Showing posts with label perniagaan. Show all posts
Showing posts with label perniagaan. Show all posts

Perubahan hari operasi PJ Night Car Boot Sale April 2024

 


Berikut adalah tarikh-tarikh penting waktu operasi PJ Night Car Boot Sale, menjelang musim Hari Raya Aidilfitri 2024 :


Minggu Terakhir Sesi Jualan Ramadhan PJNCBS

• Jumaat, 05 Apr 2024 @ 8 Malam - 12 Tengah Malam.

• Sabtu, 06 Apr 2024 @ 8 Malam - 12 Tengah Malam.


Minggu Cuti / Tiada Jualan PJNCBS

• Jumaat, 12 Apr 2024 (Tutup)

• Sabtu, 13 Apr 2024 (Tutup)


Minggu Baru Sesi Jualan Syawal PJNCBS

• Jumaat, 19 Apr 2024 @ 8 Malam - 12 Tengah Malam.

• Sabtu, 20 Apr 2024 @ 8 Malam - 12 Tengah Malam.


Restoran McDonald's pertama Indonesia telah ditutup

Sejarah 29 tahun McDonald's di Jakarta telah berakhir

Telah menjadi "trending" di Twitter, setelah berada pada salah satu sudut pusat perbelanjaan Sarinah Thamrin, Jakarta, sejak 1991, restoran pertama McDonald's di Indonesia telah ditutup. 

Berita ini disahkan oleh pihak McDonald's Indonesia. Dalam kenyataan rasmi mereka, McDonald's Indonesia terpaksa menutup restoran pertamanya di Indonesia itu atas permintaan pengurusan gedung Sarinah melalui surat rasmi yang diterima oleh pihak McDonald's Indonesia pada Jumaat, 1 Mei 2020. 

Pihak pengurusan gedung Sarinah akan melakukan renovasi dan mengubah strategi perniagaan pada bangunan milik pemerintah tersebut. 



Berakhirnya operasi McDonald's di Jakarta

Kredit Foto dan teks : 

- McDonalds Sarinah Thamrin, Jakarta Pusat (Twitter & Instagram) 
- Google image


Panduan menjalankan perniagaan "food delivery"


Sesiapa yang berhajat nak memulakan perniagaan jualan makanan dari rumah berserta penghantaran atau baru bermula, maka anda perlu memiliki segera panduan ini. Yang dah berkedai pun boleh juga memiliki panduan ini sebagai rujukan bagi "back up" bisnes anda yang sedia ada.

Berniaga biarlah dengan berilmu agar perniagaan yang dijalankan ada sasaran yang tepat.

Klik pautan laman sesawang di bawah :

http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=5140_77_1_350

Car Boot Sale di Tampin, Negeri Sembilan


Penduduk di Tampin, Negeri Sembilan kini mempunyai satu lagi tempat untuk membeli dan mendapatkan pelbagai barangan serta perkhidmatan sambil bersantai iaitu Car Boot Sale Tampin. 

Ia bertempat di tapak parkir kenderaan, Stadium Mini Tampin yang berhadapan dengan  Arena Benteng Tampin (deretan kedai makan minum). Pelbagai barangan ada dijual. Dari kategori produk kecantikan dan kesihatan, makanan ringan seperti aiskrim atau kerepek, patung "action figure" dan juga keperluan harian. Saya turut menyertai Car Boot Sale Tampin ini dengan menawarkan perkhidmatan urutan kaki, jualan kiub anti lipas dan tikus, jualan prabayar ONEXOX serta semburan serai wangi.

Car Boot Sale Tampin diadakan setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dari jam 5.00 petang hingga lewat malam.

Tealive bukan penjenamaan semula Chatime



Mungkin ada yang tanya, "Chatime dah tukar nama ke Tealive kan ?".

Jawapannya - TIDAK

Awal tahun 2017, La Kaffa (syarikat Taiwan), pemilik jenama Chatime telah menamatkan kontrak franchise Loob Holding, iaitu master franchisee jenama Chatime di Malaysia.

Banyak orang terkejut dengan penamatan kontrak ni sebab baki kontrak ada 20 tahun lebih lagi! (ada lagi orang sign kontrak puluh-puluh tahun zaman sekarang ni).

Reaksi awal Bryan Loo, pemilik Loob Holding atas berita penamatan kontrak ini lebih kepada bermain emosi. Bukan menerangkan isu sebenar penamatan kontrak. Bryan menyatakan bahawa, penamatan kontrak ini akan mengakibatkan banyak pekerja hilang sumber pendapatan.

Apa sebab sebenar La Kaffa tamatkan kontrak Loob Holding?

La Kaffa sebuah syarikat besar yang mementingkan kualiti, mendapati Loob Holding melanggar kontrak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak diiktiraf oleh La Kaffa.

Bryan yang cuba melawan akhirnya mengaku dan mengeluarkan kenyataan bahawa bahan-bahan yang diiktiraf La Kaffa terlalu mahal.

Malah Bryan cuba memenangi hati masyarakat Malaysia dengan menyatakan bahan-bahan yang dia gunakan adalah halal.

Setelah gagal untuk terus menjadi master franchisee Chatime, Loob Holding mencipta jenama baru iaitu Tealive.

Dengan kebijaksanaan Bryan, 95% franchisee Chatime di Malaysia beralih kepada jenama Tealive. La Kaffa terkejut dan bimbang, sebab majoriti pendapatan Chatime sebelum ini datang dari Malaysia.

Walaupun 95% franchisee di Malaysia beralih kepada Tealive, ada satu franchisee yang merupakan top performer Chatime masih kekal dengan Chatime. Franchisee yang memiliki beberapa outlet ini dimiliki oleh syarikat Will Group - sebuah syarikat Bumiputera.

Will Group yang ditubuhkan oleh Aliza Ali yang juga managing director dipilih oleh La Kaffa sebagai master franchisee baru untuk Chatime di Malaysia.

Salah seorang pemegang saham yang besar dalam Will Group adalah YM Cik Puan Muda (Pahang) Julita Aishah.

Aliza Ali ternyata lebih bijak bila berjaya membuat perjanjian baru dengan La Kaffa. Dalam perjanjian baru, pembelian bahan mentah tidak lagi menggunakan USD, tetapi menggunakan Ringgit Malaysia.

Dan paling menarik, Will Group berjaya membuat perjanjian supaya La Kaffa menjadikan Malaysia sebagai hub bahan mentah Chatime untuk rantau Asia. Rupa-rupanya sebelum ini, La Kaffa membeli koko dari Malaysia untuk diproses di Taiwan kemudian Loob Holding beli balik dari Taiwan bawak balik Malaysia - padan la mahal.

Kini, dalam tempoh 6 bulan, Will Group menyasarkan untuk membuka 40 outlet baru di seluruh Malaysia. Walaupun jumlah agak sedikit berbanding Tealive (160 outlet lebih), kawasan outlet Chatime akan bertumpu kepada kawasan yang lebih strategik. Aliza kata, pendapatan 40 outlet baru ini boleh menyamai 100 outlet Chatime sebelum ini.

Kembali kepada persoalan asal - Nak pilih Chatime ke Tealive?

Secara peribadi, aku pilih Chatime. Berdasarkan komitmen La Kaffa terhadap kualiti bahan mentah dan berdasarkan Loob Holding yang sanggup "cut corners" untuk jimat duit. Manakala Will Group telah menjadi top performer franchisee sewaktu menjadi franchisee biasa.

Chatime pilihan yang lebih berkualiti.

Dalam temuramah BFM, Aliza memberi komitmen bahawa Chatime Malaysia akan terus konsisten dari segi kualiti dan rasa.

Dan La Kaffa ada menyatakan hasrat supaya Will Group membuka outlet Chatime di Singapura.

Dan Aliza berbangga bila Tealive memilih warna yang sama dengan Chatime

P. S. - Status ni adalah pilihan peribadi semata-mata dan untuk memperbetulkan mitos Chatime tukar nama kepada Tealive.

Masing-masing boleh buat penilaian sendiri



Kredit : abu mu'aaz

Ringkasan Sejarah Perniagaan Subway


BERMULA dengan modal AS$1,000 (RM3,685), dua rakan baik, Fred DeLuca dan Peter Buck menubuhkan syarikat makanan segera, Subway pada 1965.

Dengan usia masih muda, syarikat Doctor’s Associates, Inc ditubuhkan pada awalnya untuk mencari duit tambahan membayar yuran pengajian mereka di kolej.

Nama syarikat tersebut diilhamkan daripada subjek yang mereka pelajari ketika belajar dalam bidang perubatan dan fizik.

Namun begitu, DeLuca mengambil keputusan berhenti belajar apabila ingin meneruskan perniagaan Subway yang ketika itu semakin pesat berkembang.

Syarikat makanan berkonsepkan sandwich dan salad itu mempromosikan menu sihat mendapat sambutan menggalakkan orang ramai.

Walaupun memperkenalkan makanan berasaskan roti dan sayur sahaja, Subway tetap menjadi pilihan ramai apatah lagi untuk golongan vegetarian.

Berpangkalan di Milford, Connecticut, Subway mempunyai lima pusat pengendali yang menyokong sistem operasi antarabangsa ini dinobatkan sebagai restoran francais paling pantas berkembang.

Ia restoran makanan segera terbesar di dunia dengan 37,881 restoran di 98 negara di seluruh dunia.

Subway kini rangkaian restoran makanan segera terbesar di dunia mengambil alih gelaran daripada McDonalds.

Walaupun tidak menjual produk baharu, Subway hanya mempromosikan makanan mereka dengan ‘memanjangkan’ saiz sandwich sedia ada dan menjualnya dengan menu pelbagai pilihan. Bahkan perkataan footlong sebagai trademark Subway.

Ketika krisis ekonomi 2008, Subway memperkenalkan ‘AS$5 Footlong’ dan sandwich itu mendapat sambutan menggalakkan orang ramai di Amerika Syarikat. Dengan harga AS$5 (RM18.40), orang ramai dapat menikmati satu sandwich panjang dan sedap.

Ternyata idea Subway itu menyumbang kepada jualan sehingga AS$3.5 (RM12.88) bilion pada 2009. Bahkan konsep ini turut diguna syarikat makanan segera lain.


Prestasi Ramly Burger dijangka meningkat


HASIL perniagaan burger tempatan, Kumpulan Ramly, dijangkakan melonjak kepada RM2 bilion berbanding RM1 bilion pada masa ini sebaik kompleks pengeluaran baharu di Pulau Indah, Selangor, beroperasi sepenuhnya pada 2018.

Fasa pertama kompleks itu yang dijadual siap akhir tahun depan, akan meluaskan kapasiti pengeluaran kumpulan kepada 300 tan sehari berbanding 100 tan sekarang, kata Pengasas dan Pengarah Urusannya Datuk Ramly Mokni hari ini.

Kapasiti itu akan ditingkatkan sebanyak 300 tan lagi selepas fasa kedua mula beoperasi, katanya selepas lawatan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan, ke kemudahan itu.

Pertumbuhan perniagaan kini tidak banyak berubah memandangkan kemudahan sedia ada sudah beroperasi dalam kapasiti penuh, katanya.

Kompleks baharu ini akan dilengkapi depot penyimpanan, logistik halal, pusat latihan dan pusat penyelidikan dan pembangunan.

Kapasiti pengeluaran yang dipertingkat itu kelak akan membolehan Ramly Group meningkatkan eksport ke rantau Asean. Timur Tengah, Eropah, Jepun dan Korea, yang juga merupakan pelan peluasan syarikat.

Kumpulan itu kini mengeskport produknya ke Singapura, Thailand, Indonesia, Kemboja, Myanmar dan Bangladesh. 

Sumber : Bernama



Pau besar dan murah kalis GST


Seperti yang disebarkan di dalam Facebook, ada seorang pakcik berniaga kedai makan-minum di Kampung Padang Lerek, Tangkak, Ledang, Johor. Apa yang menjadi perhatian ialah pakcik berkenaan  menjual pau dengan harga yang dianggap terlalu murah di zaman yang serba GST ini.

 

Sebiji pau biasa beharga 50 sen. Pau berkenaan berintikan kaya, kacang, kelapa, kari kentang dan coklat.  Manakala pau daging lembu dan ayam pula berharga cuma 80 sen.




*Nota :

-Alhamdulilah... masih ada usahawan kita yang berniaga sambil bersedekah dengan cara begini. Moga menjadi inspirasi dan semangat pada usahawan kita yang lain.

