Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi
yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit
diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara
menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit.
Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam. Ketika
otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan.
Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit
boleh pengsan.
Gejala utama (cardinal symptom) asma adalah pernafasan bersiul atau berbunyi (wheeze), menunjukkan saluran udara tersekat. Batuk, kadang kala dengan kehadiran lendir jernih (clear sputum).
Kebiasaannya ada pelbagai tanda, seringkali dengan permulaan
pantas,perubahan cuaca persekitaran dan berkaitan dengan pencetus yang
disenarai di atas. Gejala sering semakin teruk pada waktu malam atau
ketika berjalan.
Peningkatan saluran udara akan menyebabkan sesak nafas.
Asma kadang kala berkait dengan masalah ketidakhadaman asid (acid indigestion), terutama dengan pesakit berusia.
Tanda-tanda asma adalah nafas bersiul, masa hembusan lebih panjang berbanding masa mengambil nafas, tisu cekung antara tulang rusuk dan bahagian atas "sternum" & "klavikel", dada mengelembung dan pernafasan bersiul melalui stetoskop (rhonkhi). Dalam serangan asma teruk pesakit mungkin menjadi biru (cyanosed) dan boleh pengsan. Antara serangan asma pesakin mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda.
Kaedah perawatan menggunakan doa :
Jika anda atau sesiapa menghidap asma atau lelah, boleh dibacakan kombinasi doa-doa di bawah :
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Baca doa merawat asma sebanyak tujuh kali.
ATAU
Kaedah perawatan menggunakan doa (seperti di atas) dan pilih mana-mana bahan-bahan seperti di bawah :
Bahan 1:
- Buah petola muda yang sederhana besar.
Kaedah:
- Potong kepalanya dan buang semua bijinya kemudian masukkan gula batu di dalamnya, dan tutup semula kepalanya dengan batang lidi.
- Bakar dengan api yang sederhana besarnya dengan meletakkan alas (seperti tutup periuk) di bawahnya sehingga masak buahnya dan gula batu menjadi cair.
- Perah dan minum airnya ketika suam pada waktu pagi dan petang.
Bahan 2:
Kaedah:
- Bagi orang dewasa, bahan yang diperlukan ialah satu sudu besar madu dan 4 atau 5 titik getah buah betik.
- Campurkan madu dengan getah betik tadi, dan diberi minum. Setelah itu, minumlah air yang telah didoakan.
- Untuk merawat kanak-kanak hanya 2 titik getah betik diperlukan.
- Beri makan pesakit pada waktu malam sahaja.
- Bekalkan air yang didoakan untuk diminum sekiranya pesakit tidak dapat tidur.
Bahan 3:
-Anak burung ciak rumah yang telah disembelih dan dijadikan sup.
Kaedah:
Sumber rujukan dari :
- Darussyifa (Tuan Guru Dr. Haron Din)