Khasiat bercium dalam dunia kesihatan manusia. . .
Ahli perubatan yang telah melakukan kajian yang berkaitan mendapati bahawa
berciuman baik untuk kesihatan.. Bercium itu bukan hanya membuat
seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Antara kesan positif ciuman mulut ialah :
1. Berciuman
dalam waktu yang lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika
berciuman, degupan jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per
minit.
2. Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih
keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas
normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. Ini baik untuk mencegah
sakit paru-paru.
3. Beberapa doktor gigi percaya, bahawa
berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman
menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi.
4. Berciuman yang
berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Bercium
dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.
5.
Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat
metabolis. Ada yang mengatakan, bahawa dengan ciuman mengghairahkan
tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu
menghilangkan berat badan.
6. Berciuman dikenali sebagai
penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan
ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat,
menurunkan hormon stress.
7. Berciuman menggunakan
setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang
menegang kerana ciuman yang berghairah mampu membantu kulit lebih halus
dan meningkatkan peredaran darah.
8. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol.
9. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.
10. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui
air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu
mengurangi sakit.
11. Pasangan yang memberi ciuman
perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu
5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini.
12. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.
Info ini adalah tertakluk kepada pasangan yang telah bernikah secara sah.