-Pasti ada caranya untuk buat seperti yang pakcik pau ini buat. Cari dan kaji kelainan untuk ditawarkan kepada pelanggan.

Naikkan gaji pekerja : CEO potong gaji sendiri



Seorang CEO membuat keputusan untuk memotong gajinya sendiri dan menaikkan gaji 120 orang pekerjanya, Isnin lepas.

Menurut Dailymail, Dan Price, CEO kepada syarikat Gravity Payments, sebuah syarikat pemprosesan kad kredit yang bertempat di Seattle, Amerika Syarikat, memperoleh pendapatan sebanyak USD 1 juta (RM3.7 juta) setahun sebelum pengumuman berkenaan.

Price mendapat ilham berkenaan selepas sebuah penyelidikan bagaimana kenaikan gaji mampu memberi kegembiraan untuk pekerja yang memperoleh pendapatan USD 70,000 (RM260,000) setahun.

"Adakah anda terkejut? Saya sendiri terkejut," beritahu Price kepada kakitangannya yang bersorak gembira dalam sebuah mesyuarat.

Price memberitahu THe Times bahawa beliau tertekan dengan kesusahan yang dialami oleh kawan-kawannya dan ahli keluarganya yang memperoleh pendapatan kurang USD 70,000 setahun.

"Mereka menceritakan kesusahan mereka kepada saya hampir setiap minggu. Saya terharu dan rasa tertekan," kata Price.

Price mengasaskan syarikat Gravity Payments pada 2004 ketika berusia 19 tahun.

Sumber : Sinar Harian


*CEO di Malaysia bagaimana pula....?


One XOX Prepaid : Penjimatan telus - Guna & Berniaga untung berganda

http://1xox.biz/ictniaga
http://1xox.biz/ictniaga (daftar sebagai pengguna dan peniaga)
http://duniaprepaid.com/hop.php?ref=ictniaga (daftar sebagai ejen affiliate)


Salam sejahtera.

Baru-baru ini saya telah membeli kad sim pra bayar dari syarikat ONE XOX Sdn Bhd.  Ia adalah sebuah syarikat milik 100% bumiputera yang menawarkan pelan perkhidmatan telekomunikasi sama seperti syarikat telekomunikasi sedia ada seperti Maxis, Celcom, Digi, Tunetalk, Happy dan lain-lain.

ONE XOX Sdn Bhd merupakan Anak syarikat XOX Com Berhad (Public Listed Company),penyedia rangkaian : XOX Produk (pelan dan perkhidmatan). ONEXOX menjadi satu-satunya telco yang lebih telus serta tiada caj-caj tersembunyi seperti yang telah menjadi isu di kalangan pengguna pra bayar di Malaysia.

Saya ini bukanlah jenis yang mudah menerima apa-apa iklan peluang perniagaan atau promosi sim card tertentu. Telah berapa banyak produk yang datang kepada saya, namun semuanya saya tolak sehinggalah qalbu saya terbuka untuk memilih dan mencuba OneXOX prepaid.

Selain dari pelbagai penjimatan dan kelebihan yang belum pernah ada di mana-mana syarikat penyedia telekomunikasi, OneXOX turut memberi peluang kepada para pengguna untuk menjalankan perniagaan dalam sektor telekomuniasi dengan lebih mudah walaupun anda tiada kedai atau premis perniagaan.

Melalui OneXOX, anda boleh memilih sama ada ingin menjadi pengguna biasa, ejen affiliate mahupun usahawan prabayar.



Berikut adalah penerangan bagaimana kita boleh berniaga dengan kad sim OneXOX dan mendapat penjimatan yang maksimum dnegan menggunakannya :


Bagaimana utk menjadi usahawan OneXOX

1) Pertama  anda perlu jadi pengguna OneXOX dahulu.... Anda boleh pilih nombor baru atau anda boleh KEKALKAN NOMBOR LAMA.

2) Daftar sebagai  SUB-DEALER . PROSES PERMOHONAN MENGAMBIL MASA 5 HARI BEKERJA Modal permulaan untuk 10 keping ialah RM290, walaubagaimanapun saya syorkan ambil 50 keping simkad dengan harga RM602.

Pecahan RM602 adalah seperti berikut:-
1. RM50 - Yuran
2. RM95 - Kredit e-recharge bernilai RM100 (rebate 5%)
3. RM390 - 30 starter pack + 20 MNP sim ( sim tukar line)
4. RM60 - Yuran tahunan dealer hosting
5. RM 7 - Caj kurier dr HQ

Setelah mendaftar anda akan menerima email/sms ID & password utk 2 back office:-A. Onesys - Sistem ONEXOX yg anda gunakan utk melihat incentive, hiraki, topup
http://onesys.onexox.my/index.php

B. POS XOX - Sistem utk anda mendaftar pengguna2 baru, mnp, semak status pendaftaran
https://pos.xox.com.my

Setelah anda menerima kesemua diatas (termasuk 50 simkad + e-recharge) anda sudah boleh mulakan bisnes ini...4) Sebagai sub-dealer, SETIAP pengguna yg anda daftarkan, anda akan menerima 10% incentive topup dari nilai topup customer2 anda.

Contoh:-100 user x RM50 (anggaran topup bulanan) = RM5000 x 10% = RM500 incentive anda yg akan dimasukkan ke akaun bank anda setiap 15hb-18hb bulan berikutnya...5) Setelah anda mempunyai 20 org pengguna anda sudah LAYAK utk melantik sub-dealer/rakaniaga baru dan berpotensi utk menikmati overiding level 2-4 spt dibawah.

LEVEL 1 - 10%
LEVEL 2- 2%
LEVEL 3 -2%
LEVEL 4 -1%

TIDAK TERMASUK UNTUNG RUNCIT E-RECHARGE.INSENTIF INI BERTERUSAN SELAGI CUSTOMER ANDA MENGGUNAKAN LINE ONEXOX!!!RINGKASNYA, ANDA HANYA JUAL SEKALI TP PENDAPATAN ANDA BERKALI2 SETIAP KALI MEREKA TOPUP.

6) Apabila anda sudah mempunyai 50 org pengguna (termasuk dr UGU) status anda akan bertukar kpd DEALER..SYARIKAT CUMA MEMERLUKAN 2000 ORG DEALER YG KOMITED SAHAJA....BERMULANYA KERJAYA ANDA DI ONEXOX

7) Seterusnya apabila anda sudah mempunyai 15 DEALER di Level 1, anda akan DITAWARKAN status AREA DISTRIBUTOR dimana anda berpotensi menjana income 4 angka seminggu tidak termasuk incentive 4 level diatas... Dimana, tugas anda selepas itu hanya SUPPLY SIMKAD kpd sub2 & dealer2 anda dan dealer2 berhampiran.

8) Master Distributor - Achieve yg atas2 dulu,

WEBSITE  UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN MENDAFTAR PERNIAGAAN ONEXOX

http://1xox.biz/ictniaga (daftar sebagai pengguna dan peniaga)
http://duniaprepaid.com/hop.php?ref=ictniaga (daftar sebagai ejen affiliate)



*MAKLUMAT TERKINI*
15/10/2015

-Untuk mereka yang berminat menjadi usahawan mini telco bersama OneXOX, kini OneXOX telah menawarkan pakej Dealer berharga RM278.00 dan pakej Subdealer bernilai RM90.00 sahaja.

-Klik link berikut untuk maklumat lanjut :

Facebook Fan Page : Onexox Tanjung Rimau

Blog : Onexoxtr




Pasar Malam kawasan Melaka Tengah


Senarai jadual Pasar Malam di bawah seliaan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) :

HARI ISNIN
  •     Taman Tanjung Minyak Setia
  •     Taman Malim Jaya
  •     Musai
  •     Taman Spring Garden
  •     Telok Mas
  •     Bandar Baru sg. Udang
  •     Taman Paya Rumput Indah

HARI SELASA
  •     Kampung Lapan
  •     Taman Bertam Jaya
  •     Taman Seri Duyong
  •     Bukit Terendak
  •     Kampung Gelam, Tanjung Keling

HARI RABU
  •     Taman Rambai Utama
  •     Taman Bertam Perdana
  •     Semabok
  •     Taman Peringgit Jaya
  •     Taman Bachang Baru
  •     Plaza Sungai Udang

