Hijrah yang teramat perlu - Maal Hijrah 1432

Assalamualaikum...

Kita seringkali dihidangkan dengan cerita tahun baru masihi.  Pelbagai majlis sambutan diadakan samaada oleh kerajaan mahupun organisasi tertentu, dilangsungkan dengan besar-besaran, dan selalunya keterlaluan.  Ada acaranya bercampuran perempuan dan lelaki secara tidak terkawal dan ada juga unsur-unsur penggalak maksiat.

  
Namun apabila tiba Maal Hijrah, sambutannya hambar dan lesu.  Bukan sahaja dari kalangan remaja malah sebilangan orang tua (dato'-dato' & VIP-VIP) dan yang lain memandang lesu akan pengertian sambutan Maal Hijrah yang sama sekali jauh dari hiburan yang selalunya melalaikan dan menjahanamkan rakyat.  Kita tidak perlukan konsert nyanyian artis.  Kita tak perlukan himpunan rakyat yang menghitung detik masuk ke tahun baru. Kita tidak perlukan pembakaran bunga api bagi meraikan tibanya tahun baru.  Jadi apakah yang sebenarnya kita perlukan untuk menyelamatkan umat Islam yang kini layu?

Sudah lama rakyat kita tenggelam dalam arus kemodenan yang mengikut acuan barat serta undang-undang perlembagaan negara yang bukan dari unjuran Islam.  Kini umat Islam sama ada di Malaysia atau serata bumi dipandang enteng.  Pada kelompok kafir ini, ada yang memusuhi Islam dan memandang rendah umat Islam dan cuba mencari cara untuk menjatuhkan imej Islam.  Mereka cuba membawa suatu fitnah yang ingin disemai dalam fikiran masyarakat dunia bahawa agama Islam adalah agama yang mundur dan ganas.

Bagi melepaskan diri dari kongkongan kelemahan dan kehinaan, maka umat Islam perlu melihat hijrah dalam pengertiannya yang luas iaitu perubahan diri menuju kepada kegemilangan di dunia dan di akhirat. Untuk itu maka langkah yang perlu diatur mestilah mengandungi kefahaman yang jelas dan gerak kerja yang teratur dan betul.

Perubahan ke arah kemajuan dan kemuliaan ummah bermula dengan pengisian kefahaman bahawa Islam adalah agama yang agung dan mulia maka umatnya juga jelas adalah umat yang agung dan mulia. Namun ia hanya dapat dicapai menerusi kekuatan spiritual, moral, fizikal, dan daya cipta serta kesatuan umat itu sendiri. Masyarakat Islam juga wajib memahami bahawa segala ilmu yang baik dan berfaedah kepada manusia adalah termasuk ke dalam ilmu yang disukai dan dituntut oleh Islam. 

Oleh itu, menuntut ilmu yang bermanfaat adalah satu kewajipan dan dikira berdosa mereka yang mengabaikannya. Masyarakat juga perlu memahami bahawa mereka merupakan pewaris yang sah kepada kepimpinan bumi ini. Tanpa pertunjuk dan panduan hidup dari Allah Tuhan semesta alam, mustahil kaum lain yang mensyirikkan Allah SWT layak mentadbir bumi yang diciptakan-Nya.

   
    
       Lebih 50 tahun merdeka, inikah hasilnya?  Di mana letaknya Islam di dalam sistem perundangan negara? Apakah hanya digandingkan dengan konsep ketuanan Melayu untuk meraih undi semata-mata.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan