali gagal.  Maka mereka menhantar perisik untuk mengkaji kelemahan umat Islam Sepanyol. Akhirnya mereka menemukan cara untuk menaklukkan Islam, yakni dengan cara melemahkan iman mereka melalui jalan serangan pemikiran dan budaya.
 

Maka mulailah secara diam-diam mereka menghantar arak dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari dari pada membaca Al-Quran. Mereka juga mengirimkan sejumlah ulama palsu untuk meniup-niupkan api perpecahan pada umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan taktik ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dapat dikuasai oleh pasukan tentera Salib yang mempunyai hubungan dengan gerakkan Zionis. Serangan oleh pasukan tentera Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan tentera Islam yang disiksa, tetapi juga penduduk awam, wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua turut di bunuh dengan kejam. Satu-persatu daerah di Sepanyol jatuh.


Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Salib terus mengejar mereka. Ketika jalan-jalan sudah sepi,  ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan genangan darah, tentara Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granadayang masih bersembunyi di rumah-rumah.Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa orang Islam Granada dibolehkan keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.
 

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Namun beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah disediakan, mereka pun segera bersiap untuk belayar meninggalkan Granada dan Sepanyol.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, sambil beriringan berjalan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan tentera Salib, memilih bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka.
 

Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentara Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjulang ke angkasa ketika mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya. Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan, hanya terpana ketika tentara Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dengan anak-anak yang masih kecil. Sedang para tentara Salib telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.
 

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib segara membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jerit tangisan dan takbir memenuhi suasana. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman.
 

Tragedi ini bertepatan dengan tarikh 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian setiap tanggal 1 April sebagai The April's Fool Day.  Pada tarikh 1 April, orang-orang dibenarkan menipu dan berbohong kepada orang lain. Bagi orang Kristiani, The April's Fool Day merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera Salib dengan cara-cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan The April's Fool Day dengan cara membenarkan penipuan dan kebohongan dalam masa yang sama disulami dengan dalih iaitu sekzdar hiburan atau gurauan belaka.
 

Bagi umat Islam, The April's Fool Day tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudara seIslam disembelih dan dibunuh oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak bermoral juga dengan adanya orang Islam pada masa kini yang masih terikut-ikut merayakan tradisi ini. Siapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai ribuan umat Islam di Granada, Sepanyol, pada 5 abad silam.... 

~ Allah Maha Besar....!!! Ya Allah... berilah kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang berkehendakkan Islam sepenuhnya tanpa Had, tanpa hari di dalam sistem pentadbiran negara ini, walaupun apa jua bangsanya, juga kepada mereka yang meredhai Islam di negara ini.  Jauhkan fitnah yang sedang melanda umat Islam di Malaysia dan di seluruh pelusuk bumi ini...  Ya Allah.., sesungguhnya aku ini hambamu yang lemah tanpa petunjuk dan hidayah dariMu...

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan