Masjid Kampung Keling di Jalan Tukang Emas adalah sebuah masjid lama
yang letaknya di jalan yang sama dengan Tokong Hindu Sri Payyatha
Viyanagar Moorthi dan Tokong Buddha Cheng Hoon.
Dibina di jalan
yang digelar “Jalan Harmoni” kerana adanya 3 tempat ibadah berhampiran
satu sama lain, masjid ini dibina dengan menggunakan kayu pada tahun
1748 oleh pedagang India Muslim. Ia kemudiannya dibina semula dengan batu pada tahun 1872 dan dibaikpulih oleh Jabatan Muzium pada tahun 1999 bagi memeliharanya sebagai warisan sejarah Melaka.
Masjid ini dianggap sebagai sebuah masjid bersejarah kerana ia dibina
sewaktu era penjajahan Belanda dan menggunakan gabungan gaya Melayu,
Cina dan India selain menggunakan hiasan dari Inggeris dan Portugis.
Gaya bumbungnya menyerupai sebuah pagoda, tetapi bumbung bertingkat ini dibuat agar mempunyai ruang udara agar masjid tetap sejuk semasa cuaca panas.
Di sebelah masjid terdapat kuburan lama yang dikatakan tempat bersemadinya kaum keluarga Munsyi Abdullah, iaitu Bapa Kesusasteraan Melayu.