Inilah idea yang belum pernah saya buat sepanjang saya menjalankan perniagaan secara rasmi atas nama ICT Niaga Enterprise sejak tahun 2007 lalu. Idea menukarkan makanan sebagai pengganti kepada duit untuk membayar yuran kursus komputer yang saya anjurkan.
Bunyinya macam kembali ke zaman "hitam putih" tetapi ianya adalah idea spontan dalam beberapa minggu lalu dan saya mengatur dan menggilap idea berkenaan dari semasa ke semasa, maka hasilnya ialah secara rasminya saya melancarkan "Promosi bayar yuran kursus komputer dengan makanan" pada blog Kelas Belajar Komputer Dan ICT
Ianya tetap dilaksanakan walaupun mungkin ada yang mengatakan ianya idea gila, namun bagi saya ia memberi pilihan kepada mereka yang ingin belajar komputer tetapi mempunyai kewangan yang terhad.
Promosi ini sangat membantu khususnya rakyat negeri Melaka kerana saya telah memberikan diskaun separuh harga dari caj yang sebenar, mengikut harga asal pakej tertentu. Diskaun diberikan pada pakej kursus yang berharga RM100.00 ke atas. Manakala bagi pakej bawah RM100.00, nilai barangan makanan yang hendak ditukarkan adalah tidak berubah.
Untuk maklumat lanjut, klik gambar di atas sekarang...!