HARI KHAMIS
  •     Taman Merbok, Bukit Baru
  •     Taman Harta Pertama
  •     Ayer Molek
  •     Taman Peruna, Sungai Udang
  •     Kampung Tampoi

HARI JUMAAT
  •     Taman Seri Telok Mas
  •     Taman Bukit Serindit
  •     Taman Malim Jaya
  •     Peringgit
  •     Taman Rambai Jaya
  •     Plaza Sungai Udang
  •     Taman Limbongan Permai

HARI SABTU
  •     Taman Cheng Perdana
  •     Taman Kota Laksamana
  •     Taman MGBM, Bachang
  •     Kampung Paya Ikan
  •     Bukit Rambai (Kaw. Industri)

HARI AHAD
  •     Taman Seri Duyong Sek.2
  •     Spring Garden, Lereh
  •     Rumah Awam Bandar Hilir
  •     Pantai Jaring, Bukit Darat



Kelebihan Sebagai Seorang Pemilik Perniagaan

 

Orang negara luar berlumba-lumba datang ke Malaysia untuk meneroka dan menguasai pasaran dan membina empayar perniagaan.  Mereka datang dari pelbagai bangsa dan agama serta menjalankan bermacam-macam jenis perniagaan mengikut kawasan yang mereka terokai di Malaysia.  Malah ada syarikat yang telah bertapak di Malaysia lebih 50 tahun.

Ini menggambarkan bahawa jika perniagaan dijalankan dengan penuh minat, keghairahan yang maksimum serta digembeling dengan usaha yang berterusan, maka dunia perniagaan itu kelihatan amat menyeronokkan.

Sebagai seorang pemilik bisnes, kita mempunyai kelebihan berikut:-

1) Mempunyai banyak masa bersama keluarga dan anak-anak.

2) Tidak terikat dengan masa bekerja 8.00pg-5.00ptg. Kita sendiri bebas menentukan.

3) Mempunyai peluang untuk memiliki rumah di usia muda tanpa pinjaman bank yang membebankan.

4) Dapat menentukan sendiri aktiviti sepanjang hari.

5) Tidak terikat dengan etika pemakaian di pejabat atau syarikat (sekiranya makan gaji)

6) Mendapat pergaulan yang lebih luas terutamanya dari mereka yang juga terlibat dalam aktiviti perniagaan

Saya tertarik dengan kisah seorang anak muda yang sudah mampu menjana sehingga melebihi 5 angka setiap bulan. Beliau tunjukkan dan berikan panduan kepada anda, rahsia bina produk jenama sendiri terbongkar!

Details lanjut ada pada link ini :

Idea giler aku untuk bisnes 2014

http://kelas-ict.blogspot.com/2013/11/promosi-bayar-yuran-kursus-komputer.html

Inilah idea yang belum pernah saya buat sepanjang saya menjalankan perniagaan secara rasmi atas nama ICT Niaga Enterprise sejak tahun 2007 lalu. Idea menukarkan makanan sebagai pengganti kepada duit untuk membayar yuran kursus komputer yang saya anjurkan.  

Bunyinya macam kembali ke zaman "hitam putih" tetapi ianya adalah idea spontan dalam beberapa minggu lalu dan saya mengatur dan menggilap idea berkenaan dari semasa ke semasa, maka hasilnya ialah secara rasminya saya melancarkan "Promosi bayar yuran kursus komputer dengan makanan" pada blog Kelas Belajar Komputer Dan ICT

Ianya tetap dilaksanakan walaupun mungkin ada yang mengatakan ianya idea gila, namun bagi saya ia memberi pilihan kepada mereka yang ingin belajar komputer tetapi mempunyai kewangan yang terhad.  

Promosi ini sangat membantu khususnya rakyat negeri Melaka kerana saya telah memberikan diskaun separuh harga dari caj yang sebenar, mengikut harga asal pakej tertentu.  Diskaun diberikan pada pakej kursus yang berharga RM100.00 ke atas.  Manakala bagi pakej bawah RM100.00, nilai barangan makanan yang hendak ditukarkan adalah tidak berubah.

Untuk maklumat lanjut, klik gambar di atas sekarang...!

Panduan Bisnes Kek Cawan

 

Ramai antara kita yang bekerja memasang impian untuk bekerja di rumah dan melihat anak-anak membesar di depan mata. Namun, apakan daya keadaan ekonomi keluarga tidak membenarkannya.  Mungkin juga anda tiada idea atau jalan untuk anda memulakan sesuatu usaha niaga di rumah.  Namun dengan berdasarkan minat anda, ianya boleh diubah menjadi sesuatu yang lebih bermakna, terutamanya jika anda berminat dalam bidang masakan iaitu kek.

Kini minat serta kreativiti anda boleh ditukar kepada duit dan enjoy dengan apa yang anda buat.
Anda boleh lakukannya walaupun tanpa pengalaman. Panduan Bisnes Cupcake yang ingin diperkenalkan ini merupakan CD panduan yang Puan Nur Syahidah hasilkan sebagai rujukan buat surirumah atau mereka yang ingin menambah pendapatan secara part time di rumah.

Produk pertama yang Puan Nur Syahidah hasilkan ialah Rahsia Coklat Buatan Tangan telah terjual lebih dari 800 unit di tiga buah negara iaitu di Malaysia,Brunei dan Singapura. Dan mereka kini telahpun memulakan perniagaan mereka sendiri. Ada pembeli CD panduan ini baru pertama kali membuat cupcake. Malah ia turut diceburi oleh lelaki. Lelaki juga mempunyai kebolehan yang mengkagumkan bidang masakan. Jadi anda tidak memberi sebarang alasan lagi.

Bagi mereka yang sudah mempunyai asas membuat kek. Ia adalah satu penambahan kemahiran dan memberikaan keceriaan kepada yang tersayang  Ia adalah satu kejayaan yang cukup manis buat Puan Nur Syahidah kerana berjaya melahirkan dan membantu seramai mungkin mereka yang ingin menambah pendapatan menerusi bidang bakeri dari rumah.

Sekiranya anda berminat untuk membeli CD panduan yang mungkin menjadi pemangkin perubahan ekonomi diri dan keluarga anda, kliklah pautan di bawah ini :


Ejen Jualan untuk Web Hosting, Streamyx & Unifi (Freelance / Full Time)

 
TMBIZ NETWORK adalah syarikat perundingan perkhidmatan IT yang menawarkan pelbagai perkhidmatan Hosting dan STREAMYX / UNIFI. Bermula dari perundingan strategi yang betul untuk melaksanakan melalui produk untuk semua pengguna peribadi atau perniagaan. TMBIZ NETWORK sedang mencari Freelance / Part Time / Full Time ejen atau penjual semula (reseller) dari setiap negeri di Malaysia.

Tanggungjawab Agen:
 
• NETWORK MANAGEMENT SYSTEM iaitu anda boleh merekrut dan menguruskan downline anda atau prospek (pelanggan) perniagaan.
 
• Sehingga 3 peringkat downline program bonus insentif.
 
• OVERRIDING COMMISSION SYSTEM utama di mana anda boleh mendapat komisen utama dari downline anda.
 
Reseller boleh menguruskan aplikasi sendiri dan mendapatkan alat yang berguna & pautan melalui portal pengurusan penjual semula.
 
Real time updating, di mana anda boleh melihat status terkini permohonan dalam masa nyata.
 
Kadar komisen tinggi, purata RM100 kepada RM200 bagi setiap urusniaga atau lebih.
 
Mendapat komisen tahunan. (terma & syarat dikenakan)
 
Waktu kerja fleksibel, tiada kuota & sasaran jualan diperlukan.
 

Pendaftaran untuk menjadi agen reseller adalah melalui laman web.  Sila sediakan salinan kad pengenalan. Bahagian depan dan belakang kad pengenalan hendaklah berada dalam satu muka, buat "scan" (imbasan) serta jadinya imej scan berkenaan dalam format "jpg"

Sila klik "PENDAFTARAN" di bawah ini untuk melayari laman web pendaftaran ejen :

Facebook Page Koperasi Usahawan GIATMARA Melaka Berhad

 

Koperasi Usahawan Giatmara Melaka Berhad atau "KOGIAT Melaka" adalah sebagai landasan Kelab Usahawan Giatmara Melaka menjalankan aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan dan pembekalan.  Buat permulaan, KOGIAT Melaka mensasarkan penyampaian perkhidmatan dan pembekalan di seluruh negeri Melaka, namun secara sedikit demi sedikit mengembangkannya ke negeri-negeri berdekatan dengan Melaka.  

Untuk maklumat terkini, pihak KOGIAT Melaka telah membuat rangkaian "homestay" dengan kerjasama beberapa pemilik homestay di sekitar Melaka untuk menyertai "networking" koperasi.

Adalah dimaklumkan bahawa Koperasi Usahawan Giatmara Melaka Berhad kini telah mempunyai Sijil Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera.

Berikut adalah maklumat pendaftaran berkenaan :

NO SIJIL : K22108940041031938
NO RUJUKAN PENDAFTARAN : 357-02187534
TEMPOH SAH LAKU : 11/06/2012 - 10/06/2015

Kod Bidang :

010201 - ALATULIS (TIDAK TERMASUK BORANG / KERTAS KOMPUTER)

020101 - PERABUT

020201 - MESIN-MESIN PEJABAT

050200 - PAKAIAN DAN KELENGKAPAN

080100 - BAHAN MINUMAN

080200 - MAKANAN MENTAH BASAH

080300 - MAKANAN MENTAH KERING

080400 - MAKANAN DALAM TIN/BOTOL/BUNGKUS

080501 - MAKANAN BERMASAK ISLAM

180100 - MESIN DAN KELENGKAPAN BENGKEL

Kelab Usahawan Giatmara Melaka dan  Koperasi Usahawan Giatmara Melaka Berhad beroperasi di alamat Tingkat 4, Kompleks Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka.  Sebarang pertanyaan berkaitan dengan keperluan melanggan perkhidmatan koperasi ini atau ingin menyertai "networking" koperasi (tertakluk kepada yuran atau syarat tertentu, sila hubungi Pengerusi, Encik Mas Ramizu (013 649 5618) atau SetiaUsaha, Puan Nur Hafizah (012 668 1686).

Facebook Page bagi Koperasi Usahawan GIATMARA Melaka Berhad boleh dicapai dengan klik pautan di bawah ini :

Jenama perniagaan yang hampir sama di bandar dan di kampung

 
Starbucks Coffee di bandar

Assalamualaikum...

Adakah anda seorang yang obses atau penggemar minuman kopi di premis terkenal iaitu "Starbucks Coffee"?.  Setiap kali keluar bersiar-siar mesti nak singgah ke sana?.

Diandaikan anda dalam perjalanan ke kampung atau perlu bekerja di luar kawasan yang melalui desa, pasti anda gelisah kerana anda menganggap premis berkenaan hanya terdapat di bandar-bandar besar sahaja.  Tetapi anda silap. Starbucks Coffee masih juga boleh didapati melalui "kembarnya".  Buktinya lihatlah gambar di bawah...
Starbucks Coffee di desa

Apa-apa halpun masih lagi "Starbucks Coffee" kan? Apa celup...!!!

Satu Daerah Satu Industri


Program Satu Daerah Satu Industri merupakan platform terbaik bagi usahawan Melayu memasarkan produk berasaskan bahan-bahan tempatan, terutamanya produk yang melibatkan makanan & minuman halal. Malah, RTM 1 juga menyokong usaha ini dengan menyiarkan rancangan bertajuk "SATU DAERAH SATU INDUSTRI" pada pukul 12.30 tengah hari setiap hari Jumaat.

Segmen produk halal adalah pasaran yang mempunyai permintaan luas sama ada dalam Malaysia atau luar negara, lebih-lebih lagi kerajaan berusaha menjadikan negara ini sebagai pusat produk halal dunia.

Selaras dengan usaha kerajaan ini, para usahawan Melayu perlu lebih aktif dalam meneroka serta merebut peluang ini. Jangan biarkan"bangsa asing" menguasai bidang perniagaan atau dengan kata lain, kita tidak mahu orang Melayu hanya menjadi bangsa pengguna dan pembeli. Bangsa Melayu sudah banyak "mengalah" dengan bangsa lain sejak zaman sebelum merdeka hingga ke hari ini. Malaysia sudah 50 tahun merdeka, usah kita leka lagi...

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan